Loving you was like going to war; I never came back the same ― Warsan Shire
Friday, July 31, 2015
Thursday, July 30, 2015
Kabhi Alvida Naa Kehna
“Hi handsome”
“Hello princess. Nak kena denda ni”
“Sorry la. Baru sampai rumah la dear. Buat apa?”
“Tengok cerita dengan Adam tadi. Tengok sikit je lepas tu tidur dah”
“Movie apa?”
“Kabhi Alvida Naa Kehna. Lebih kurang macam tu la bunyinya”
“Layan hindustan. Cerita tentang apa?”
“Tentang curang”
“Dear...”
“OK je ni. Jangan risau la”
“I know it’s hard, love. If you’re not happy then just leave. Don’t cheat”
“Entah la Min. Maybe the grass is always greener on the other side”
“But you still love her with all your heart”
“Hopefully time will heal the pain”
“But no amount of time can erase the scar, dear”
“Kak Ain cakap time doesn’t heal anything. It teaches us how to live with the pain”
“You’re a strong man. She’s so lucky to have you even just for a while”
“Awak puji saya banyak sangat ni ada apa-apa ke?”
“Mak kita tanya bila awak nak lawat dia. Dia rindu awak la, dear”
“Oooo hehehe segan la kita. Awak ni. Macam la saya ni bakal menantu dia”
“Awak jual mahal. Lama tau saya tunggu”
“Mengada la. Suka je melayan kan”
“You're the darling of my heart”
Wednesday, July 29, 2015
Debar
Buka kotak emel hari ini. Ada emel dari abah Hana. Dia nak jumpa hari Sabtu ini tepat jam 11 pagi di rumahnya. Dia pesan bawa pisau tajam, senaskah al-Quran, baju Melayu dan songkok. Tak tahu apa fungsi pisau, al-Quran, baju Melayu dan songkok. Rasa debar macam hendak pergi meminang anak dara orang pun ada. Nervous sungguh. Nak minta pendapat Ocio tapi rasa macam over pula. Rasa tak nak pergi jumpa abah Hana pun ada.
Hana tak pula kata apa-apa. Nak tanya Hana pun rasa segan. Mustahil kalau abah Hana nak kawinkan anak dia memandangkan Hana sekarang berada di Tokyo menghadari konvensyen. Memang comfirm dia di sana. Hantar lebih dari 20 keping gambar. Ada masa pula pergi konvensyen sempat bergambar serata tempat. Rasanya minggu ini mungkin tak Skype dengan Hana jadi tak ada peluang nak tanya apa-apa.
Tak senang duduk di buatnya. Tapi nak takutkan apalah sangat. Jumpa abah Hana bukan ada urusan apa-apa pun. Bukannya ada mengorat anak dia pun. Jauh sekali ada perancangan tunang/kahwin. Mungkin abah Hana nak dapatkan jawapan tentang soalan dulu. Kalau dia tanya, kenalah jawab dengan jujur. Nampaknya kenalah sediakan skrip jawapan supaya dapat beri jawapan dengan sempurna.
Tuesday, July 28, 2015
Keep your head up
“Hi handsome. Sorry, I’m late”
“Hai Min. Alah bukan ada apa pun”
“Tunggu Hana eh?”
“Taklah. Hana pergi konvensyen”
“Dah serius ke you guys?”
“Mana ada la. Awal lagi kot”
“Heart broken still?”
“Orang dah lupa kita pun Min. Nak ingat apa lagi...”
“Keep your head up, handsome. Keep your heart strong”
Monday, July 27, 2015
Jujur
“Kamu sahur apa Omar masa nenek duk oversea?”
“Hmm...mmm...Tejab adik fikir”
“Kamu jangan nak cover line apak kamu tu”
“Membela maruah seolang ayah tanggung tawab seolang anak nek”
“Kamu bagi anak kamu makan apa Imran?”
“Err...hmm...”
“Kamu nak ke mana tu Omar? Nenek tanya apak kamu bagi kamu makan apa?”
“Adik tena beransur dulu nek. Daddy takap talau olang tua bersembang tanak-tanak tak boleh tengar”
“Alaa Umar jangan la tinggal daddy”
“Tak boleh daddy. Adik anak yang patuh. Adik tene beransur”
“Habis sapa nak backup daddy ni”
“Daddy tawab tengan jujur”
“Kamu masak apa Imran oii”
“Err...meggi dengan air kosong hmm. Im kan bujang. Menu orang bujang gitulah seadanya”
“Astaghfirullahalazim. Kamu bagi anak kamu makan meggi dengan air kosong?”
“Im tak reti masak plus bangun lambat. Lagi 10 minit nak habis waktu”
Selepas 15 minit
Umar: Teluk ke nenek malah daddy?
Daddy: Ha’ah. Habis daddy kering kena bahan.
Umar: Tak apa daddy. At least daddy berlaku jujur.
Daddy: Pandai je dia kan. Nasihat kita pulak.
Umar: Hehehehehe.
Sunday, July 26, 2015
Real Love
What is love? Someone you can talk to about anything and know they’ll hold no judgment. Someone who knows the darkest parts of you and loves you anyway, that knows all your flaws and loves you not in spite of them but because of them. Not someone that you can’t live without, but someone that you don’t want to live without. Someone that you want to experience all of lives ups and downs with. Someone who will hold your hand through the worst times of your life. When they see you at your worst, when you’re broken, and they don’t run away but help you put the pieces back together. Someone who will treat you with respect, even in the heat of an argument. Someone who loves you with every beat of their heart. Now that’s real love.
_ _ _
Awak,
Saya suka diri awak ketika awak bersama saya. Saya tak suka diri awak yang lama – diri awak ketika kita mula-mula kenal. Tapi lepas awak jumpa A, saya rasa diri awak, sifat yang awak ada ketika bersama saya hilang begitu sahaja. Saya rasa sedih sebab awak kembali kepada sifat lama.
Setiap kali awak cakap kasar dengan saya, setiap perkataan awak yang menghiris, setiap perkara yang awak ungkit – saya cuma pendam dan simpankan saja. Saya sebetulnya cuba untuk tak ambil hati ketika itu memandangkan kita dalam konflik yang amat serius.
Saya tak suka sifat dan sikap awak yang lama. Saya rasa sifat dan sikap itu tak sesuai untuk awak. Awak yang saya kenal, yang saya bentuk, yang saya pupuk sangat berbeza dengan sifat awak yang dulu. Saya tahu perbezaannya. Awak tak boleh menipu saya.
Malang sekali selepas kita berpisah, awak menjadi diri awak yang lama. Sungguh-sungguh saya berminat nak tahu kenapa awak beritahu saya yang awak akan delete semua emel, lagu kita. Awak boleh buat secara diam-diam tanpa beritahu saya kecualilah kalau awak ada niat untuk sakitkan hati saya.
