Wednesday, December 31, 2014

2015

Sampai rumah jam 4 petang dari KL. Kemas bilik. Semua buku medic di letakkan di dalam kotak. Tak pasti sama ada akan beri pada library atau jual pada penjual buku terpakai. Ada 5 kotak semuanya. Ada buku yang sekadar belek-belek tengok rajah. Beli kerana minat (atau lebih tepat lagi (bekas) kekasih hati menekuni bidang ini). Satu-satunya buku medic yang akan di simpan ialah karya Dr.Hatta dalam bidang psikiatri. 

Buaian kayu akan di jual pada orang lain. Rasanya buai ini tak bermakna lagi ada di rumah. Elok juga di jual pada orang lain. Buaian kayu yang biasa dipakai semasa majlis persandingan. Tempah khas dari luar negara. Esok akan cat dinding. Gabungan warna merah putih rasanya tak sesuai lagi. Tukar ke warna krim lebih sesuai rasanya atau nanti boleh minta anak-anak pilih warna.

Apa pun 2014 tetap satu mimpi ngeri. Pengalaman pahit (dan manis) untuk di kenang. Tutup buku dan jadikan ia sebagai satu memori yang menjadi sebahagian dari diri. Manusia akan datang dan pergi dalam hidup kita. Walau apa pun yang telah terjadi, hidup perlu di teruskan. Diri harus menjadi kuat. 

_ _ _ _ 

Everything about yesterday has gone with yesterday. Today, it is needed to say new things - Rumi

_ _ _ _ 

Selamat tinggal 2014. Selamat datang 2015.

_ _ _ _

Azam 2015 - ingin jadi lelaki yang lebih matang.

Sunday, December 28, 2014

3.00 am

Hujan masih lebat di luar. Menyesal tak pakai baju sejuk. Kabin terasa membeku. Amat sunyi di sini. Anak-anak sudah tidur di tree house. Agaknya mereka penat bertungkus-lumus membantu membungkus barang untuk di hantar pada mangsa banjir. Sengaja datang ke kabin. Datang untuk membersih. Agak lama tak habiskan masa di sini. 

Luka patah hati beransur pulih. Aku rasa semakin baik dari hari ke hari. Hari-hari tidak lagi terasa begitu sepi. Dengan sengaja aku isikan hari dengan aktiviti yang padat sejak di London-Paris lagi. Ada saja tempat untuk di lawati. Ada saja buku untuk di baca. Ada saja filem untuk di tonton.

Memenuhi seharian hidup dengan aktiviti membuatkan kita lupa pedih di hati. Hanya kadang-kadang ingatan akan datang menyapa dan berlalu pergi. Tidak begitu meninggalkan kesan yang mendalam atau sengaja tidak mahu/lari untuk memikirkan soal patah hati.

12 Januari akan jalani radiation therapy. Kesihatan semakin baik. Tangan kanan sudah boleh di angkat. Sudah boleh memegang buku. Sudah boleh menggenggam barang. Teringin hendak makan gulai tempoyak ikan patin. Bercadang hendak hantar bantuan ke Pahang. Khabarnya keadaan semakin meruncing. 

Dokto kata kalau perkembangan terus memberangsangkan, di jangka hujung bulan Januari tak perlu guna IV lagi. Harap-harap keadaan terus bertambah baik. Tak sabar nak jalani kehidupan normal seperti dulu. Aku sudah rasa banyak pengalaman. Patah hati salah satu darinya. Orang kata kepahitan akan buat kita lebih kuat. Aku sedang mencuba.

_ _ _ _ _ 

Rasa hendak melompat. Hana pindah ke apartment yang jauh dari tempat aku menginap. Bermakna aku akan jarang jumpa dia dan tak ada gangguan. Hana ambil kursus Oil & Gas. Syarikat dari Dubai sudah melamarnya kerja tapi dia enggan pergi. Macam manalah perempuan manja (dan gedik) macam Hana hendak kerja di sektor Oil & Gas? Bukan memandang rendah kebolehan Hana tapi entah. Aku rasa Hana tak sesuai bekerja di bidang itu.

Hana tak ada sifat feminisme. Berkali-kali aku provok, berkali-kali juga aku lihat Hana tak ada sifat itu. Hana ada pandangan yang amat bertentang dengan aku. Dan entah kenapa aku rasa aku tak boleh terima sikap dan pandangan Hana itu. Mungkin kerana aku teramat biasa dengan sikap perempuan yang penuh dengan feminisme maka aku rasa kekok dengan cara pemikiran Hana. Aku rasa aku tak ada keserasian dengan Hana. 

_ _ _ _ _

Selamat malam dunia.

Penjelasan

Umar: Daddy, datang bulan tu apa?
Daddy: Tu tanda orang perempuan dah baligh.
Umar: Baligh tu apa daddy?
Daddy: Cukup umur.
Umar: Cukup umur tu macam mana daddy?
Daddy: Hmm.....Erm..macam mana daddy nak terang eh
Umar: Daddy telalu gagal bagi penjelashan
Daddy: Mana ada selalu. Selalu daddy bagi jawapan kan.
Umar: Macam mana adik ada daddy?
Daddy: Tu...hmm..erm...
Umar: Daddy telalu gagal bagi penjelashan.
Daddy: Alaaa...ye la. Ye la.

My hardest goodbye

Sejak dua hari lepas kaki sudah jejak Malaysia. Banjir di Pantai Timur semakin tidak terkawal. Agaknya balik kerana rasa kemanusiaan. Menghulur secebis daya untuk membantu. Ramai budak-budak Pusat Komuniti turun membantu. Gunakan 3 bot untuk hantar bantuan ke Perak Tengah. Banyak bantuan diperlukan di sana. Mujur juga pihak masjid banyak membantu. Masjid di jadikan markas mengumpul barang untuk sumbangan.

