Saturday, December 21, 2019

Sunday morning

"B, I rasa berat I naik"
"Ye ke? I tengok you biasa je"
"I tak gemuk kan B"
"Entah. Mana I tahu"
"Alaa you ni"
"You lawa je I tengok"
"Rajin you layan I. Ni buat I bertambah sayang"
"Dah. Tak kuasa I nak melayan you ni hish"
"Hehe suka tau"

Friday, December 20, 2019

Askara di matamu




"Beruntung dia. Setiap kali lepas sembahyang abang tak pernah lupa doakan dia dengan parents dia. Dia tak tahu pun. Mulia hati abang"
"Taklah. Abang doa untuk ringankan beban hati abang. Bila doa rasa relieved. Rasa separuh beban tu pergi. Kita kena faham konsep doa. Kita doa untuk orang lain, malaikat aminkan untuk kita. Samalah macam kita doa untuk diri sendiri juga"
"Hara jealous dengar doa abang. Rasa macam kenapa abang doa untuk dia lepas apa yang dia dah buat. Hara tak expect abang berdoa untuk dia"
"Bila kita berdoa, kita kena ikhlas. Keikhlasan dalam doa tu penting. Sakit tu tak pernah hilang, rasa sayang pun. Mungkin proses penyembuhan abang melalui doa. Mungkin Tuhan nak uji keikhlasan abang. Abang doa dia selamat bersalin, di mudahkan. Nanti malaikat doakan yang sama untuk Hara"
"Pandai pujuk kita"
"Setiap hari abang doakan Hara"
"Kita busy nak dengar abang doa apa untuk dia"
"Laa"
"Kita perempuan. Abang lupa ke cemburu tu mesti ada"
"Cemburu seorang perempuan eh"
"Haa"
"Manis pulak muka monyok-monyok ni"
"Tak terkesan"
"Ada askara di matamu"
"Alaa...cair dah"
"Hahahaha"
"Banyak yang Hara belajar dari abang"
"Abang minta maaf. Abang tak sedar tindakan abang buat Hara terluka. Abang pentingkan diri. Fikir nak sembuh. Lupa, Hara pun ada hati yang perlu di jaga"
"Abang dah ingatkan Hara. Hara lupa bila kita berdoa untuk orang, malaikat doakan untuk kita. Kita sebenarnya lebih beruntung sebab malaikat doakan untuk kita"
"Ye, pandai bini abang haha"
"Mestilah. Bini abang kan"





Palau,
21.12.19, 1.30 pagi

Thursday, December 19, 2019

Cinta luar biasa




"Pantang. Bagilah abang layan lagu kejab"
"Esok je layan. Malam ni layan bini"
"Amboi! Punya banyak perhatian kita bagi tak cukup lagi ke?"
"Kalau boleh nak lebih lagi hihihi"
"Perempuan memang tamak eh"
"Haah"


Hatiku berbunga di Madagascar.

Tuesday, December 17, 2019

Rindu

"Baby...buat apa tu?"
"Kerja"
"Ooo. Okey"
"Kenapa?"
"Tak ada apa"
"Eleh"
"..."
"Lain macam je"
"Tiba-tiba rindu..."
"Nak tengok bintang?
"Nak tengok abang"




Nosy Be, Madagascar
16.12.19, 11.35 malam

Tuesday, December 10, 2019

Bulan membelah awan

"Bulan membelah awan"
"Apa tu?"
"Kecantikan Hara"
"Banyak gula dekat bibir eh"
"Banyak! Cuba rasa! hahaha"
"Tak nak. Gatal!"
"Mana ada laki tak gatal"
"Stay with me, okay"
"Okey"



Bahia, Brazil
10.12.2019, 9.48 malam

Sunday, December 01, 2019

Merap

"Baby..."
"Ada"
"Baby...."
"Ada. Terjaga eh"
"Haah. Baby pergi mana?"
"Ada sini. Baru habis solat. Nak ngaji"
"Baby..."
"Meh. Abang tepuk tidur"
"Okey"
"Merap"
"Tak"
"Merengek je "
"Takkkkk"
"Tak mengaku. Pejam mata. Abang tepuk"
"Nak dengar baby ngaji"
"Okey. Dalam sirah, Nabi yang baring dekat riba Saiditina Aisyah masa baca Quran. Ni terbalik pulak"
"Biarlah kita nak manja dengan laki sendiri. Salah ke"
"Ada je jawapan dia"




