Sunday, July 26, 2015

..


Bila saya baca emel awak, saya tak tahu nak balas apa. Jadi dengan mudah saya taip “I’m glad to hear it”. Saya rasa itulah ayat yang paling sesuai. Sedang mandi, saya terfikir mujurlah saya tak balas emel awak dengan “Do I care?”. Nampak kebudak-budakkan, tak matang dan tak cool. Saya cuma pelik kenapa awak perlu bagitahu saya semua itu. 

Fikiran nakal saya katakan awak mahukan perhatian saya. Tapi tak. Saya tahu awak tak perlukan semua itu. Awak iron lady. Tak ada masalah awak nak lupakan saya atau buang semuanya. Awak super girl. Awak ada secret weapon. Alah, awak memang perempuan berhati ais. Kalau tak ada lelaki dalam hidup awak, awak boleh hidup. Saya tahu. Saya tak berniat meremehkan cinta awak tapi saya tahu awak mampu lakukan apa yang saya tak mampu lakukan.

Apapun, hidup baik-baik sayang. Terima kasih sudi terima saya dalam hidup awak. Terima kasih kerana membahagiakan hari-hari saya. Terima kasih untuk segala-galanya. Bila awak ada orang baru nanti, jangan curang pada dia. Saya tak mahu dia rasa sakit yang saya rasa. Saya pun tak mahu awak di curang. Saya tak mahu awak rasa sakit di curangi. Sakit sangat. Saya risau awak tak dapat menanggungnya.

Sambil menaip, DJ putarkan lagu Separuh Jiwaku Pergi nyanyian Anang. Di khianat dan di curang, hidup saya memang perfect. Terima kasih beri saya pengalaman jatuh cinta, di cintai, di kecewakan, di curangi dan di khianti. Bukan semua orang dapat merasainya. Saya mungkin salah seorang yang bertuah. Hidup saya tentu akan lebih kaya dengan pengalaman. Manisnya, pengalaman jatuh cinta, di cintai, di khianati dan di curangi datangnya dari orang yang sama - cinta pertama saya. Indahnya cinta pertama saya, hanya saya saja yang tahu. Deritanya cinta pertama saya, biarlah tak ada orang dalam dunia ini yang akan merasainya... 

Berbalik kepada emel di atas, I hope you pass with flying colors.