Pagi tadi hantar guna 2 lori tapi barang tak penuh. Banyak pakaian terutama selimut tebal diperlukan. Masih lagi bertungkus-lumus mencari barangan untuk di sumbangkan. Ada beberapa kedai di Kuala Kangsar buat jualan lelong. Bergegas ke Kuala Kangsar. Dapat beli pakaian dan selimut dengan harga yang berbaloi. Kedai ini di masuki air. Ada barang yang rosak. Walaupun barang tidak rosak teruk, tauke kedai ini mahu let go semua barang yang ada dan bercadang untuk pindah ke kawasan lain.

Semasa di Kampung Gajah, Raja Permaisuri Perak datang melawat mangsa banjir. Hanya tengok dari jauh. Keanggunannya benar-benar menyerlah, sesuai dengan statusnya. Entah kenapa fikiran tiba-tiba teringatkan Hana. Hana secantik Raja Permaisuri Perak.

_ _ _ _

“Abang balik lama ke?”
Depends
On what?”
“Mood”
“Abang nak tangkap gambar please?”
“Jangan nak mengada-ngada”
“Hana jerit nanti”
“Jerit la”
(Jerit)
“Hish! Malulah orang tengok”
“Kita ambik gambar eh?”
“Tak naklah?”
Please?”
“Dah?”
“Senyum la. Macam robot je”
“Ngeeee. Dah?”
“Dah! Abang ni comel la”
“Apa-apa je la”
“Nanti Hana hantar gambar ni dekat e-mel abang”
“Tak nak balik ke ni?”
“Abang, nak peluk!”
“Ish!”
“Orang gurau je”
“Ko tu gurau melampau-lampau”
“Okey. Hana balik. Bye-bye
“Yeah. Bye
“Abang, nah!”
“Apa?”
“Penanda buku”
“Terima kasih. Dah pergi balik”
“Asyik halau orang je”
“Pergi balik aku kata”
“Orang balik la. Orang balik”

_ _ _ _

Hana hantar gambar semasa di airport. Gambar screen shot Instagram-nya dengan status “My hardest goodbye”.

Wednesday, December 24, 2014

Gosip

“Ko rasa Ocio pakai style apa?”
“Mana la aku tahu”
“Tak payah fikirlah. Zara datang bulan”
“Mana makcik tau? Makcik buat cerita eh?”
“Kepala otak kamu!”
“Serius ke makcik?”
“Muka aku ni ada macam buat joke ke?”
Duh! Kesian Ocio hahahaha”
“Nak kahwin lain kali tengok kalender dulu!”

Tuesday, December 23, 2014

‘The One’ Isn’t The Person Who Loves You Most, But The Person Who Understands You Best

We all want love, but we don’t always know what exactly to look for. There are many people on this planet, all slightly different from the next. Each individual looks differently, acts differently, has different traits, characteristics and habits. We all want love because we know, or have heard, how amazingly euphoric it feels.

We want to be in love because it makes us feel good. As an added bonus, to love someone has an intrinsic sense of nobility to it – to love is to be good, to do right, to live correctly. The concept of love boosts your ego immensely. But there’s more to it, isn’t there? The reason we hold love in such high regard is because it is said that to truly love means to be selfless.

When you love someone, you hold his or her well-being on the same level as your own, occasionally even higher. The reason for this is that you see something in that person that makes you feel as if he or she is a part of you – a part you can’t live happily without. You relate. You understand each other on a deeply meaningful level.

I believe that human beings are only searching for two things in life: to be remembered and to be understood. Love is the fusion of both these two basic psychological needs. It’s finding that person that sees you as you, that relates to you and truly understands you, that is finding love. In all honesty, it isn’t a simple task defining the sort of understanding that I am describing here.

It’s almost as if it goes beyond understanding to knowing – the right person is the person that somehow, by whatever miracle, knows you. He or she knows you and knows you all the way to the deepest and darkest corners of you. He or she knows and understands you without you having to tell him or her all of your secrets, as if he or she were in on them from the start. He or she knows you in a way that no one else knows you. Hell, he or she may very well know you better than you know yourself.

You connect because there is something about the two of you that you can relate on, something that links you together and makes you feel as if you found the missing piece of your puzzle. You recognize each other as part of the other. You may be different in a million ways, but there is some way, some invisible force that draws the two of you together.

You feel as if you were two sides of the same coin, and for this reason may very well understand things about the person you love that he or she has yet to discover on his or her own. What makes life such a profound and transformative experience is that it literally changes us. We get introduced to ourselves more intimately and begin to unravel that mystery that we were born with. Once in love, you feel as if you understand both yourself and the world a bit better.

All this is because you found that person who understands you in a way that no one else does. That’s basically what it really comes down to. Sure, appearances, chemistry, life goals and whatnot also matter, but, in the end, if you don’t have this understanding of each other, then you won’t last.

The spark that we so often hear of is that moment that we come to learn that we have found someone who knows us like no other. It’s the light that pushes back the shadows and gives us a brighter look at our reality. This means that the only way to really keep that spark alive is never to stop our lovers from growing as individuals, but instead to constantly be the light that helps reveal them to themselves.

What most people fail to realize, or fail to accept, is that understanding something, a living something, is to only understand it at the moment of understanding. Living things change with time; every second something changes and your understanding is incomplete.

This is even more obvious when it comes to people. People change. They change all the time. Sure, some of their major principles may remain intact over the years, but nevertheless these people will change in other ways.

With time, people either get to know themselves better or get further caught up in their delusions. Time doesn’t always bring knowledge and understanding – not unless we continue to observe, learn and interact. Life is an enormous mystery, and we ourselves the pinnacle of wonder.