_ _ _
Awak,
Cinta seharusnya menjadikan kita manusia yang lebih baik. Cinta seharusnya membimbing kita ke arah kebaikan. Cinta tak seharusnya mengubah kita ke arah keburukan. Saya fikir awak berasa tak selamat, pura-pura menjadi kuat dan cuba berhati batu dan keras kepala sedangkan sebetulnya tidak.
Sebetulnya di depan saya awak cuba tunjukkan diri awak yang lama sedangkan hakikatnya selepas kita jatuh cinta, di cintai dan mencintai awak tak lagi begitu. Sikap, sifat dan pemikiran awak sudah berubah 360 darjah. Awak bukan lagi orang yang sama sebelum dan selepas jatuh cinta.
Saya tak marah awak nak katakan apa pun pada saya. Saya jauh sekali hendak membenci awak. Saya terima inilah takdir saya seadanya. Saya berdiri sebagai seorang lelaki yang awak kehendaki. Awak tak mahu saya melutut, awak tak mahu saya merayu. Awak kata stand like a man.
Saya tak pernah rasa saya rendah ketika saya merayu, melutut pada awak. Saya lelaki tapi ego saya tak setinggi ego awak. Saya tahu awak perempuan penuh ego. Saya tak pernah menyesal merayu pada awak. Saya rasa itulah tindakan yang paling tepat ketika itu.
_ _ _
Saya cuma tak sangka bila awak nak delete semua tentang saya termasuk memori kita (yang ada dalam ingatan awak), awak beritahu saya. Hati saya memang sudah hancur. Awak hancurkan hati saya setahun yang lepas. Pecah berderai, pedih pun belum pulih, belum hilang sepenuhnya.
Setiap hari saya bertarung dengan rasa hati. Setiap hari saya berjuang untuk tak putus asa pada hidup. Setiap hari saya selalu rasakan lebih baik berkerusi roda dan ada kanser tahap 4 asalkan bahagia dalam hati berbanding sihat tapi tak bahagia.
Setiap hari saya doa agar saya dapat bersama awak semula walaupun saya selalu yakinkan diri yang saya sudah move on. Saya tak tahu kenapa Tuhan tetapkan kasih sayang pada awak begitu tinggi. Kadang-kadang saya fikir, saya sayang awak begini banyak, kenapa ini yang saya terima. Saya tersalah pilih perempuankah?
Kenapa saya luka begini teruk? Kenapa saya sedih sangat awak tak ada dalam hidup saya? Kenapa pedih di hati saya belum hilang? Sungguh awak layak terima kasih sayang saya? Sungguhpun hati saya hancur, sungguhpun saya terluka belum pernah sesaat saya menyesal pilih awak..
_ _ _
Saat awak delete semua lagu kita, saya masih dengar semua lagu yang awak dedikasikan untuk saya. Saya masih bergelut dengan rasa cinta yang masih belum padam. Saya masih berjuang. Belum pernah sehari pun dalam hidup saya seharian saya tidak mengingat awak. Belum pernah…
Entahlah. Mungkin saya lelaki paling bodoh yang ada dalam dunia ini. Kadang-kadang saya minta Tuhan keringkan air mata saya supaya saya tak menangis lagi. Orang kata lelaki yang menangis untuk perempuan adalah lelaki teruk. Bukan lelaki sejati tapi saya tak peduli. Entah berapa ribu kali saya menangis sebab awak.
Hidup awak tentu lebih baik tanpa saya. Hidup saya paling indah bila awak ada. Sejak awak tak ada dunia saya tak seterang dulu. Hati saya tak segembira dulu. Jiwa saya rasa kosong. Hidup saya kesunyian. Entahlah. Saya pun buntu. Saya tak dapat fikir apa-apa.
Kalau awak memang bukan untuk saya. Saya tak ada kudrat melawan takdir. Setiap hari saya berharap awak kembali pada saya walaupun saya tahu saya tak ada harapan tapi saya tetap berharap sebab harapan satu-satunya yang saya ada.
Mata saya tentu lebam. Banyak sangat saya menangis hari ini. Saya nak tidur. Penat. Penat bergelut dengan diri sendiri. Apa pun yang awak buat, semoga semuanya berjalan lancar. Awak bertuah, awak dapat bebaskan diri awak dari saya.
..
Bila saya baca emel awak, saya tak tahu nak balas apa. Jadi dengan mudah saya taip “I’m glad to hear it”. Saya rasa itulah ayat yang paling sesuai. Sedang mandi, saya terfikir mujurlah saya tak balas emel awak dengan “Do I care?”. Nampak kebudak-budakkan, tak matang dan tak cool. Saya cuma pelik kenapa awak perlu bagitahu saya semua itu.
Fikiran nakal saya katakan awak mahukan perhatian saya. Tapi tak. Saya tahu awak tak perlukan semua itu. Awak iron lady. Tak ada masalah awak nak lupakan saya atau buang semuanya. Awak super girl. Awak ada secret weapon. Alah, awak memang perempuan berhati ais. Kalau tak ada lelaki dalam hidup awak, awak boleh hidup. Saya tahu. Saya tak berniat meremehkan cinta awak tapi saya tahu awak mampu lakukan apa yang saya tak mampu lakukan.
Apapun, hidup baik-baik sayang. Terima kasih sudi terima saya dalam hidup awak. Terima kasih kerana membahagiakan hari-hari saya. Terima kasih untuk segala-galanya. Bila awak ada orang baru nanti, jangan curang pada dia. Saya tak mahu dia rasa sakit yang saya rasa. Saya pun tak mahu awak di curang. Saya tak mahu awak rasa sakit di curangi. Sakit sangat. Saya risau awak tak dapat menanggungnya.
Sambil menaip, DJ putarkan lagu Separuh Jiwaku Pergi nyanyian Anang. Di khianat dan di curang, hidup saya memang perfect. Terima kasih beri saya pengalaman jatuh cinta, di cintai, di kecewakan, di curangi dan di khianti. Bukan semua orang dapat merasainya. Saya mungkin salah seorang yang bertuah. Hidup saya tentu akan lebih kaya dengan pengalaman. Manisnya, pengalaman jatuh cinta, di cintai, di khianati dan di curangi datangnya dari orang yang sama - cinta pertama saya. Indahnya cinta pertama saya, hanya saya saja yang tahu. Deritanya cinta pertama saya, biarlah tak ada orang dalam dunia ini yang akan merasainya...
Berbalik kepada emel di atas, I hope you pass with flying colors.
Wednesday, July 22, 2015
.
