Thursday, August 09, 2012

Merdeka


1.
Saya sedang muat turun 10 Tahun Sebelum Merdeka, sebuah dokumentari Fahmi Reza. Dokumentari ini pernah menjadi kontroversi tidak lama dulu. Perkara yang di bangkitkan oleh Fahmi Reza adalah perkara di luar pengetahuan masyarakat Malaysia iaitu Peristiwa Hartal 1947.

Saya bercadang menyambut kemerdekaan dengan menonton 1957: Hati Malaya karya Suhaimi Baba dan dokumentari menarik 10 Tahun Sebelum Kemerdekaan. Pembikinan dokumentari ini kemas dan teratur. Susunan runut bunyi juga agak baik untuk sebuah dokumentari. 

Filem adalah  cerminan budaya. Filem juga merupakan alat propaganda yang paling mudah untuk membina hegemoni. Melalui 1957: Hati Malaya, propaganda kerajaan di cucuk halus ke minda penonton. Mana-mana pembikin filem pastinya mempunyai  tujuan dan agenda tertentu dalam menghasilkan sebuah karya. 

Saya tidak mendidik anak-anak dengan ideologi tertentu. Saya juga tidak cuba untuk menerapkan ideologi tertentu kepada anak-anak sementelahan kami berdua (saya dan dia) masing-masing mempunyai haluah berbeza. Kami tidak sepakat mengenai politik.

Saya cuba bukakan jalan untuk anak-anak meneroka perkara baru tidak kiralah dari perspektif kiri atau kanan. Tidak semua yang datangnya dari haluan kiri itu bagus dan sebaliknya. Perspektif kita di bentuk oleh alam sekeliling. 

Mungkin ada yang akan cakap budak-budak kecil tidak sepatutnya di dedahkan dengan politik kerana mereka tidak matang. Pada saya, anak-anak tidak kira kecil, besar sepatutnya di beri peluang untuk berfikir sendiri. 

Ibu bapa tidak boleh beranggapan bahawa anak-anak mereka tidak matang dan sukar untuk berfikir secara kendiri. Tanggapan ini salah sekali. Sejak kecillah kita perlu terapkan budaya ilmu supaya mereka terbiasa hingga dewasa.


2.
Sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini amat suram. Tidak banyak kenderaan/rumah yang mengibarkan bendera. Rasanya seperti rakyat Malaysia kehilangan semangat untuk meraikannya. Mungkin juga ramai beranggapan bahawa sambutan ini tidak perlu kerana ‘negara kita tidak pernah di jajah’ oleh mana-mana kolonial.

Ada banyak isu kenegaraan yang masih belum selesai. Ada banyak perkara yang perlu di dedahkan dengan jujur oleh pihak-pihak tertentu. Ada wira-wira yang masih belum terpahat nama mereka dalam kalangan orang yang harus di beri penghargaan. Hal-hal inilah yang memerlukan kajian akademik yang tinggi supaya rakyat Malaysia tahu fakta sebenar.


 3.
Laman sesawang ini di beri nama Cloudfable dan Tribefable, baru di buka. Saya kira laman ini amat baik kerana mempunyai penulis yang berbakat dan berpengetahuan tinggi seperti Fadli al-Akiti dan Wan Nor Azriq. Ada banyak perkara yang boleh di manfaatkan di sini.

Monday, July 30, 2012

Cinta tak perlu pengubahsuaian untuk menyenangkan hati pasangan



Selamat Hari Ulang Tahun. Saya lelaki tipikal konservatif yang selalu lupa tarikh penting dalam hidup. Sorry, sayang. 


Saya rasa awak sangat comel. Kadang-kadang macam kucing, kadang-kadang macam hamster, kadang-kadang macam bear, kadang-kadang macam dolphin. Awak comel macam pokok kelapa pandan.

Pendek kata awak memang comel di mata saya. 


Tapi awak juga sangat tegas. Saya suka sifat tegas awak. Saya rasa saya bercinta dengan orang yang betul. Saya suka awak yang selalu berterus-terang. Saya suka awak yang tak pandai pun pujuk bila saya (konon-konon) merajuk. Saya suka awak yang elergi pada habuk. Saya juga suka awak yang suka membebel.

Awak tak memiliki banyak sifat tipikal seorang perempuan dan itu buat saya jatuh cinta berkali ganda dengan awak. Awak selalu persoalkan budaya/nilai/masyarakat yang awak rasa biasa/tak betul. Awak ambil berat tentang hal politik/ekonomi negara. Dan paling penting – awak cerdik. 


Sepanjang saya hidup dengan awak memang banyak benda yang membuatkan kita nampak berbeza. Kita ada ideologi yang amat berbeza malah bertentangan. Dan benda-benda kecil ini pernah membuat kita berbalah. Sangat dahsyat bila di fikirkan kita berbalah sebab Anwar/Dr.M. Ia kelihatan lucu tapi sebenarnya serius.

Oleh sebab kita tak banyak persamaan, jadi Tuhan berikan awak pada saya. Tuhan ingin awak lengkapi setiap kekurangan yang ada pada saya. Tuhan berikan saya sudut fikir yang berbeza melalui awak  kerana sifat awak yang sangat berbeza dengan saya. 

Awak lengkapi saya. Awak sebahagian dari saya. 


Awak memang sangat berbeza dari saya. Dari warna kegemaran ke filem ke muzik dan tentunya makanan – semuanya berbeza. Kita jarang sekali sependapat tapi saya tak kisah sangat. Saya tak mahu ambil keseluruhan hidup awak. Saya mahu tinggalkan sedikit ruang privasi untuk awak. 