Taman Negara Bako, Sarawak Darul Hana
1 Disember 2019, 2.30 pagi

Wednesday, November 27, 2019

Mayat

Daddy: Macam mana kem? Okey?
Umar: Okey daddy
Adam: Adam suka
Kakak: Superb! 
Daddy: Jom kita pergi makan! 
Adam: Daddy, Aunty Hara tak ikut kita pergi makan?
Daddy: Tak. aunty ada kerja sikit
Umar: Aunty dia pergi mana daddy?
Daddy: Forensik rasanya
Umar: Adik nak ikut aunty boleh daddy?
Daddy: Tak boleh. Bahaya
Adam: Abang suka mayat
Kakak: Seramlah. Ada hantu
Umar: Tapi mayat tak mencederakan hati kita. Hati kita tak remuk dan hancur
Daddy: Kemain lagi

Qailullah

Moga Allah memberimu pahala di atas setiap kesabaran yang kau titipkan buatku. 

.

"Dah habis?"
"Dah. Abang dekat mana?"
"Masjid. Kejab lagi abang sampai"
"Doa tak untuk Hara?"
"Dah doa"
"Okey, sayang abang"
"Dan-dan sayang"
"Sayang lebih sikit hari ni sebab suami kita doa untuk kita"
"Mengada je padahal hari-hari kita doa untuk dia"
"Biarlah kita nak mengedik dengan laki kita. Sibuk je"






Masjid Sri Sendayan, Bandar Baru Sendayan
1.50 petang, 27.11.2019

Tuesday, November 26, 2019

Tawakkul



Surely, Allah loves you and He separates us. I have to stop looking for an answer because I need to put all my trust on Him. I need to trust His plans for us and it isn't easy.

“…And put your trust in Allah if you are believers indeed” (Quran, 5: 23)
...

Well, no doubt that I still miss you. I just want you to know that wherever I go, I carry you in my heart. My heart craves for you. Take care yourself and lives happily ever after.

You're the biggest loss in my life and I can never replace you. 





Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya
10.30 pagi, 26.11.19

Monday, November 25, 2019

Madu

"Dulu abang beli tempat kita lalu tadi. Lepas tu jual balik"
"Kenapa?"
"Cadang beli untuk makwe. Makwe dah lari. Kena tambah makwe ni hahaha"
"Berani!"
"Eh bukan ada orang suruh kawin lagi ke"
"Semalam punya cerita. Hari ni expired dah"
"Baru cadang nak apply hahaha"
"Merenyamnya!
"Hara yang offer. Abang terima je"
"Eleh sembang. Lepas tu mengamuk tak tentu pasal"
"Hara yang cari pasal dulu"
"Hara nak tahu perasaan orang yang bermadu"
"Kenapa nak tahu?"
"Saja"
"Saja?"
"Aah. Saja. Tiba-tiba rasa nak bermadu. Semalam je. Hari ni tak mau"
"Hahaha ingat nak lagi"
"Gatal eh"
"Haah. Dah bini kasi"
"Tak kasi dah"
"Abang pun tak nak. Letih nak mandi"
"Letih sangat"
"Yelah letih hahaha"
"Poyo"
"Biarlah"




Rumah Mak - Rimbun Ara, S2 Heights
13:00, 26 Nov 2019

Saturday, November 23, 2019

Kawin lain

"Kalau abang nak kawin lagi Hara izinkan"
"Demam ke?"
"Taklah. Abang ni kan"
"Nak sangat bermadu"
"Janganlah marah. Orang cakap je. Tu pun marah"
"Hara je kawin kalau nak sangat madu"
"Peliklah abang ni. Orang suruh kawin dia naik angin"
"Yelah. Abang tak nak"
"Sorry. Jangan marah"

.