Sudah setahun berlaku. Dendam tidak sepatutnya ada. Ia patut berkubur begitu saja. Memang aku pernah berdendam tapi kemudiannya aku lupakan begitu saja. Tapi kau sengaja bangkitkan kemarahan aku. Aku tak suka bertumbuk sebab perempuan. Aku tak suka kerana ia kelihatan bodoh dan tersedak. Tapi, telinga aku cukup rasa bila pedih bila kau cakap “A fighter not always a winner”. Kau tak pernah rasa setiap pedih yang aku rasa. Kau tak pernah rasa setiap kerinduan yang aku pendam.
Aku rebah, aku bangun dan lihat diri aku di depan mata kau sekarang. Aku tak akan minta maaf untuk berpuluh jahitan yang kau terima. Aku tak akan minta maaf untuk setiap tumbukan, hentakan, dan tendangan yang kau rasa. Memang kau lebih dari layak terima semua itu. Batu api, pendengki memang itulah selayaknya. Cuba duduk di tempat aku barang sebulan dua; berkerusi roda ke sana sini. Kedua kaki kau telah aku patahkan. Mujurlah ada yang tarik. Kalau tak memang aku berhajat nak tikam urat di kaki kau biar kau tak boleh berjalan terus.
_ _ _
Jarang. Jarang sekali baca catatan lama. Tadi, entah kenapa baca secara random selepas bertumbuk, bergaduh. Masih terasa sebak. Masih terasa pedih. Terasa seperti luka lama berdarah kembali.
Tak beraya. Kemas beg.
Tuesday, July 21, 2015
Perbualan Paling Serius (dengan anak)
Huda: Kenapa kita asyik tinggalkan rumah kita. Daddy tak suka rumah kita?
Daddy: Kita nak jumpa Pak Long. Mana pulak tinggal rumah.
Huda: Tapi kita nak pergi jalan-jalan lepas jumpa Pak Long.
Daddy: Kakak tak nak pergi jalan-jalan?
Huda: Nak tapi Kakak rindu rumah kita.
Daddy: Nanti kita balik rumah jugak.
Huda: Kakak tahu daddy sedih.
Daddy: Mana ada daddy sedih. Alah kita pergi jalan-jalan dalam 2,3 bulan je.
Huda: Sejak mama tak ada daddy tak suka duduk rumah.
Daddy: Hmm…bukan tak suka. Daddy cuma rasa tak selesa.
Huda: Daddy tak nak pujuk mama?
Daddy: Tak kot.
Huda: Kenapa?
Daddy: Hmm… Sometimes you meet the right person at the wrong time. You have to sometimes just do the right thing, and sometimes love isn't enough.
Huda: It’s complicated right daddy?
Daddy: Yeah.
Huda: Stay strong daddy (peluk)
Daddy: It's probably been the hardest thing I've faced in life.
Daddy: Kita nak jumpa Pak Long. Mana pulak tinggal rumah.
Huda: Tapi kita nak pergi jalan-jalan lepas jumpa Pak Long.
Daddy: Kakak tak nak pergi jalan-jalan?
Huda: Nak tapi Kakak rindu rumah kita.
Daddy: Nanti kita balik rumah jugak.
Huda: Kakak tahu daddy sedih.
Daddy: Mana ada daddy sedih. Alah kita pergi jalan-jalan dalam 2,3 bulan je.
Huda: Sejak mama tak ada daddy tak suka duduk rumah.
Daddy: Hmm…bukan tak suka. Daddy cuma rasa tak selesa.
Huda: Daddy tak nak pujuk mama?
Daddy: Tak kot.
Huda: Kenapa?
Daddy: Hmm… Sometimes you meet the right person at the wrong time. You have to sometimes just do the right thing, and sometimes love isn't enough.
Huda: It’s complicated right daddy?
Daddy: Yeah.
Huda: Stay strong daddy (peluk)
Daddy: It's probably been the hardest thing I've faced in life.
Monday, July 20, 2015
Siang Malam
Pagi
“Abang nak tak dapat title best boyfriend ever?”
“Tak teringin lagi”
“Kalau teringin bagitau Hana tau”
“Okey”
“Htag Harapan baru”
“Apa?”
“Harapan baru”
_ _ _
Tengah hari
“Tolong Hana selesaikan math boleh?”
“Tak kan math pun aku kena selesaikan. Ko fikir la sendiri”
“Please?”
“Mana soalan?”
“Kejab tau orang bukak kamera”
“Tak payah la”
“Senang abang nak tengok soalan”
“Bukan susah sangat pun”
“Tolong la please”
“Ko bukan nak tunjuk soalan math kan. Nak tunjuk rumah dah kemas”
“Auwww perasan pulak abang ni. Kita kemas rumah. Bersih tak bersih tak?”
_ _ _
Tengah Malam
“Hana masak caramel”
“Satu hari berapa kali ko nak Skype dengan aku ni?”
“Hana kacau abang ke?”
“Tak”
“Abang buat apa?”
“Pilih fon”
“Samsung Galaxy 6 kan ada. Boleh Viber”
“Tak nak touch screen. Tak nak internet”
“Habis kita nak WhatsApp macam mana?”
“SMS je dah”
“Kena bayar la bang. Tak best”
“Nak call dengan SMS je”
“WhatsApp pun boleh call”
“Fon aku ikut suka aku la. Leceh pakai touch screen. Tekan huruf tak pernah betul”
“Comel la abang ni tekan-tekan asyik salah je hehehe ”
Monyok
Daddy: Kenapa Adam monyok ni? Abang buli Adam?
Adam: (geleng)
Daddy: Susu dah habis eh? Daddy buat lain nak?
Adam: (geleng)
Daddy: Haa Adam mimpi monster lagi?
Adam: (geleng)
Daddy: Habis kenapa monyok ni? Daddy beli kek coklat nyum-nyum nak?
Adam: (geleng)
Daddy: Kita pergi jalan-jalan nak?
Adam: (geleng)
Daddy: Daddy tak pandai teka dah. Bagitau daddy kenapa Adam sedih-sedih ni?
Adam: TV tak ada cerita daddy.
Daddy: Tu je sebab Adam monyok?
Adam: (angguk)
Daddy: Tu je Adam? Tak ada sebab lain?
Adam: (angguk)
Daddy: Sabar je la. Haih.
Adam: (geleng)
Daddy: Susu dah habis eh? Daddy buat lain nak?
Adam: (geleng)
Daddy: Haa Adam mimpi monster lagi?
Adam: (geleng)
Daddy: Habis kenapa monyok ni? Daddy beli kek coklat nyum-nyum nak?
Adam: (geleng)
Daddy: Kita pergi jalan-jalan nak?
Adam: (geleng)
Daddy: Daddy tak pandai teka dah. Bagitau daddy kenapa Adam sedih-sedih ni?
Adam: TV tak ada cerita daddy.