Awak tak pernah ubah apa-apa untuk bersama saya misalnya awak masih tidur jam 12.30 malam setiap hari. Sarapan epal/pisang/oat setiap pagi. 

Cinta tak perlu pengubahsuaian untuk menyenangkan hati pasangan.



Selamat Hari Ulang Tahun, sayang.

Wednesday, July 25, 2012

Menambah Keberkatan


Saya di bazar teman anak-anak berniaga. Anak-anak saya jual kek cawan, puding, bubur kacang, bubur gandung. Huda dan Umar bercadang hendak kumpul duit untuk bantu orang Islam Rohingya dan rumah anak-anak yatim. Anak-anak saya tak mahu kutip derma/minta sumbangan dari mana-mana pihak. Mereka pilih berniaga. Modal pun saya tak keluarkan. Semua duit anak-anak. 

Hasil jualan agak memberangsangkan. Cuma kalau hari hujan jualan sedikit menurun. Semalam tak berniaga sebab saya mahu anak-anak rehat. Tahun lepas mereka berniaga sampai demam (dan si cantik manis dah warning kalau nak berniaga jangan sampai anak-anak demam macam tahun lepas). Buat masa sekarang Huda masih membantu Umar tapi mungkin selepas ini Huda perlu beri sepenuh perhatian pada lukisan. Ada pertandingan yang dia mahu sertai.

Oleh sebab anak-anak saya bersekolah di rumah jadi jadualnya fleksibel. Sempena bulan mulia ini, saya tidak mengajar mereka pada waktu malam seperti selalunya. Aktiviti P&P berubah ke waktu pagi sesudah solat Subuh hingga jam 10. Kemudian mereka akan rehat hingga jam 2 petang. Selepas itu mereka kembali sibuk untuk persiapan menjual di bazar. Saya tetapkan mereka hanya boleh berniaga sehingga jam 6.45 petang. Kemudian balik ke rumah untuk berbuka dan bersiap untuk solat terawih.

Bulan mulia ini banyak bersedekah. Kita boleh sedekahkan buku, wang atau apa saja pada pihak yang memerlukan. Sebenarnya aktiviti ini wajar di lakukan sepanjang tahun dan tidak terhad di bulan Ramadhan. Bagi yang berminat untuk sumbangkan buku bolehkan berikan buku-buku tersebut kepada Dusun Buku atau Projek Pelita. Bagi yang berminat untuk sumbangkan telekung/wang/atau sertai apa saja kerja berbentuk kebajikan bolehlah hubungi The Telekung Project. Bagi yang mempunyai sedikit lebihan rezeki bolehlah menghulurkan wang kepada warga Rohingya. Moga-moga dengan sedikit sumbangan kita dapat meringankan beban insan lain. 


I love you with all my heart and soul


1.
Ada beberapa berita positif bulan lepas. Antaranya berat badan saya naik sebanyak 1.5kg (dan buah hati saya menangis bukan main lagi bila saya beritahu berita ini). Dia cukup gembira dengan perkembangan ini (kerana dia sarankan saya makan makanan-tambahanan-yang-tak-sedap dan-rupanya-pula-seperti-tahi-musang) - biji aprikot namanya.

Itu cerita bulan lepas. Bulan ini, berat badan turun semula - 3.5kg. Masih berharap biji aprikot boleh bantu naikkan semula berat badan macam bulan lepas. Berharap adalah sesuatu yang membuatkan kita terasa 'hidup'. Seperti berharap untuk sembuh adalah sesuatu yang memberi kekuatan kepada orang sakit. Berharap hubungan akan pulih memberi sesuatu kepada pasangan yang sedang berkasih.

Saya masih berpuasa seperti orang lain. Dengan kudrat yang ada saya cuba gagahi diri berpuasa sebaik mungkin. Bila berpuasa saya tak muntah-dengan-kerap-macam-selalu. Cuma bila tak makan, kudrat makin terhad. Tenaga berkurangan. Umar sarankan saya minum Red Bull - konon-konon untuk pulihkan tenaga. Ada juga kadang-kadang saya minum tongkat ali yang di pesan Umar. 


2.
Esok, dia ada inteview dan pagi tadi pergi daftar dengan MMC (Malaysian Medical Council). Semoga awak lulus temuduga dan dapat kerja. Moga-moga hutang RM 360 000 dengan Mara dapat di langsaikan dengan segera. Lepas 3 tahun bekerja - sambung belajar. Budak-budak yang ambil kursus perubatan perlu kerja dulu selama 3 tahun sebelum ambil/sambung ijazah tinggi.

Dia pilih baju warna merah (dia fanatik warna merah!) tapi (kemudian) saya sibuk pilihkan dia baju. Warna yang saya pilih ialah biru (dia nampak lebih ayu dengan warna biru - di mata saya). Saya pilihkan sekali dengan padanan tudung. Okey, saya boleh jadi Rizalman sekarang.  Saya tahu awak nampak cantik dengan warna merah tapi saya rasa warna biru lebih sesuai. 

Saya tahu awak tak banyak buat persediaan (sebab awak banyak lepak dengan saya) tapi saya yakin awak boleh lulus interview. Saya doa yang baik-baik saja untuk awak esok. Moga-moga impian awak dipermudahkan oleh Tuhan sempena bulan keberkatan. 


3.
Saya teringin nak anak (lagi). Anak lelaki - yang comel macam awak. Tapi dalam keadaan saya macam sekarang, macam mana saya nak bagi awak anak...

I love you with all my heart and soul.