"Ni apa hal pulak ni"
"Nak tidur dengan abang"
"Tidur je lah dalam bilik"
"Tak nak. Nak tidur dengan abang"
"Tapi suruh kawin dua. Kena belajar tidur sendiri"
"Ala tak nak"
"Dah pandai sangat suruh kawin lain. Macamlah ada calon"
"Ada!"
"Abang baling Hara luar tingkap nak"
"Kejamnya abang ni"
"Habis tu. Tak habis-habis suruh kawin"
"Sorry, sorry. Jangan marah"




Penghujung Benua Asia, Tanjung Piai, Kukup, Johor Darul Ta'zim
23-11-2019, 11.43 malam

Wednesday, November 20, 2019

Jauh

"Abang mimpi kawan abang cari abang. Check e-mel tak ada pun. Ada e-mel orang lain. E-mel tu jarang bukak"
"E-mel kekasih lettew. Patutlah mood abang baik je hari ni"
"Taklah. Hish"
"Abang layan hati dulu. Hara nak layan benda lain"
"Nak pergi mana?"
"Tak nak kacau abang"
"Eleh. Hari-hari kacau kita. Tiba-tiba tak nak kacau"
"Biarlah"
"Thanks Hara"
"Tengok mata. Okey, clean"
"Janganlah jadi polis pulak. Orang baru nak sweet dengan dia"
"Tengah hari nak sweet. Orang nak masaklah bang. Tak lapar ke?"
"Tak. Tengok Hara dah kenyang"
"Eleh. E-mel dah balas?"
"Belum. Nantilah"
"Kegembiraan yang dia bawa dari jauh tak terlawan dengan kebahagiaan yang dapat Hara berikan pada abang..."
"Hara adalah kebahagiaan abang"
"Jangan sembang je dah"
"Haha mana ada. Minggu depan kita balik Malaysia. Lepas tu kita pergi Siam"
"Ambil hati bini nampak"
"Abang dah plan bulan lepas lagi"
"Ye ke?"
"Yeeee tak percaya belah dada"
"Six-pack dah tak ada"
"Ehhhh mana pula. Ada je"
"Haha abang ni. Usik sikit dah melompat"
"Yelah. Ingat senang ke jaga body untuk bini"
"Eleh. Girlfriend keliling dunia macamlah kita tak tahu"
"Tapi Hara tetap nombor satu"
"Poyo"
"Biarlah"

 20 November 2019, 2.30 petang
Pune, India

Tuesday, November 19, 2019

Fight for us

"Abang nak jaga hati Hara kan? Tapi abang tak boleh menipu diri sendiri. Hara sayang abang sebab abang selalu jujur dengan Hara"
"Abang okey. Hara fikir jauh sangat"
"Betul kan?"
"Abang dah cuba. Kadang-kadang abang berjaya. Kadang-kadang kalah dengan perasaan. Abang pun tak tahu nak buat apa"
"Sabarlah sayang"
"Hmm..."
"Setiap malam Hara dengar doa abang. Abang nangis. Hara sedih sangat. Hara kesiankan abang. Abang pujuklah. Siapa tahu abang berjaya kali ni"
"Abang waras lagi. Abang tahu hukum. Hara jangan fikir macam-macam. Abang okey je. Sekurang-kurangnya abang tahu dia happy dengan pilihan dia. Dia tak menyesal dengan pilihan yang dia buat"
"Sebab dia kan abang tak nak balik Malaysia"
"Abang takut abang tak kuat lawan perasaan. Abang takut abang kalah dengan masa lepas. Abang dah letih sangat lawan hati"
"Hara faham"
"Hara nak tinggal abang? Jangan minta abang lepaskan Hara. Abang tak nak"
"Taklah bang. Hara tak sampai hati tengok abang macam ni. Hara tahu abang kuat. Fight for us, okay?"
"Jangan give up dengan abang"
"Abang jangan give up dengan diri abang"
"Okey"
"Hara sayang abang. Janji dengan Hara abang tak sentuh dadah lepas ni"
"Mana Hara tahu?"
"Hara isteri abang"
"Hmm..."
"Hara ex-DPP. Lupa eh"
"Sorry...."
"Alah, kokain je bang"
"Perli la tu"
"Tapi jarum abang bersih. Abang tak pernah suntik rasanya"
"Hish bahaya bini kerja DPP ni. Seram pulak"
"Tahu pun!"





