Pengalaman yang agak menakjubkan. Ini kali pertama anak-anak naik bas dan kereta api di Malaysia. Umar membebel panjang tapi akhirnya terpaksa pasrah. Ambil bas dari JB ke TBS. Perjalanan mengambil masa 6 jam 45 minit. Trafik agak lancar. Mujurlah tersangkut dalam kesesakan tidak begitu lama. Sampai di TBS sudah hampir petang. Naik LRT ke KL Sentral (Kakak tanya kenapa Sentral di eja dengan huruf “S” dan bukan “C”). Ambil ETS ke Ipoh.
Umar kata susah naik public transport. Dia bawa 2 beg; 1 beg sandang, 1 trolley bag. Kelam-kabut di buatnya. Macam nak menangis pun ada. Kesian tengok Umar tapi biarkan saja dia uruskan diri sendiri. Umar kata dia tak mahu naik public transport sebab perlu bertukar stesen, bertukar dari bas ke LRT ke ETS. Dia tak mahu bersesak-sesak dengan orang ramai. Ketika solat di KL Sentral, Umar doa dengan penuh kusyuk bahawa dia bersyukur kerana tak perlu ambil kenderaan awam setiap hari.
Dalam pukul 9 malam selamat sampai di Ipoh.
_ _ _
Umar: Susah daddy jadi orang susah. Tene naik bas. Tene jalan kaki.
Daddy: Ha’ah. Susah. Tambah lagi kalau bawak banyak barang. Ada anak kecik.
Umar: Adik insaf tetejab.
Daddy: Daddy dulu kalau waktu cuti sekolah balik rumah naik kereta api. Sekolah daddy dekat dengan stesen kereta api. Jalan kaki dah sampai.
Umar: Ada olang takap olang naik bas olang susah. Olang tu takap kita olang susah.
Daddy: Siapa cakap?
Umar: Ada olang takap masa kita jalan kaki. Daddy tak tengar? Adik nak takap tekat dia adik pergi temua negala dalam dunia ni tapi adik tak takap. Adik gelam-gelam dalam hati.
Daddy: Hee jangan la marah-marah. Biar je la orang tu. Jangan cakap macam tu dekat orang, tak baik.
Umar: Dia naik teleta Myvi daddy. Teleta bunuh olang. Adik naik Masleti.
Daddy: Suka kan kutuk orang, tak baik cakap macam tu. Umar dapat pengalaman baru kan. Orang kaya pengalaman ni lagi kaya dari orang ada duit.
Umar: Tapi daddy dunia tekalang tak pandang olang ada pengalaman. Olang ada luit banyak olang pandang.
Daddy: Eh dia pulak ajar daddy.
Umar: Hehehehe adik celdik. Daddy percayalah.