Daddy: Tu je sebab Adam monyok?
Adam: (angguk)
Daddy: Tu je Adam? Tak ada sebab lain?
Adam: (angguk)
Daddy: Sabar je la. Haih.
Sunday, July 19, 2015
3.01am
Pengalaman yang agak menakjubkan. Ini kali pertama anak-anak naik bas dan kereta api di Malaysia. Umar membebel panjang tapi akhirnya terpaksa pasrah. Ambil bas dari JB ke TBS. Perjalanan mengambil masa 6 jam 45 minit. Trafik agak lancar. Mujurlah tersangkut dalam kesesakan tidak begitu lama. Sampai di TBS sudah hampir petang. Naik LRT ke KL Sentral (Kakak tanya kenapa Sentral di eja dengan huruf “S” dan bukan “C”). Ambil ETS ke Ipoh.
Umar kata susah naik public transport. Dia bawa 2 beg; 1 beg sandang, 1 trolley bag. Kelam-kabut di buatnya. Macam nak menangis pun ada. Kesian tengok Umar tapi biarkan saja dia uruskan diri sendiri. Umar kata dia tak mahu naik public transport sebab perlu bertukar stesen, bertukar dari bas ke LRT ke ETS. Dia tak mahu bersesak-sesak dengan orang ramai. Ketika solat di KL Sentral, Umar doa dengan penuh kusyuk bahawa dia bersyukur kerana tak perlu ambil kenderaan awam setiap hari.
Dalam pukul 9 malam selamat sampai di Ipoh.
_ _ _
Umar: Susah daddy jadi orang susah. Tene naik bas. Tene jalan kaki.
Daddy: Ha’ah. Susah. Tambah lagi kalau bawak banyak barang. Ada anak kecik.
Umar: Adik insaf tetejab.
Daddy: Daddy dulu kalau waktu cuti sekolah balik rumah naik kereta api. Sekolah daddy dekat dengan stesen kereta api. Jalan kaki dah sampai.
Umar: Ada olang takap olang naik bas olang susah. Olang tu takap kita olang susah.
Daddy: Siapa cakap?
Umar: Ada olang takap masa kita jalan kaki. Daddy tak tengar? Adik nak takap tekat dia adik pergi temua negala dalam dunia ni tapi adik tak takap. Adik gelam-gelam dalam hati.
Daddy: Hee jangan la marah-marah. Biar je la orang tu. Jangan cakap macam tu dekat orang, tak baik.
Umar: Dia naik teleta Myvi daddy. Teleta bunuh olang. Adik naik Masleti.
Daddy: Suka kan kutuk orang, tak baik cakap macam tu. Umar dapat pengalaman baru kan. Orang kaya pengalaman ni lagi kaya dari orang ada duit.
Umar: Tapi daddy dunia tekalang tak pandang olang ada pengalaman. Olang ada luit banyak olang pandang.
Daddy: Eh dia pulak ajar daddy.
Umar: Hehehehe adik celdik. Daddy percayalah.
Saturday, July 18, 2015
Hi babe. I miss you.
Sudah hampir setahun kita berpisah. Sudah dua kali raya. Tapi rasa rindu tetap sama. Bangun pagi, sebelum tidur, masa makan, tengah rehat, baca buku, buat kerja – awak selalu hadir. Entah kenapa rindu masih belum surut. Orang kata masa boleh mengubah banyak perkara tapi nampaknya tidak. Logiknya kalau sudah hampir setahun, rindu saya pada awak semakin berkurangan. Tak ada makna apa-apa pun kalau saya merindu awak.
Merindu awak dari jauh kadang-kadang seronok, kadang-kadang tidak. Hari-hari saya selalu di penuhi dengan mengingat awak. Bila saya beli buku, saya selalu ingat awak. Awak selalu baca buku yang saya tak baca. Saya tak kenal penulis yang awak suka (eh awak ada penulis kegemaran ke?). Awak selalu kata buku yang awak baca penulisnya tak famous. Awak selalu kata awak baca random. Awak tak ada apa-apa favourite. Dari movie hingga ke buku membawa ke makanan memang semuanya kita tak pernah sama.
Dari semalam saya rindu awak sampailah ke petang ini. Saya tidur sekejab. Bila bangun awak juga yang tetap saya ingat. Saya rindu awak dan saya tak tahu nak buat apa. Pernah saya rindu awak sampai demam-demam. Haih…malulah saya kalau orang tahu saya rindu awak sampai demam-demam. Saya romeo, kalau rindu sampai demam-demam nanti jatuhlah saham saya. Tapi tak apa. Tak ada orang tahu saya rindu awak sampai demam-demam. Semua salah awak sebab awak comel sangat. Selalu buat saya happy. Bila awak tak ada, saya tak tahu macam mana nak handle diri sendiri.
Awak garang. Suka marah saya. Nanti saya cakap saya rindu awak mesti awak buat macam-macam perangai, awak cakap macam-macam yang buat saya sakit hati. Nanti dari rindu jadi sakit hati. Saya pun pelik kenapalah susah sangat saya nak lupakan awak. Awak mandram saya eh? Haa. Awak tak baik mandram saya. Saya sebatang kara. Mak ayah pun tak ada. Saya tak nak rindu awak banyak sangat. Nanti jadi tak waras macam Laila Majunun. Awak, awak, awak, awak rindu saya banyak sangat ke?Alaa saya tahu awak rindu saya.
Hi babe. I miss you.
4am
“Hi handsome”
“Hi gorgeous. Dah nak tidur baru nak online”
“Busy la dear. How’s your hari raya?”
“OK la. How’s yours?”
“Not so bad. Buat apa?”
“Kacau janda hahahaha”
“Janda mana? Yours?”
“Ha’ah. Saja je”
“Ada hati lagi ke?”
“Tak la. Hyperactive tengah malam buta”
“Dia kata apa?”
“Hantar e-mel tapi dia tak balas pun. Berjam jugak la tunggu”
“Sombong eh”
“Hahaha dia memang ada angin sikit. Ada la sikit sombong hmm banyak hahaha”
“That’s why you love her kan?”
“Sejak bila jadi CSI ni?”
“I know how much you missed her”
“Sibuk je kan”
“I know la”
“Sejak bila jadi psikik ni?”
“Mengaku please”
“Mengaku apa?”
“How’s Hana?”
“What about her?”
“Jangan buat-buat tak tahu please”
“Macam tu je”
“What about Zaza?”
“Tak ada apa-apa. Lama tak contact. Chipsmore”
“And…what about me?”
“Min….hmm”
“I get it. So bila balik Paris?”
“Bukan dalam masa terdekat kot. Kenapa?”
“Just ask. Got to go. Take care dear”
“Hmm…okey”
Friday, July 17, 2015
Oh Raya!