We shouldn’t exist. There’s plenty there to work on understanding for the rest of your life. But you have to remain curious and have someone there who can help you. Life isn’t meant to be lived alone.


via Paul Hudson

Without you, I feel broke

Telefon bimbit rosak sejak sebulan yang lepas. Masih belum beli yang baru. Segala perhubungan baik peribadi mahupun kerja di lakukan melalui e-mel. Lebih mudah dan efektif. Mungkin terasa ganjil untuk guna telefon kerana tak ada lagi panggilan/sms dari orang yang kita sayang. Perlukan masa untuk menerimanya.

Semakin selesa hidup tanpa telefon. Tak ada gangguan. Kak Ain beberapa kali desak supaya beli sebuah telefon dan masukkan aplikasi popular WhatsApp, Telegram, Viber, WeChat dan segala macam aplikasi lain. Buat masa ini belum terfikir untuk beli telefon. Mungkin bukan dalam masa terdekat. 

_ _ _ _

You and I,
We're like fireworks and symphonies exploding in the sky.
With you, I'm alive
Like all the missing pieces of my heart, they finally collide.

So stop time right here in the moonlight,
Cause I don't ever wanna close my eyes.

Without you, I feel broke.
Like I'm half of a whole.
Without you, I've got no hand to hold.
Without you, I feel torn.
Like a sail in a storm.
Without you, I'm just a sad song.
I'm just a sad song

Sad Song
We The King feat Elena Coats

_ _ _ _

I know that I have to learn to say goodbye to the person in my past so I can move on but people just don’t understand that no matter how hard you try you always have a little ray of hope that people in your past will become the people in your future - Unknown

Monday, December 22, 2014

You’re My Everything

Hari perkahwinan Ocio sudah seminggu berlalu. Hari perkahwinan yang mengejutkan bila Kak Ain panggil abang menyanyi di atas pentas - menyanyi live. Abang betul-betul terkejut. Nak tolak ramai yang memandang. Abang nyanyikan lagu favourite awak - You’re My Everything. Ketika abang nyanyikan lagu ini yang abang nampak cuma awak - awak yang manis dengan senyuman, yang nakal dan kadang-kadang mengada-ngada.

Abang cuma nampak waktu kita berbual panjang tanpa henti, waktu kita gelak ketawa, waktu kita menangis bersama dan random memori yang masih belum hilang dari ingatan - abang selalu call awak suruh balik cepat, kacau awak bila awak tidur dan bermacam lagi. Abang cuma nampak awak. Abang tak nampak hadirin yang ramai. Seluruh pandangan, yang hanya terlihat pada abang cuma awak.

Abang tak pandai memuji. Abang rindukan mata coklat awak yang bulat, hidung paruh burung yang menawan dan bibir awak yang seksi. Abang rindukan awak. Mungkin abang rindukan waktu dulu-dulu, waktu kita masih bersama. Abang tak tahu kenapa di hujung lagu ini mata abang basah. Mungkin abang rasa terlalu rindu. Mungkin kerana lagu ini banyak nostalgia yang kita kongsi bersama.

Waktu itu abang harap awak dapat dengar abang menyanyi. Lama rasanya abang tak nyanyikan lagu untuk awak, temankan awak tidur, dengar cerita-cerita awak. Baru beberapa bulan tapi rasa macam bertahun-tahun lamanya. Awak tahu, abang selalu harap semua yang terjadi cuma mimpi ngeri tapi hakikatnya tidak. Semua ini nyata. Semua ini realiti. Sungguhpun orang ketawakan abang menangis sebab seorang perempuan, abang tak kisah - sebab abang sayangkan awak...sayang sangat....

_ _ _ _

I've had my share of life's ups and downs
But fate's been kind, the downs have been few
I guess you could say that I've been lucky
Well, I guess you could say that it's all because of you

If anyone should ever write my life story
For whatever reason there might be
You'll be there between each line of pain and glory
'Cause you're the best thing that ever happened to me
Ah, you're the best thing that ever happened to me

Now there have been times, when times were hard
But I always somehow I made it, I made it through
Don't worry for every moment that I've spent hurting
There was a moment That I spent,
Ah, just loving you


Best Thing That Ever Happened To Me
Gladys Knight

_ _ _ _ _

Maybe this isn't our time yet. If we were meant to be, we'll be together. Maybe not now, maybe not yet.

Saturday, December 20, 2014

I’ll just go with the flow

Umar: Jadi tak boleh daddy?
Daddy: Tak boleh.
Huda: But why?
Daddy: Daddy belum sedia.
Huda: Ready for what?
Daddy: Everything. Not now okay?
Umar: Bila daddy shedia?
Daddy: Daddy pun tak tahu bila.
Huda: Daddy, I’m not happy.
Daddy: I’m sorry. There’s no other way.
Umar: Tebab daddy tayang mama kan?
Daddy: Yes and no.
Umar: Daddy tangan takap macam teling. Adik tak faham.
Huda: Kakak pun tak faham.
Daddy: I’ll just go with the flow.
Umar: Adik tak faham.
Daddy: Tak lari gunung di kejar.
Umar: Gunung memang tak boleh lali daddy.
Daddy: If it’s meant to be, it’ll be.
Huda: I get it daddy.
Daddy: Good.

Surat untuk Hana

Hana, aku minta maaf. Aku tak sengaja marah kau dengan teruk sekali. Aku betul-betul minta maaf. Aku cuma belum bersedia untuk suatu perhubungan yang baru. Aku lelaki yang pernah terluka. Luka ini masih belum sembuh dan mungkin tidak akan sembuh. Kata Rose Kennedy “It has been said that time heals all wounds. I don’t agree. The wounds remain. Time - the mind, protecting its sanity - covers them with some scar tissue and the pain lessens. But it is never gone.”

