Tuesday, July 07, 2015

2:40am

Mendarat di Kota Singa. Lebih dekat bergerak ke Johor. Don sudah sedia menunggu di sana. Berbuka puasa dengan ikan bakar sambil memandang Selat Teberau yang cantik dan sudah tentu tak sempat bersolat terawih secara jemaah di masjid. Solat terawih di rumah sahaja.

Rumah penuh debu. Kemas ala kadar untuk rehatkan badan sebelum memulakan aktiviti esok pagi. Bercadang membeli perabot baru dan sedikit barang basah esok hari. Susah juga tak ada apa-apa yang boleh di masak/makan di rumah. Hendak keluar selalu terasa leceh. Makcik Siti tak ikut. Tak tahulah bila ke dapur nanti jadi ke tidak makanan yang di masak. Kalau hangus habislah.

_ _ _

Rasa susah pula Makcik Siti tak ada. Makcik beraya dengan V di Belgium. V beria ajak. Kalau tak tentu dia pun tak mahu. Banyak kali makcik tanya nanti okey ke tak kalau makcik tak ada. Boleh bangun sahur ke tak, siapa nak masak sahur/berbuka dan macam-macam lagi. Makcik membebel suruh beli handphone supaya mudah dia berhubung. 

Baru sehari makcik tak ada terasa sunyi. Kalaulah makcik tahu semuanya kelam-kabut dan tak begitu terurus. Anak-anak mula tanya bila Nenek Siti mereka akan balik. Pastinya makcik risau. Sebelum ini semuanya makcik yang uruskan. Sekarang makcik tak ada untuk beberapa hari - semacam kapal kehilangan nakhoda.

_ _ _

Sahur nanti rasanya bersahur di kedai juga. Harapnya malam ini tak tidur mati. Kalau tidur tak sedar diri kesian pada anak-anak - tentu lapar seharian. Adam puasa separuh hari. Umar dan Kakak puasa penuh. Mujurlah Kakak bantu. Kalau tak, tak tahulah nak urus apa akan jadi. Kena belajar masak dan uruskan semua perkara dengan lebih teratur supaya tak kelam-kabut.

Tetralogi Pulau Buru belum sempat di buka. Masih kemas berbalut di dalam beg. Agak lama tak berborak dengan Hana di Skype. Tadi ada juga dia ajak Skype tapi tak sempat sebab rumah belum siap kemas. Lagipun segan pula nak Skype bila anak-anak belum tidur. Anak-anak pun kadang-kadang nakal juga. Kalau mereka tak mengusik, mereka akan bertanya banyak soalan yang kadang-kadang tak tahu/pasti untuk di jawab.

_ _ _

Balik Malaysia, kalau tak ingat Ainullah memang tak sah. Celakah apakah ini?