Hai sayang,
Selamat Hari Raya. Abang minum susu dengan jeruk mempelam dua hari lepas. Sampai sekarang sakit perut. Asyik ulang-alik toilet dari pagi. Makan ubat tapi macam tak berkesan. Raya okey tapi rasa macam orang asing sebab hampir 80% yang ada dekat rumah Mak Ngah abang tak kenal. Dapatlah jumpa semua saudara-mara jauh dekat. Abang ada 16 (rasanyalah) orang sepupu. Semua okey cuma ada seorang dua yang berlagak. Kita andaikan dia dengki sebab abang tall, tough, smart and handsome.
Esok pagi abang pergi rumah Pak Teh. Ahli keluarga sebelah Mak berkumpul dekat sana. Harapnya abang tak sesat. Abang pun ingat-ingat lupa jalan nak pergi rumah Pak Teh. Masa dekat rumah Mak Ngah tadi abang tak makan. Makanan pelik-pelik. Yelah, abang orang Perak. Tengok makanan orang Johor, bentuk pun lain tentulah rasa pun lain. Umar kata semuanya sedap. Umar suka makan macam awak. Semua makanan dia cuba. Balik rumah dengan kekeyangan.
_ _ _
Raya ketiga abang balik Ipoh naik bas. Sengaja abang pilih naik bas. Umar membebel panjang. Dari Johor turun di KL kemudian ambil train ke Ipoh. Abang tak lama dekat Ipoh. Abang perlu selesaikan hal kerja. Abang ambil keputusan untuk pindah pejabat. Bukit Bintang tak lagi selamat. Banyak kegiatan tak sihat semakin bertapak kukuh di sana. Mujurlah abang sewa. Abang dalam urusan pembelian pejabat baru.
Raya kelima abang akan terbang ke Turki. Ocio dan geng yang lain tunggu dekat sana. DiTurki nanti tak lama sangat sebab masing-masing sibuk. Ekonomi dunia sedang nazak dan masing-masing sedang sedaya upaya bertahan untuk terus hidup dalam pasaran bebas. Ringgit semakin jatuh. USD 1 bersamaan dengan RM 4. Bertapa bertuahnya Malaysia kerana masih aman (okey sarkastik).
Abang ambil cuti. Abang rasa abang perlukan cuti untuk berehat. Dari Tukir abang bercadang ke Tuscany, Venice dan Rome. Kemudian bergerak ke Greece. Abang mungkin akan ambil masa yang lama di Greece. Dari Greece abang bercadang ke Switzerland. Abang selalu mengelak ke Swiss sebab awak suka Swiss. Abang nak ‘simpan’ Swiss untuk kita pergi bercuti bersama-sama tapi nampaknya kita tak mungkin pergi. Akhir sekali ke St. Petersburg, Russia.
_ _ _
Your body is away from me
but there is a window open
from my heart to yours.
From this window, like the moon
I keep sending news secretly.
Rumi
Pagi Raya
Umar: Adik tak nak pakai songkok daddy.
Daddy: Pakai songkok la. Baru sama dengan daddy.
Umar: Tapi adik tak pakai songkok daddy.
Daddy: Alaa hari ni je pakai. Penat tau daddy tempah songkok Umar ni.
Umar: Adik pakai kepiah daddy.
Daddy: Kopiahlah. Songkok eh?
Umar: Atok-atok panggil kepiah daddy. Kepiahlah daddy.
Daddy: Songkok la.
Umar: Daddy pakai kepiah. Daddy tame macam adik haa.
Daddy: Daddy tak pakai kopiah. Daddy pakai songkok.
Umar: Adik pakai kepiah. Adik tak pakai songkok.
Daddy: Daddy nak merajuklah macam ni.
Umar: Daddy mana boleh ugut adik. Daddy, daddy.
Daddy: Teluk belanga kena pakai songkok. Kalau pakai kopiah tak berapa kena haa.
Umar: Adik nak pakai jubahlah daddy.
Daddy: Jangan nak mengada. Pakai baju melayu dengan songkok.
Umar: Daddy gunakan kekelasan.
Daddy: Meh daddy pakaikan sampin. Kita dekat Johor. Ikut cara Johor.
Umar: Adik Pelak-boy. Pelak-boy pakai kepiah. Adik bukan JDTian.
Daddy: Macam-macamlah Umar ni. Tengok Adam good boy je.
Umar: Kita negala demokelasi. Adik ada hak memilih daddy.
Daddy: Sampai esok pun tak habis kalau gini. Ikut cakap daddy okey?
Umar: Telpaksa lela adik ikut. Daddy takap gini-gini macam olang JDTian dah.
Daddy: OK! Good boy! Meh daddy cium sikit!
Umar: Adik boy. Boy tak boleh tene tium-tium.
Daddy: Daddy tak peduli pun sebab daddy, daddy Umar hahaha.
Umar: Tetian adik di pagi hali laye tene buli tengan daddy sendili.
Daddy: Pakai songkok la. Baru sama dengan daddy.
Umar: Tapi adik tak pakai songkok daddy.
Daddy: Alaa hari ni je pakai. Penat tau daddy tempah songkok Umar ni.
Umar: Adik pakai kepiah daddy.
Daddy: Kopiahlah. Songkok eh?
Umar: Atok-atok panggil kepiah daddy. Kepiahlah daddy.
Daddy: Songkok la.
Umar: Daddy pakai kepiah. Daddy tame macam adik haa.
Daddy: Daddy tak pakai kopiah. Daddy pakai songkok.
Umar: Adik pakai kepiah. Adik tak pakai songkok.
Daddy: Daddy nak merajuklah macam ni.
Umar: Daddy mana boleh ugut adik. Daddy, daddy.
Daddy: Teluk belanga kena pakai songkok. Kalau pakai kopiah tak berapa kena haa.
Umar: Adik nak pakai jubahlah daddy.
Daddy: Jangan nak mengada. Pakai baju melayu dengan songkok.
Umar: Daddy gunakan kekelasan.
Daddy: Meh daddy pakaikan sampin. Kita dekat Johor. Ikut cara Johor.
Umar: Adik Pelak-boy. Pelak-boy pakai kepiah. Adik bukan JDTian.
Daddy: Macam-macamlah Umar ni. Tengok Adam good boy je.
Umar: Kita negala demokelasi. Adik ada hak memilih daddy.
Daddy: Sampai esok pun tak habis kalau gini. Ikut cakap daddy okey?
Umar: Telpaksa lela adik ikut. Daddy takap gini-gini macam olang JDTian dah.
Daddy: OK! Good boy! Meh daddy cium sikit!
Umar: Adik boy. Boy tak boleh tene tium-tium.
Daddy: Daddy tak peduli pun sebab daddy, daddy Umar hahaha.