Luka ini amat pedih. Orang yang tak pernah mengalaminya tak akan faham. Luka hanya ambil masa untuk kurang berdarah bukan untuk terus sembuh. Cerita tentang luka dan kekecewaan tidak akan pernah habis - tidak ada penamat. Kau tak akan mengerti sebab kau tak pernah mengalaminya. Hanya orang yang pernah kecewa, patah hati, di curangi faham erti kesakitan ini. Orang lain hanya boleh angguk tanda faham tapi tak pernah merasainya. 

Kau seorang perempuan yang baik, Hana. Kau tak ada apa-apa kekurangan. Aku yang bermasalah. Sekarang, aku semakin sukar untuk mempercayai orang lain. Rasa di khianati ini terlalu menghiris. Aku takut di kecewakan, di curangi, di khianati. Aku takut untuk merasa kesakitan yang sama untuk kali kedua. Benar apa yang Stephen King kata “Sesungguhnya, kesakitan akibat putus cinta kali pertama adalah yang paling pedih, paling sukar di ubati, dan meninggalkan parut yang tak mudah untuk di sembunyikan.”

Semalam aku di tertawakan. Aku di ketawakan sebab pernah menangis bila kehilangan seorang perempuan. Mereka kata aku bukan lelaki sejati. Mereka kata aku bukan anak jantan. Menurut mereka, anak jantan tidak akan menangis kerana seorang perempuan. Mereka kata ia sangat memalukan dan tak boleh di maafkan. Aku tak tahu kenapa aku menangis. Aku rasa aku menangis sebab aku ada perasaan - perasaan cinta yang sangat jujur. Mereka ketawakan aku hingga berbahak-bahak. Mereka kata ia sesuatu yang sangat lucu dan mengelikan hati.

Bila sampai cottage, aku telan hampir 20 biji pil penenang. Aku hantukkan kepala di dinding. Mungkin aku terlalu bodoh mempercayai seorang perempuan tapi cinta tanpa kepercayaan adalah sia-sia. Mungkin aku terlalu bodoh menitiskan air mata tapi cinta dengan ego yang tinggi tak akan bawa kau ke mana-mana. Mungkin aku terlalu bodoh. Anggap saja aku seorang yang naif. Aku tak pernah menyesal meletakkan kepercayaan pada orang yang aku sayang. Aku tak pernah menyesal atas apa yang telah terjadi. Aku cuba menerimanya secara perlahan-lahan.

Saat ini yang aku rasakan cuma satu; “The worst feeling in the world is when you know that you both love each other but still you just can’t be together.” Hana, kau perlu tahu cinta sejati sesuatu yang sangat indah sungguhpun setelah kau berpisah dari yang tersayang; “True love doesn’t mean being inseparable - it means being separated and nothing changes.” Ia tidak mudah Hana. Ia akan mengambil masa yang panjang. Aku tak berani janji apa-apa. Aku tak ada apa-apa untuk di tawarkan. Aku masih belum jumpa diri aku yang sebenar dan aku bukan lelaki terbaik untuk kau.

Aku lebih suka kau tumpukan perhatian pada pengajian. Perempuan yang cantik rupa paras perlu cerdik akalnya, perlu baik budinya. Kau masih muda. Perjalanan masih panjang. Jangan sia-siakan hidup untuk lelaki seperti aku. Selamat berjuang di medan ilmu. Dalam masa empat tahun akan datang kau akan bergelar Dr. Kau perlu asah akal untuk jadi lebih bergeliga. 


Padi segemal kepuk di hulu,
Sirih di hilir merakap junjungan;
Kepalang duduk menuntut ilmu,
Pasir sebutir jadikan intan.



Selamat maju jaya. 

Friday, December 19, 2014

Tomorrow will be better.

Radiation therapy yang lepas pergi bersama Hana sebab anak-anak sangat nakal - Umar kata dia sakit perut, Adam mengantuk dan Huda ingin mengemas cottage walhal semuanya perancangan sulit mereka ingin berikan peluang aku bertemu Hana. Suka tak suka terpaksa jugalah pergi dengan Hana.

Menurut Hana dia akan berpindah ke apartment baru minggu depan. Januari 2015 pengajiannya akan bermula. Dia akan bertukar universiti - menyambung pengajian di universiti yang berbeza, bukan di universiti ketika dia menamatkan program MA. 

Aku tak pasti Hana ambil course apa. Aku tak pernah tanya. Hana minta aku temankan dia ke apartment baru untuk mengemas. Aku kata aku ada banyak kerja yang ingin di lakukan selain perlu berehat selepas menjalani rawatan radiation therapy. Alasan yang agak kukuh aku kira.

_ _ _ _

Ocio bawa keluarga Zara makan angin sekitar Paris. Jumaat nanti Ocio akan bertolak ke San Francisco untuk berbulan madu. Penginapan keluarga Zara berhampiran dengan cottage ibu dan ayah Hana. Ibu dan ayah Hana masih belum pulang ke Malaysia. Masih di sini. Biasanya mereka akan bersarapan dan makan malam bersama Ocio di cottage.

Cottage Ocio berdekatan dengan cottage aku. Dua hari berturut-turut Hana datang ke cottage aku pada waktu malam. Sengaja datang menyakat dan kemudian balik. Esok paginya dia akan datang mengemas meja ketika aku tidur. Pagi tadi aku betul-betul marah (mengamuk) bila Makcik Siti benarkan Hana masuk ke bilik.

