Friday, July 17, 2015

Oh Raya!

Hai sayang,

Selamat Hari Raya. Abang minum susu dengan jeruk mempelam dua hari lepas. Sampai sekarang sakit perut. Asyik ulang-alik toilet dari pagi. Makan ubat tapi macam tak berkesan. Raya okey tapi rasa macam orang asing sebab hampir 80% yang ada dekat rumah Mak Ngah abang tak kenal. Dapatlah jumpa semua saudara-mara jauh dekat. Abang ada 16 (rasanyalah) orang sepupu. Semua okey cuma ada seorang dua yang berlagak. Kita andaikan dia dengki sebab abang tall, tough, smart and handsome

Esok pagi abang pergi rumah Pak Teh. Ahli keluarga sebelah Mak berkumpul dekat sana. Harapnya abang tak sesat. Abang pun ingat-ingat lupa jalan nak pergi rumah Pak Teh. Masa dekat rumah Mak Ngah tadi abang tak makan. Makanan pelik-pelik. Yelah, abang orang Perak. Tengok makanan orang Johor, bentuk pun lain tentulah rasa pun lain. Umar kata semuanya sedap. Umar suka makan macam awak. Semua makanan dia cuba. Balik rumah dengan kekeyangan.

_ _ _

Raya ketiga abang balik Ipoh naik bas. Sengaja abang pilih naik bas. Umar membebel panjang. Dari Johor turun di KL kemudian ambil train ke Ipoh. Abang tak lama dekat Ipoh. Abang perlu selesaikan hal kerja. Abang ambil keputusan untuk pindah pejabat. Bukit Bintang tak lagi selamat. Banyak kegiatan tak sihat semakin bertapak kukuh di sana. Mujurlah abang sewa. Abang dalam urusan pembelian pejabat baru. 

Raya kelima abang akan terbang ke Turki. Ocio dan geng yang lain tunggu dekat sana. DiTurki nanti tak lama sangat sebab masing-masing sibuk. Ekonomi dunia sedang nazak dan masing-masing sedang sedaya upaya bertahan untuk terus hidup dalam pasaran bebas. Ringgit semakin jatuh. USD 1 bersamaan dengan RM 4. Bertapa bertuahnya Malaysia kerana masih aman (okey sarkastik).

Abang ambil cuti. Abang rasa abang perlukan cuti untuk berehat. Dari Tukir abang bercadang ke Tuscany, Venice dan Rome. Kemudian bergerak ke Greece. Abang mungkin akan ambil masa yang lama di Greece. Dari Greece abang bercadang ke Switzerland. Abang selalu mengelak ke Swiss sebab awak suka Swiss. Abang nak ‘simpan’ Swiss untuk kita pergi bercuti bersama-sama tapi nampaknya kita tak mungkin pergi. Akhir sekali ke St. Petersburg, Russia. 

_ _ _ 

Your body is away from me
but there is a window open
from my heart to yours.
From this window, like the moon
I keep sending news secretly.

Rumi