Tuesday, July 24, 2012

I love you with all my heart and soul


1.
Ada beberapa berita positif bulan lepas. Antaranya berat badan saya naik sebanyak 1.5kg (dan buah hati saya menangis bukan main lagi bila saya beritahu berita ini). Dia cukup gembira dengan perkembangan ini (kerana dia sarankan saya makan makanan-tambahanan-yang-tak-sedap dan-rupanya-pula-seperti-tahi-musang) - biji aprikot namanya.

Itu cerita bulan lepas. Bulan ini, berat badan turun semula - 3.5kg. Masih berharap biji aprikot boleh bantu naikkan semula berat badan macam bulan lepas. Berharap adalah sesuatu yang membuatkan kita terasa 'hidup'. Seperti berharap untuk sembuh adalah sesuatu yang memberi kekuatan kepada orang sakit. Berharap hubungan akan pulih memberi sesuatu kepada pasangan yang sedang berkasih.

Saya masih berpuasa seperti orang lain. Dengan kudrat yang ada saya cuba gagahi diri berpuasa sebaik mungkin. Bila berpuasa saya tak muntah-dengan-kerap-macam-selalu. Cuma bila tak makan, kudrat makin terhad. Tenaga berkurangan. Umar sarankan saya minum Red Bull - konon-konon untuk pulihkan tenaga. Ada juga kadang-kadang saya minum tongkat ali yang di pesan Umar. 


2.
Esok, dia ada inteview dan pagi tadi pergi daftar dengan MMC (Malaysian Medical Council). Semoga awak lulus temuduga dan dapat kerja. Moga-moga hutang RM 360 000 dengan Mara dapat di langsaikan dengan segera. Lepas 3 tahun bekerja - sambung belajar. Budak-budak yang ambil kursus perubatan perlu kerja dulu selama 3 tahun sebelum ambil/sambung ijazah tinggi.

Dia pilih baju warna merah (dia fanatik warna merah!) tapi (kemudian) saya sibuk pilihkan dia baju. Warna yang saya pilih ialah biru (dia nampak lebih ayu dengan warna biru - di mata saya). Saya pilihkan sekali dengan padanan tudung. Okey, saya boleh jadi Rizalman sekarang.  Saya tahu awak nampak cantik dengan warna merah tapi saya rasa warna biru lebih sesuai. 

Saya tahu awak tak banyak buat persediaan (sebab awak banyak lepak dengan saya) tapi saya yakin awak boleh lulus interview. Saya doa yang baik-baik saja untuk awak esok. Moga-moga impian awak dipermudahkan oleh Tuhan sempena bulan keberkatan. 


3.
Saya teringin nak anak (lagi). Anak lelaki - yang comel macam awak. Tapi dalam keadaan saya macam sekarang, macam mana saya nak bagi awak anak...

I love you with all my heart and soul.