Aku tak suka orang asing masuk ke bilik dan usik segala benda yang ada di atas meja walaupun sehelai kertas. Aku rasa tak selesa. Aku tak suka. Aku tak suka Hana usik apa-apa yang ada dalam bilik. Bilik tidur adalah sesuatu yang sangat peribadi. Bila ia di ceroboh oleh orang asing seolah-olah diri kita ‘di ceroboh’ sama.

_ _ _ _

Doktor kata kesihatan semakin baik. Tak lama lagi tak perlu guna IV. Rasa syurga! Boleh makan gulai tempoyak berpinggan-pinggan! Nanti boleh minta Makcik Siti masakan gulai tempoyak. Boleh bakar ikan terubuk, cempedak goreng. Paling penting boleh minum kopi macam dulu. Tak tahu nak kongsi berita gembira ini dengan siapa... 

Tangan kanan boleh di gerak. Walaupun tak boleh bergerak banyak tapi ada perubahan. Mungkin 2 bulan dari sekarang tiub pernafasan pun tak perlu di gunakan lagi sebab sekarang sudah kurang sesak nafas. Mampu bernafas tanpa bantuan mesin. Cuma sakit kepala yang masih menggila. 

Doktor kata tak boleh susah hati. Fikir perkara yang mengembirakan. Kalau boleh berjalan nanti boleh bawa anak-anak daki Gunung Kinabalu, boleh pergi tengok kelip-kelip, boleh pergi jungle tracking, boleh bawa anak-anak pergi paragliding, boleh bawa superbike, boleh bawa kereta laju, boleh pergi gym dan boleh pergi menembak.

_ _ _ _

Tomorrow will be better.

Wednesday, December 17, 2014

Perbualan petang tadi

“Kamu bila lagi?”
“Bila apa makcik?”
“Nikahlah. Buka buku baru”
“Entah. Tak terfikir pun lagi. Makcik kan ada”
“Dari kecik sampai **** dah berbulu memang makcik yang jaga kamu”
“Eeee makcik ni. Tak payah la sebut gitu
“Tak betul ke **** dah berbulu?”
“Bukan la. Memang la. Tapi tak payah la mention macam tu. Malu la”
“Makcik sukalah kamu dengan Hana tu. Kamu pakat la baik-baik”
“Biar la dulu. Im baru nak sembuh. Dah nak fikir pasal kawin”
“Kamu tak suka ke?” 
“Dia gedik la makcik. Manja semacam pulak tu. Daring yang paling tak tahan tu”
“Kadang-kadang Allah hantar jodoh kita dalam bentuk yang kita tak suka”
“Makcik saja la ni kan. Tengok la nanti macam mana”
“Yang dah lepas kamu lupakan. Jangan di ingat-ingat. Nanti badan redat”
“Apa tu?”
“Sakit melarat-larat. Tak berkesudahan”
“Oooo..”

Tuesday, December 16, 2014

We are here to help

Daddy: Adam ke Umar teman daddy hari ni?
Adam: Adam mengantuk (terus menguap)
Umar: Adik takit pelut.
Huda: Kakak errr tolong aunty mengemas.
Daddy: Umar jangan lupa makan ubat. Adam masuk tidur.
Adam: OK daddy.
Umar: Yes boss!
Daddy: Daddy pergi sendiri je la hari ni. Bosan la daddy.
Umar: Kakak Hana teman daddy. 
Daddy: Eh? Kenapa pulak? Daddy boleh pergi sorang.
Huda: My future Mama on the way daddy
Daddy: Kakak jangan macam-macam. 
Huda: Kakak suka Kak Hana.
Umar: Adik pun tukee.
Adam: Adam suka.
Daddy: Daddy ni dah tua la. Mana sesuai. Tak padan.
Huda: Don’t worry daddy. We are here to help. 
Daddy: Jangan serius sangat. Takut daddy.
Umar: Adik silius.
Huda: Me too.
Daddy: Kerja Kakak ke kerja Umar ni?
Huda: Kerja adik.
Umar: Bukan adik. Teleje Kakak.
Adam: Kerja Adam.
Daddy: OK. OK. Daddy faham. Konspirasi kan.
Umar: Konspilashi cari mama untuk daddy.
Huda: I couldn't agree more.

Monday, December 15, 2014

Love has no age

Umar: Daddy tukee Kakak Hana tak?
Daddy: Haa mula dah. Tak ada topik lain ke Umar?
Umar: Daddy tukee ke tak Kakak Hana?
Daddy: Dia tu muda. Daddy Umar ni dah tua.
Umar: Daddy tukeelah Kakak Hana kan kan
Daddy: Eh? Daddy tak cakap apa-apa pun.
Umar: Kakak takap “Love has no agesh”.
Daddy: Amboi dua-beradik ni! Dahsyat je kan. 
Umar: Kakak takap bukan adik takap. Adik takap tekat daddy je
Daddy: Sama la tu. Tak padan dengan pelat nak jadi broker.
Umar: Tee adik tukee Kakak Hana. Daddy tukee tak?
Daddy: Malas nak layan Umar. 
Umar: Love has no agesh, daddy. Daddy tene ingat telalu.

This Never Happened Before

Hana muncul di majlis resepsi Ocio dan aku terkejut. Rupanya ayah Hana dan Ocio adalah best buddy (macam tak percaya Ocio ada kawan rapat!). Ayah Hana juga bekerja di bidang penerbangan. Aku jadi bahan usikan sepanjang majlis sebab baju melayu aku dan kurung moden Hana berwarna sama. Jika duduk sebelah-menyebelah ia kelihatan sedondon. 