Umar: Tetian adik di pagi hali laye tene buli tengan daddy sendili.
Thursday, July 16, 2015
Malam Raya
“Hai abang sombong”
“Hai. Sorry, busy kemas rumah”
“Rumah dah santek dah?”
“Dah cat, tukar apa yang patut”
“Hana dah pindah rumah tau”
“Kenapa pindah?”
“Tukar angin”
“Kemas tak rumah tu?”
“Hehehe tak dan. Busy, busy, busy”
“Busy kan apa je”
“Busy merindu abang mmm”
“Best tak rindu aku?”
“Best! Rasa dunia berhenti sekejab”
“Tak payah buat ph.d la kalau macam tu. Kawin je senang kan?
“Kawin dengan abang ke? Nak nak. Nak kawin dengan abang”
“Gatal jugak ko ni kan”
“Abang yang tanya. Bila bila?
“Bila apa?”
“Bila kita nak kawin la”
“Eh siapa nak kawin dengan ko kemas rumah pun malas”
“Abang mood baik hari ni eh. Banyak je cakap dengan Hana. Selalu tu macam robot je”
“Ko stres. Aku malas nak tambah stres ko tu”
“Mana abang tau?”
“Tau la. Baru buat dah give up”
“Hana nak quit. Nak kerja”
“Macam tu je?”
“Susah la bang”
“Ada benda senang ke dalam dunia ni?. Nak makan pun kena suap. Rumah sepah pun ke kemas”
“Abang kutuk Hana kaw-kaw. Sampai hati”
“Hari tu cakap susah tapi dapat 1st prize terus lupa yang susah tu”
“Muka Hana masuk paper tau”
“3 tahun setengah tak lama. Habiskan la. Nak kerja ke nak kawin ke lepas tu semua boleh buat”
“Abang rasa Hana boleh habiskan ph.d ni?”
“Degree pun susah kan. MA pun bukan senang sangat. Ini yang akhir. Usaha sampai habis. Bila masuk medan perang, tak boleh undur ke belakang”
“Bila masuk medan perang tak boleh undur ke belakang. Nice quote”
“Aku kena off. Perut sakit”
“Cirit-birit ke?”
“Ha’ah”
“Abang makan apa?”
“Minum susu dengan jeruk mempelam”
“Dah makan ubat?”
“Dah”
“Hana ada satu quote untuk abang”
“Apa dia?”
“If you’re brave to say good bye, life will reward you with a new hello”
“Hmm...nak sambung main bunga api dengan anak-anak”
“Selamat hari raya abang”
“Selamat hari raya Hana”
Wednesday, July 15, 2015
Pedihnya ada di sini...
Umar: Daddy, mama dah pergi Sabah ke belum?
Daddy: Dah kot. Hari tu mama cakap hujung bulan 6.
Umar: Mama laye tekat Sabah, daddy?
Daddy: Tak pulak daddy tahu. Kenapa Umar?
Umar: Bolehlah mama hantar gambar tekat Salam Pelantauan hehehe
Daddy: Ada-ada je kan Umar ni.
Umar: Kita hantar kad laye tekat mama, daddy?
Daddy: Daddy tak ada alamat mama dekat Sabah.
Umar: Daddy mintalah alamat mama. Kita nak hantar kad laye.
Daddy: Hmm…daddy tak rasa daddy nak mintak alamat mama.
Umar: Tenapa daddy?
Daddy: Bila Umar nak checkmate ni?
Umar: Daddy tuke tukar tajuk.
Daddy: Daddy tak nak cakap pasal mama. Daddy harap Umar faham.
Umar: Pedihnya ada di sini (sambil letak tangan di dada)
Daddy: Amboi bukan main lagi ayat tu. Boleh jadi Rumi dah.
Umar: Hehehe adik celdik. Daddy tuke tak pelcaya adik.
Daddy: Dah kot. Hari tu mama cakap hujung bulan 6.
Umar: Mama laye tekat Sabah, daddy?
Daddy: Tak pulak daddy tahu. Kenapa Umar?
Umar: Bolehlah mama hantar gambar tekat Salam Pelantauan hehehe
Daddy: Ada-ada je kan Umar ni.
Umar: Kita hantar kad laye tekat mama, daddy?
Daddy: Daddy tak ada alamat mama dekat Sabah.
Umar: Daddy mintalah alamat mama. Kita nak hantar kad laye.
Daddy: Hmm…daddy tak rasa daddy nak mintak alamat mama.
Umar: Tenapa daddy?
Daddy: Bila Umar nak checkmate ni?
Umar: Daddy tuke tukar tajuk.
Daddy: Daddy tak nak cakap pasal mama. Daddy harap Umar faham.
Umar: Pedihnya ada di sini (sambil letak tangan di dada)
Daddy: Amboi bukan main lagi ayat tu. Boleh jadi Rumi dah.
Umar: Hehehe adik celdik. Daddy tuke tak pelcaya adik.
5.38pm
Daddy: Sekarang okey tak? Daddy dah nipiskan sikit.
Kakak: Daddy nampak gangster. Kakak takut 10 kali ganda.
Daddy: Pulak. Hari tu okey lagi?
Kakak: (angguk)
Daddy: Daddy rasa daddy lagi suka nipis macam ni.
Kakak: Kakak suka muka daddy tak ada apa-apa.
Daddy: Sehari dua je nipis ni nanti cepat je naik. Lepas tu daddy simpan jambang panjang macam ostad ok.
Kakak: Taknaklah macam ustaz. Geli. Daddy trim macam Farid Kamil. Kakak rasa daddy nampak handsome.
Daddy: Rasa je? Daddy tiba-tiba rasa nak kurangkan duit raya Kakak.
Kakak: Daddy jangan buli Kakak. Kakak seorang je perempuan dalam rumah ni.
Daddy: Ni tak lain belajar dari Umar la ni kan.
Kakak: Guru terhebat Kakak!
Daddy: Bagus sangatlah tu.
Kakak: Hehehe
Kakak: Daddy nampak gangster. Kakak takut 10 kali ganda.
Daddy: Pulak. Hari tu okey lagi?
Kakak: (angguk)
Daddy: Daddy rasa daddy lagi suka nipis macam ni.
Kakak: Kakak suka muka daddy tak ada apa-apa.
Daddy: Sehari dua je nipis ni nanti cepat je naik. Lepas tu daddy simpan jambang panjang macam ostad ok.
Kakak: Taknaklah macam ustaz. Geli. Daddy trim macam Farid Kamil. Kakak rasa daddy nampak handsome.
Daddy: Rasa je? Daddy tiba-tiba rasa nak kurangkan duit raya Kakak.
Kakak: Daddy jangan buli Kakak. Kakak seorang je perempuan dalam rumah ni.