Gokyo Ri, Nepal
10 November 2019, 11.40 malam

Sunday, October 27, 2019

Sebuah mimpi

Barangkali lewat kebelakangan ini abang tidak lagi teringatkan awak. Mungkin kerana urusan kerja yang bertali arus di samping kesibukan peribadi. Hujung tahun ini abang akan berpindah ke Jepun. 

Subuh hari ini abang tak sempat berjemaah di masjid. Abang terjaga lewat dari kebiasaan. Malam tadi abang mimpikan awak. Kita bertemu di sebuah hotel untuk majlis makan malam bersama. Suami awak tak ikut serta.

Awak datang bersama seorang kanak-kanak lelaki yang mukanya saling tak tumpah seperti awak. Andaian abang, dia adalah anak awak. Pada sekeping kertas, tercatat namanya Hafiz bersama nama ibunya.  

Abang berandaian awak sedang berbadan dua. Jika ya, tahniah abang ucapkan. Dalam titipan e-mel yang di hantar lewat Januari lepas, tak pula awak nyatakan yang awak sudah memiliki cahaya mata.

Tahniah sekali lagi. Semoga segala urusan dipermudah Ilahi. 



Udaipur, India
27 Oktober 2019, 7.30 pagi

Thursday, October 24, 2019

Segala isi dunia

Hara,

Kekasih hati, pengubat duka, penghibur jiwa dan segala isi dunia. 

Sunday, October 13, 2019

Teringat

"Abang okey?"
"Tak"
"Hati di sebelah sana panggil eh"
"Hahaha Hara ni"
"Ketuk kuat ke?"
"Hahaha tak adalah"
"Hara tahu hati abang terseksa..."
"Taklah"
"Hara isteri. Hara kenal abang"
"Teringat je"
"Tak semua kita dapat lupakan..."
"Cerita lama Hara"
"Ada masa kita rindu masa silam"
"Hmmm...makin berat ni hahaha"
"Hey! Tolong sikit eh"
"Amboi marah!"
"Mestilah. Penat tau kita jaga body untuk laki kita. Sedap kata kita berat"
"Hahahahahaha"



Half Moon Bay, San Francisco, California
20191001, 11.10 malam

Sunday, September 01, 2019

Seribu tahun

"Yayang! Selamat hari ulang tahun!"
"Hadiah mana?"
"Hara je jadi hadiah boleh tak?"
"Amboi"
"Hehehe"


Kals am Grossglockner, Austria
20 Ogos 2019, 1.45 pagi

Selamat Hari Bapa

"Alhamdulillah, berkat doa abang"
"Taklah. Dia orang yang usaha. Abang doa je"
"Bukan semua orang nak doa untuk kita. Orang baik, hati bersih, paling penting ikhlas. Akhir zaman tak ramai macam tu"
"Kemain Ustazah Nurhara petang ni"
"Tak betul ke cik abang sayang"
"Betul"
"Susah nak jumpa laki macam abang. Apa lagi abang doa masa kita umrah?"
"Rahsia"
"Rahsia aje"
"Manis-manis kopi, manis lagi Nurhara"
"Tak cair"
"..."
"B jangan tengok Hara macam tu"
"Hahahaha"

Thursday, August 15, 2019

Nasihat kepada anak


When a woman leaves you for herself, she won't be back.

Sunday, July 28, 2019

Friday, July 12, 2019

Kau yang satu

“B…”
“Hmmm…”
“I love you”
“Hmm…”
“Hmmm…hmm je. Tak nak layan kita ke”
“Yang…3 pagi dah. Tidurlah”
“Tak nak”
“Tak mengantuk?”
“Tak”
“Okey teman abang tidur”

.