Kira-kira dua jam sebelum aku bertemu Hana, anak-anak telah bertemu dengannya terlebih dulu. Agaknya aku terlambat faham apa yang Umar cuba katakan sepanjang majlis berlangsung. Hana datang bersama ibu dan ayahnya. Bila Hana cuba perkenalkan aku pada mereka, aku cuba mengelak tapi sejam kemudian Ocio bawa mereka berjumpa aku dan aku tak dapat mengelak lagi. 

Aku tak berani memandang Hana secara terus. Aku rasa Hana terlalu cantik. Kak Ain, Mak Cik Siti dan entah siapa lagi bercakap tentang Hana. Agaknya, Hana perempuan yang paling cantik pada malam itu. Hana, aku minta maaf. Secara tak sengaja aku terhidu bau perfume yang sangat harum itu dan aku rasa saat itu aku lelaki yang paling jahat kerana terhidu bau wangian kau. 

Ketika majlis, beberapa kali mata kami bertembung dan aku tundukkan kepala. Entah. Aku rasa segan. Usai majlis, Hana bertemu dengan aku di luar ketika aku dalam perjalanan balik ke cottage. Mungkin kerana aku asyik tundukkan kepala, Hana minta aku memandangnya dan pipi aku terasa hangat - terasa malu yang amat. Buat pertama kalinya aku memandang Hana secara terus. 

Hana sangat cantik. Sangat cantik untuk di ungkapkan dengan kata-kata. Sepatah pun tak keluar dari mulut aku - satu; sebab Hana terlalu cantik dan aku tak tahu hendak mulakan perbualan dan dua; sebab aku terhidu bau perfume-nya buat kali kedua. Tak tahulah Hana pakai minyak wangi apa - harum di hidu dan menyenangkan. Sebagai lelaki yang mempunyai tiga orang anak, aku rasa perbuatan aku sangat melampau. Tapi aku tak dapat mengelak dari terhidu kerana Hana duduk terlalu hampir dengan aku.

_ _ _ _

Sebelum tidur, aku buka e-mel. Hana hantar sebuah lagu nyanyian Paul McCartney berjudul This Never Happened Before berserta lirik.


I'm very sure, this never happened to me before
I met you and now I'm sure
This never happened before

Now I see, this is the way it's supposed to be
I met you and now I see
This is the way it should be

This is the way it should be, for lovers
They shouldn't go it alone
It's not so good when your on your own

So come to me, now we can be what we want to be
I love you and now I see
This is the way it should be
This is the way it should be

This is the way it should be, for lovers
They shouldn't go it alone
It's not so good when your on your own

I'm very sure, this never happened to me before
I met you and now I'm sure
This never happened before (This never happened before)
This never happened before (This never happened before)
This never happened before (This never happened before)
This never happened before



Aku balas e-mel Hana dengan lagu The Beatles berjudul If I Fell.


If I fell in love with you
Would you promise to be true
And help me understand
Cos I've been in love before
And I found that love was more
Than just holding hands

If I give my heart to you
I must be sure
From the very start
That you would love me more than her

If I trust in you oh please
Don't run and hide
If I love you too oh please
Don't hurt my pride like her
Cos I couldn't stand the pain
And I would be sad if our new love was in vain

Sunday, December 14, 2014

Lelaki

Majlis akad nikah Ocio akan berlangsung kurang dari sejam. Ocio nampak berseri-seri. Masih tak banyak bercakap. Kadang-kadang tersenyum bila ada yang mengusik. Majlis akad nikah hanya di sertai kaum keluarga terdekat tanpa kehadiran tetamu luar. Majlis yang sangat kecil. Ocio kata majlis akad nikah cukuplah untuk ahli keluarga sahaja.

Tak sempat beli hadiah untuk Ocio. Sebenarnya tak tahu hendak hadiahkan apa. Semalam tempah tiket dari crystalcruises.com. Ambil pakej Caribbean Holiday Escape untuk dua orang bagi Round-trip Miami on Crystal Serenity. Pelayaran bermula 21 Disember hingga 4 Januari 2015. Harap-harap Ocio dan Zara suka.

_ _ _ _

Malam tadi ramai yang bercakap tentang isteri Ziyad yang lari dari rumah. Khabarnya isteri Ziyad lari selepas terjadi salah faham. Setiap hari sejak dua bulan yang lepas Ziyad menunggu isterinya pulang. Malam tadi, ketika bercerita Ziyad menitiskan air mata tanpa henti. Perasan sebak yang mendalam.

Kadang-kadang perempuan harus sedar lelaki yang baik sukar di temui. Bila sudah bertemu lelaki yang baik jarang di hargai. Tak banyak lelaki yang akan menangis bila kehilangan perempuan yang di sayangi. Tak semua lelaki mempertaruhkan seluruh kehidupannya buat seorang perempuan. 

_ _ _ _

Tak kurang juga lelaki yang akan buat apa saja untuk seorang perempuan termasuklah menggunakan ilmu hitam. Kebanyakan lelaki tahu di mana hendak dapatkan minyak dagu yang sangat terkenal itu. Cuma yang membezakan sama ada mereka akan menggunakannya atau tidak. 

Ilmu hitam ada pelbagai cara- menggunakan air, angin, pujaan dan bermacam lagi. Ramai yang mendapatkannya di Thailand. Seorang kawan pernah membeli minyak dagu dengan harga RM 2000. Dia pernah mencuba beberapa kali dan menurutnya terbukti berkesan. Membuat seorang perempuan jatuh cinta dengan cara ini adalah amat memalukan sekali.

_ _ _ _

Ada banyak lelaki dalam dunia ini. Yang nampak baik - berimej alim belum tentu baik. Pernah terjadi beberapa kes seorang yang bergelar ustaz menggunakan ilmu hitam untuk menundukkan perempuan. Lelaki yang baik sukar di temui tapi mereka wujud dalam kalangan yang ramai seperti sebarang jarum dalam timbunan jerami.