Daddy: Ni tak lain belajar dari Umar la ni kan.
Kakak: Guru terhebat Kakak!
Daddy: Bagus sangatlah tu.
Kakak: Hehehe
Monday, July 13, 2015
Goatee
Kakak: Kakak takut dengan daddy.
Daddy nampak garang.
Daddy: Hee daddy tukar style. Nak
raya kan.
Kakak: Style daddy buat Kakak
takut.
Daddy: Goatee with connected
mustache ni first time daddy buat.
Kakak: Kakak suka daddy ada
jambang macam Farid Kamil.
Daddy: Chin curtain okey kot.
Kakak: Chin curtain tu macam mana daddy?
Daddy: Jambang macam Farid Kamil
tapi tak ada misai.
Kakak: Okey!
Daddy: Tapi itu simpan untuk raya
tahun depan hehehe
Kakak: Tahun ni daddy?
Daddy: New hairstyle. Penat daddy
buat ni.
Kakak: Daddy nampak serius.
Perempuan takut dengan daddy.
Daddy: Macam-macamlah Kakak ni.
Kakak: Daddy terima tak tawaran jadi
model?
Daddy: Tak naklah daddy. Nak buat
apa.
Kakak: Malap harapan Kakak nak
ada daddy famous macam Aaron AzizLesson in Life #1
Patience does not mean to passively endure. It means to be farsighted enough to trust the end result of a process. What does patience mean? It means to look at the thorn and see the rose, to look at the night and see the dawn. Impatience means to be so shortsighted as to not be able to see the outcome. The lovers of God never run out of patience, for they know that time is needed for the crescent moon to become full. - Rumi
Sunday, July 12, 2015
Note to self #3
Recognize your wounds, but don't
let them define you. They can become another attachment. You are more than your
wounds.
Saturday, July 11, 2015
Periuk Belanga
Umar: Daddy tak nak pakai jubah
macam adik ke?
Daddy: Daddy tak pakai jubah.
Umar: Tenapa daddy tak pakai
jubah?
Daddy: Daddy rasa kalau daddy
pakai abaya daddy nampak tak handsome.
Umar: Daddy tuke tak tama tengan
adik.
Daddy: Muka dan badan daddy yang
tough ni kalau pakai abaya tak masuk haa
Umar: Daddy tuke pelasan.
Daddy: Eleh dengki la tu hahaha
Umar: Daddy pakai baju melayu
warna apa?
Daddy: Rahsia!
Umar: Peliuk belanga ke bukan
peliuk belanga daddy?
Daddy: Teluk belanga la Umar ni.
Apa sampai ke periuk belanga.
Umar: Ala adik tilap tebut. Kita laye tekat mana daddy?
Daddy: Kalau daddy pakai baju
melayu teluk belanga okey tak?
Umar: Daddy tak pelnah ada baju
melayu peliuk teluk belanga.
Daddy: Sebab tak adalah daddy
tanya. Smart tak kalau daddy pakai?
Umar: Tacak macam
telalu.
Daddy: Ikhlas tak ni?
Umar: Itelaslah daddy. Adik puji
daddy. Daddy percayalah.
Daddy: Kita pakai baju melayu
teluk belanga tahun ni tau.
Umar: Kita nak laye tekat mana
daddy? Teluk peliuk belanga orang JDT pakai daddy.
Daddy: Kita balik Johor. Kita
raya dekat Johor.
Umar: Tapi kita tak ada
sedala-mala tekat sana. Pak Long tak ada.
Daddy: Kita ada keluarga dekat
sana. Keluarga yang tak kurang besarnya.
Umar: Tapi daddy bukan olang JDT.
Taknaklah JDT daddy.
Daddy: Kita hias rumah kita dekat
sana okey? Kita cat, kita pasang pelita. Kita cari buluh, kita masak lemang.
Kita buat ketupat. Tahun ni kita tak raya dengan Pak Long semua. Tahun ni kita
ubah tradisi.
Umar: (garu kepala)
Daddy: Alaa support la daddy
sikit. Umar ni pun.
Umar: Adik tak biasa laye tengan
olang lain. Kita laye tekat Londonlah daddy.
Daddy: Kita balik Johor. Daddy
pun ada kerja dekat sana.
Umar: Daddy silius ke kita laye
tekat JDT?
Daddy: Serius!
Umar: Tedih. Adik tak nak jadi olang JDT.
Daddy: Macam-macam la Umar ni. Pelik-pelik je perangai.
Friday, July 10, 2015
Note to self #2
Trust yourself. You’ve survived a lot, and you’ll survive whatever is coming – Robert Tew
Thursday, July 09, 2015
Tuesday, July 07, 2015
2:40am
Mendarat di Kota Singa. Lebih dekat bergerak ke Johor. Don sudah sedia menunggu di sana. Berbuka puasa dengan ikan bakar sambil memandang Selat Teberau yang cantik dan sudah tentu tak sempat bersolat terawih secara jemaah di masjid. Solat terawih di rumah sahaja.
Rumah penuh debu. Kemas ala kadar untuk rehatkan badan sebelum memulakan aktiviti esok pagi. Bercadang membeli perabot baru dan sedikit barang basah esok hari. Susah juga tak ada apa-apa yang boleh di masak/makan di rumah. Hendak keluar selalu terasa leceh. Makcik Siti tak ikut. Tak tahulah bila ke dapur nanti jadi ke tidak makanan yang di masak. Kalau hangus habislah.
_ _ _
Rasa susah pula Makcik Siti tak ada. Makcik beraya dengan V di Belgium. V beria ajak. Kalau tak tentu dia pun tak mahu. Banyak kali makcik tanya nanti okey ke tak kalau makcik tak ada. Boleh bangun sahur ke tak, siapa nak masak sahur/berbuka dan macam-macam lagi. Makcik membebel suruh beli handphone supaya mudah dia berhubung.
Baru sehari makcik tak ada terasa sunyi. Kalaulah makcik tahu semuanya kelam-kabut dan tak begitu terurus. Anak-anak mula tanya bila Nenek Siti mereka akan balik. Pastinya makcik risau. Sebelum ini semuanya makcik yang uruskan. Sekarang makcik tak ada untuk beberapa hari - semacam kapal kehilangan nakhoda.
_ _ _
Sahur nanti rasanya bersahur di kedai juga. Harapnya malam ini tak tidur mati. Kalau tidur tak sedar diri kesian pada anak-anak - tentu lapar seharian. Adam puasa separuh hari. Umar dan Kakak puasa penuh. Mujurlah Kakak bantu. Kalau tak, tak tahulah nak urus apa akan jadi. Kena belajar masak dan uruskan semua perkara dengan lebih teratur supaya tak kelam-kabut.
