Sudah setahun berlaku. Dendam tidak sepatutnya ada. Ia patut berkubur begitu saja. Memang aku pernah berdendam tapi kemudiannya aku lupakan begitu saja. Tapi kau sengaja bangkitkan kemarahan aku. Aku tak suka bertumbuk sebab perempuan. Aku tak suka kerana ia kelihatan bodoh dan tersedak. Tapi, telinga aku cukup rasa bila pedih bila kau cakap “A fighter not always a winner”. Kau tak pernah rasa setiap pedih yang aku rasa. Kau tak pernah rasa setiap kerinduan yang aku pendam.
Aku rebah, aku bangun dan lihat diri aku di depan mata kau sekarang. Aku tak akan minta maaf untuk berpuluh jahitan yang kau terima. Aku tak akan minta maaf untuk setiap tumbukan, hentakan, dan tendangan yang kau rasa. Memang kau lebih dari layak terima semua itu. Batu api, pendengki memang itulah selayaknya. Cuba duduk di tempat aku barang sebulan dua; berkerusi roda ke sana sini. Kedua kaki kau telah aku patahkan. Mujurlah ada yang tarik. Kalau tak memang aku berhajat nak tikam urat di kaki kau biar kau tak boleh berjalan terus.
_ _ _
Jarang. Jarang sekali baca catatan lama. Tadi, entah kenapa baca secara random selepas bertumbuk, bergaduh. Masih terasa sebak. Masih terasa pedih. Terasa seperti luka lama berdarah kembali.
Tak beraya. Kemas beg.