Bila seorang perempuan bertemu dengan lelaki yang baik, jaga hatinya, jaga perasaannya, jangan khianati kepercayaannya. Kelak bila bertemu lelaki yang sebaliknya, jangan menyesal di kemudian hari. Kata hukama “A woman has got to love a bad man once or twice in her life, to be thankful for a good one.”

Saturday, December 13, 2014

There Will Never Be Another You

Abang ada banyak gosip. Sejak sayang tak ada, abang tak ada kawan berkongsi cerita. Abang tak boleh kutuk Ocio macam-macam lagi lepas ini. Dulu sayang selalu marah abang bila abang kutuk Ocio. Sayang selalu sebelahkan Ocio. Ary & Kak Ain risau perkara yang bukan-bukan - Kak Ain risau Ocio tak pandai buat anak! 

Ary hadiahkan Ocio 3 set buku Kamasutra pelbagai negara. Jangan main-main - 3 negara tau! Abang belum beli hadiah lagi. Abang tak tahu hendak hadiahkan apa pada Ocio, Kalau tak bagi hadiah okey tak? (Heeee).

Kerja okey sayang? Abang ada banyak kerja. Cuma satu yang sempat siap masa abang bawa anak-anak pergi New Zealand. Abang buat kerja tanpa makan-ubat-tidur-dan-rehat. Abang tak dengar sayang bebel - sebab sayang tak akan membebel lagi pada abang. Abang buat kerja terasa sunyi tanpa ada usikan-godaan-dan-rengekan dari sayang. 

Abang mengantuk. Rasa hendak tidur. Badan rasa penat sangat. Tadi abang baca e-mel yang pernah sayang hantar dulu. Sayang selalu pesan, abang kena makan ubat. Tadi abang makan ubat, pakai baju tebal, stokin lengkap. Berat abang turun 2.5 kg. Abang rasa malas hendak buat radiation therapy minggu depan. 

Abang rindu sayang.

_ _ _ _

To lose someone you love is to alter your life forever. The pain stops, there are new people, but the gap never closes. This hole in your heart is the shape of the one you lost - no one else can fix it - Unknown

The pain is not on the day of missing our dear ones. The pain is really when you live without them and with their presence in your mind - Unknown

_ _ _ _

There will be
Many other
Nights like this
And I'll be
Standing here
With someone new
There will be
Other songs to sing
Another fall
Another spring
But there
Will never be
Another you

There will be
Other lips
That I may kiss
But they
Won't thrill me
Like yours used to do
Yes
I may dream
A million dreams
But how
Can they come true
If there will never
Ever be another you?

There Will Never Be Another You
Rosemary Clooney

_ _ _ _

Sekarang jam 8.35 pagi. Abang mengantuk sangat. Buka mata pun tak larat. Abang tidur dulu. Malam tadi abang tak tidur. 

Selamat pagi, sayang.

Friday, December 12, 2014

15:51

Penerbangan yang sangat panjang dari New Zealand-Los Angeles-London-Paris. Anak-anak nampak kepenatan tapi jadi riang bila sampai di cottage. Sudah ramai yang balik dan berkumpul untuk majlis perkahwinan Ocio. Majlis yang di tunggu-tunggu.

Segala-galanya nampak perfect. Hampir semua sudah siap. Hampir semuanya Ocio uruskan seorang diri tanpa bantuan orang lain. Sempat juga melihat-lihat pakaian untuk majlis nikah dan reception. Ocio jahit sendiri. Untuk Zara pun Ocio jahitkan (tanpa ambil ukuran badan). Harap-harapnya muatlah bila Zara pakai nanti. Ocio minta V hantarkan pakaian majlis pada Zara.

15 Disember perlu jalani radiation therapy. Rasa malas hendak pergi. Sudah beberapa hari sejak di New Zealand tak makan ubat; buat-kerja-tak-ingat-dunia. Makan pun tak ikut jadual. Tidur langsung tak. Lepas bawa anak-anak pergi jalan-jalan terus buat kerja hingga awal pagi. Bila terasa mengantuk, tidur sejam dua. Jadual tidur pun tak ikut - tunggang-terbalik.

_ _ _ _

Bila fokus pada kerja (secara berlebihan) tumpuan tidak ke perkara lain. Sekurang-kurangnya tidaklah terlalu fikirkan hal-hal hati dan perasaan. Dapat juga pesongkan fikiran dari fikirkan orang yang di kasihi. Walau fokus sekalipun, kadang-kadang terlintas juga tentang kisah-kisah silam yang menghiburkan. Hati terasa bahagia walaupun hanya dapat di kenang-kenang.

Hampir kebanyakan orang yang kecewa, resah dan derita menghalakan segala kekusutan hati mereka dengan memberi fokus kepada kerjaya. Ia bagaikan satu terapi yang berkesan untuk sementara waktu. Kita cuba pujuk hati. Kita cuba kosongkan fikiran dari mengenang kisah lama. Kita semahunya tidak mahu mengimbau masa silam. Bila saja kita berhenti dari membuat sebarang kerja; untuk berehat misalnya - ingatan kita pantas kembali ke perihal hati dan perasaan.

Benarlah apa yang di kata oleh Dante Alighieri “There is no greater pain than to remember, in our present grief, past happiness.”

_ _ _ _

“Dia tak salah. Dia tak tahu apa-apa”


I wish I could give you my pain just for one moment. Not to hurt you, but so that you could finally understand how much you hurt me - Unknown

Sunday, December 07, 2014

There’s nothing better

Abang terjaga dari tidur. Abang mimpi awak baring atas katil di wad bersalin. Ada baby girl sebelah awak. Awak angkat dan berikan pada abang. Lama abang pandang baby girl. Abang dukung. Abang cium pipi dia. Baby girl comel sangat.