Tetralogi Pulau Buru belum sempat di buka. Masih kemas berbalut di dalam beg. Agak lama tak berborak dengan Hana di Skype. Tadi ada juga dia ajak Skype tapi tak sempat sebab rumah belum siap kemas. Lagipun segan pula nak Skype bila anak-anak belum tidur. Anak-anak pun kadang-kadang nakal juga. Kalau mereka tak mengusik, mereka akan bertanya banyak soalan yang kadang-kadang tak tahu/pasti untuk di jawab.
_ _ _
Balik Malaysia, kalau tak ingat Ainullah memang tak sah. Celakah apakah ini?
Kali Pertama
Tahun ini peraturan di rombak
(mungkin ada kena-mengena dengan Ocio sudah beristeri – ada keluarga mertualah
katakan). Cadangan awal, berkumpul dari raya pertama sampai raya ke tiga
kemudian ziarah keluarga mertua masing-masing. Berkumpul semula untuk acara
keluarga raya ke tujuh.
Tapi ramai kata tak fleksibel
jadi rombak semula. Keputusan sepakat raya pertama hingga raya ketiga sambut di
rumah keluarga mertua. Berkumpul raya ke empat atau ke lima untuk acara
keluarga. Tahun ini tak ada tuan rumah – tak masak lemang, tak buat ketupat,
apa pun tak buat.
Destinasi pilihan kali ini Amman.
Mungkin 7-9 hari bercuti di sana nanti. Rasa janggal pun ada. Tak tahulah ini
idea siapa tapi ramai yang mengatakan ini adalah kaitan dengan Ocio yang sudah
beristeri. Menurutnya tradisi keluarga perlu di ubah. Tahun ini sambut di rumah
mertua. Ada beberapa orang yang masih belum berkahwin akan menyambut raya
bersama-sama.
Tahun ini bercadang nak bawa
anak-anak beraya di Johor. Tak pernah sambut raya di sana. Rumah pun tak pernah
hias untuk raya. Perlu kuatkan hati balik Johor. Nak melawat Mak Ngah, Mak Lang
dan Pak Su. Sampai bila nak jauhkan diri dengan keluarga di sebelah
sana? Keluarga yang ada tetap nombor satu tapi yang di sebelah sana tetap penting juga.
Setelah fikir masak-masak inilah
keputusannya. Kebetulan pula tahun ini tradisi di rombak dan ada sedikit
kelonggaran. Kalau dapat tukar langsir baru (rasanya tak sempat), pasang pelita dan meriah sedikit
rumah tentu rumah nampak lebih hidup. Hmm…tak sempat beraya dengan Mak, Walid,
Tok, Tok Wan dan adik-adik. Tuhan pinjamkan sekejab saja. Pengenalan yang
sangat singkat.
_ _ _
Mak, Im balik. Nanti Im nak buat
tahlil untuk Mak, Walid, Tok, Wok Wan dan adik-adik sebelum habis Ramadhan.
Nanti Im pergi bersih kubur. Mungkin pokok puding yang Im tanam pun sudah
mati, kena ganti baru. Kalau kita dapat sambut raya sama-sama mesti seronok,
kan Mak? Tapi Tuhan ambil semua orang yang Im sayang…
Walid, Im balik. Rasanya Im sudah
sedia untuk pikul amanah dan tanggungjawab yang di wasiatkan. Im akan berusaha
sedaya-upaya bangunkan perniagaan yang Walid bangunkan. Im akan jumpa Pak Ngah
untuk selesaikan dengan cara baik. Tak sabar nak masuk office Walid. Mak pernah
cakap office Walid cantik. Ada ukiran burung merak.
Harap orang tak panggil rumah
kita banglo berhantu lagi. Nanti Im cat rumah kita, tukar perabot yang sudah
rosak, pasang lampu baru bagi terang. Hmm…Im tak marah Mak dengan Walid. Mungkin
itulah suratan yang telah tertulis. Dari kecil sampai besar, cuma sekali Im
merasa tidur dekat riba Mak. Hmm… Im rindu Mak panggil Im “Along”.
Sunday, July 05, 2015
Tetralogi Pulau Buru
“Jangan la balik lagi please”
“Kena balik jugak. Dah booking
tiket”
“Delay tak boleh ke?”
“Tak boleh. Rumah tak siap apa
pun lagi”
“Ini untuk abang. Tetralogi Buru”
“Baru beli ke?”
“Taklah. Abang simpan elok-elok
tau. Hana sayang buku tu”
“Habis dah sayang kenapa bagi?”
“Hati lagikan Hana boleh bagi. Inikan buku. Apalah sangat”
“Susah nak jumpa dah buku ni”
“Tak rare pun. Dekat Indo banyak”
“Semua buku ko nak bagi aku ke
pun?”
“Seluruh hati, jiwa dan raga Hana
boleh bagi. Buku bukan apa-apa pun”
“Terima kasih”
“Untuk buku ke seluruh hati, jiwa
dan raga Hana?”
“Buku je”
“Thanks je bang?”
“Habis nak apa?”
“Cincin dekat jari abang tu”
“Ni? Tak boleh”
“Cincin apa tu? Weeding ring ke?”
“Nanti kalau nak apa-apa buku
bagitau. Aku boleh belikan”
“Tak nak buku. Nak abang je”Saturday, July 04, 2015
Gila
“Midnight sun best tak abang?”
“Cantik. Mana tau?”
“Cantik macam Hana kan? Huda cakap, harapkan abang mmm. Berapa hari abang stay sini?”
“Tak. Lusa nak balik dah”
“Kita iftar sama-sama nak?”
“Dah janji dengan Ocio nak
berbuka dengan dia”
“Paris?”
“Ha’ah”
“Sakit kepala abang ada kurang
sikit?”
“Hai banyaknya Huda bagitau”
“Hana soal siasat dia. Tanya tuan
punya badan bukan nak cakap”
“Masa pergi Paris nanti nak jumpa
doktor”
“Abang dah buat appointment?”
“Dah”
“Muka abang nampak pucat. Abang
demam?”
“ Haip! Batal air sembahyang aku
nanti”
“Air sembahyang boleh ambik lain”
“Jangan. Orang tengok nanti jadi
fitnah”
“Demam rindu mmmm?”
“Tak la. Tak cukup rehat je kot”
“Hana dapat first prize. Thanks
tau bang”
“Aku nak balik dah. Anak-anak dah
tunggu. Tahniah. Jangan malas-malas”
“Hana suka tengok abang pakai
baju melayu dengan kain pelikat. Hot and handsome”
“Macam-macam la ko ni”
“Orang cair tau tengok abang.
Rasa nak terkam”
“Hish! Bulan puasa ni”
“Hihihi sorry, sorry. Bye
handsome. I’m melting”
“Bye”
Friday, July 03, 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)