Ketika itu, entah kenapa tiba-tiba mata abang basah. Abang tak tahu apa yang abang rasa. Abang rasa happy. Abang rasa sedih. Kemudian abang berikan semula baby pada awak. Abang minta diri.

Baby girl sebelah awak, bukan anak abang, bukan anak kita - anak awak dengan lelaki lain. Sewaktu abang berjalan menuju pintu, awak menghantar abang dengan pandangan mata yang redup. Bila mata kita bertembung, abang masih dapat rasakan cinta kita masih hangat seperti dulu.

_ _ _ _

Don’t you ever regret knowing someone in your life, good people will give you happiness, bad people will give you experience, while the worst people will give you a lesson, and the best people will give you memories. — Unknown

_ _ _ _

You and me, there’s nothing better.

Saturday, December 06, 2014

You're the only one

Abang buat kerja tapi tak boleh fokus. Fikiran abang melayang ingatkan awak. Biasanya, awak akan temankan abang buat kerja atau abang temankan awak buat kerja atau kita sama-sama buat kerja. Kita cuba habiskan kerja secepat mungkin. 

Biasanya, bila abang buat kerja, awak suka kacau, kadang-kadang awak goda hingga abang tak siapkan kerja atau sambung siapkan kerja bila awak sudah masuk tidur. Kadang-kadang awak tak benarkan abang buat kerja. Awak minta abang temankan awak. 

Awak akan merengek sampai abang berhenti buat kerja. Kadang-kadang awak temankan abang buat kerja (dengan sabarnya) sampai habis. 

_ _ _ _

Entah apa yang kita bualkan. Entah apa yang kita ketawakan. Entah lagu apa yang abang nyanyikan untuk awak. Entah bunyi apa yang abang suka buat. Semuanya tak penting waktu itu. Yang penting hanya awak dan gelak ketawa kita. Gelak ketawa yang sangat bahagia...

Dunia abang dari berwarna-warni bertukar menjadi hitam putih. Hari-hari berlalu begitu saja tanpa banyak rasa. Siang malam, pagi petang tak ada beza. Tak ada keindahan, tak ada gelak ketawa, tak ada apa-apa... 

_ _ _ _

No matter what I do, I always forget to forget you.

_ _ _ _

It’s funny how you can forget everything except people loving you. Maybe that’s why humans find it so hard getting over love affairs. It’s not the pain they’re getting over, it’s the love - Melina Marchetta 

_ _ _ _

Ain't no sound 
Like a wide open Harley 
Ain't no blues 
Like the Memphis blues 
And baby by the way did I forget to mention 
That there ain't no woman like you 
No there ain't no woman like you 
No other woman 
Ain't no other woman like you babe 
You're the only one


Aint' No Woman Like You
Trace Adkins

Friday, December 05, 2014

Tassim Telamat

Umar: Adik nak minta maaf. 
Daddy: Umar nak minta maaf kenapa ni?
Umar: Adik takap adik tak tukee mama. Kakak malah.
Daddy: It’s okay. Daddy tak marah Umar pun.
Umar: Mata daddy ada hitam-hitam. Daddy selalu menangis.
Daddy: Mana ada. Umar pandai-pandai je.
Umar: Daddy jangan menangis. Nanti daddy jadi Tassim Telamat.
Daddy: Daddy tak menangis. 
Umar: Daddy lindu mama banyak-banyak?
Daddy: (senyum)
Umar: No woman like mama kan daddy.
Daddy: Umar ni macam tahu-tahu je daddy dengar lagu tu
Umar: Daddy tene banyak bersabar
Daddy: (senyum)

Thursday, December 04, 2014

2:18pm

Umar: Daddy demam?Badan daddy panash.
Daddy: Demam sikit je.
Umar: Daddy lindu mama daddy demam.
Daddy: Taklah. Cuaca kot. Demam kura-kura je.
Umar: Adik tahu. Daddy lindu mama. Daddy demam.
Daddy: Daddy dah makan ubat. Cuma tak larat sikit je.
Umar: Daddy lindu mama. Daddy sakit. Adik tak tukee.
Daddy: Umar jangan la marah. Serius je muka.
Umar: Adik tak tukee mama. Adik benci mama banyak.
Daddy: Tak nak la cakap macam tu. Daddy kan memang tak sihat.
Umar: Adik tak nak jadi anak yatim.
Daddy: Kan daddy ada. Umar jangan fikir macam tu.
Umar: Daddy tangan tayang mama. Mama tak ingat kita.
Daddy: Mama tak lupa Umar, Kakak dengan Adam.
Umar: Mana daddy tahu?
Daddy: Daddy kan daddy Umar. Mestilah daddy tahu.

Wednesday, December 03, 2014

3:44pm

Abang rindu awak.
Rindu banyak sangat....

:-(

I Still Do



Kerinduan ini membunuh. Kalau di ikut kata hati terasa seolah-olah mati lebih baik dari hidup. Abang tak akan bunuh diri. Abang tak akan cuba bunuh diri. Abang pernah janji pada awak abang tak akan bunuh diri seperti yang pernah abang lakukan dulu. 

Abang manusia yang pegang pada janji.

_ _ _ _

I’m missing you and it’s killing me. Is it killing you like its killing me?
Maybe its true. I can’t go a day without you.

_ _ _ _

I try not to miss you but in the end, I still do. 

_ _ _ _

Dulu, kalau abang menangis, abang tak pernah malu menangis depan awak. Awak tak pernah pujuk abang. Awak cuma tenangkan abang. Dan itu lebih dari memadai. 

Tapi sekarang tak ada lagi...

:_(