“Dia tak nak tidur kacau kita tidur”
“Hihihi tak”
“Habis siapa buat?”
“Mana ada Hara buat”
“Hantu eh cium-cium abang”
“Entah hihihi”
“Tidurlah ish”
“Tak nak”
“Habis nak apa?”
“Abang comel!”
“Tak nak bagi abang tidur eh”
“Memang pun”


Hunza Valley, Pakistan
6 Julai 2019, 6.45 pagi

Monday, June 03, 2019

Dari kalbuku

Tuhan,

Bertahun telah berlalu namun rasa kasih di hati ini tak pernah pudar. Mencintainya, sungguh membahagiakan. Merinduinya, sungguh menghangatkan jiwa ini. Namun dia bukan untukku. Dia bukan tercipta untuk menjadi sebahagiaan dariku. Rasa kasih ini datang dariMu. Aku mohon Kau ambil kembali rasa ini agar aku dapat melupakannya. Dia bukan hakku. Bukan milikku untukku simpan di hati ini. Memendam cinta, kasih dan rindu terhadap dirinya membuatku sangat derita. 

Aku seorang lelaki yang lemah. Rasa cinta ini datang dariMu maka Kau ambilah kembali rasa cinta ini dari kalbuku. Kau hilangkanlah segala rasa kasih dari hati ini. Sesungguhnya, demi Tuhan, aku amat mecintai dirinya. Aku sungguh-sungguh sayang padanya, setulus dan seikhlas jiwaku. Aku redha setiap apa yang terjadi. Aku mohon kepadaMu ya Tuhan Pemilik Seluruh Alam padamlah namaku di hatinya kerana aku tahu bukan mudah untuknya melupakan diriku. 


Makkah al-Mukarramah
2 Jun 2019, 2.30 pagi

Sunday, May 12, 2019

Lelaki yang pergi meninggalkan kenangan

Bila saja aku melepaskan segala kasih sayang, rindu yang terpendam dengan ikhlas, aku berharap agar segala ribut taufan yang melanda perasaanku beransur tenang. Melepaskan yang bukan hak. Ambilah perasaan ini dari kalbuku, agar aku tidak berpaling dari mencintai isteriku. 

Pergilah sejauhnya agar rindu ini tidak lagi memanggil namamu. Pergilah sayang, tinggalkan hati dan perasaanku, tinggalkan segala resah dan gelisah, tinggalkan kalbuku agar aku dapat melupakanmu, melupakan segala kenangan kita. Pergilah selama-lamanya…



Madinah al-Munawwarah
12 Mei 2019, 4.05 pagi

Wednesday, March 27, 2019

Matahari pagi

"Abang…"
"Hmm…"
"Hara tak boleh bayangkan hidup Hara tanpa abang"
"Tak best kan"
"Tak"
"Tidurlah. Fikir bukan-bukan"
"Thanks abang. Hara happy sangat"
"Dah. Tidur. Kata nak tengok matahari pagi"
"Matahari pun tak best macam abang"
"Phewit!"
"Eeee mengada!"



Conrad Maldives Rangali Island, Maldives
26 Mac 2018, 11.30 malam

Thursday, March 21, 2019

Our time together

“Abang, bagi idea nak letak caption apa”
“Our time together is just never quite enough”






6.45 pagi, 21 Mac 2019
Wakhan Corridor, Afghanistan

Friday, March 08, 2019

Lambat solat lambat dapat jodoh

Daddy: Hari ni kita rehat. Boleh buat aktiviti bebas
Umar: Kita orang boleh buat apa saja daddy?
Daddy: Semua boleh
Umar: Adik nak keluar makan aiskrim dengan makwe adik!
Daddy: Tu tak boleh
Umar: Daddy cakap semua boleh
Daddy: Yang tu tak boleh

.

Daddy: Nak keluar dengan siapa?
Umar: Eli daddy. Dia classmate adik
Daddy: Daddy ingatkan dengan Alice
Umar: Adik dapat tahu dia ada sejarah curang dengan ex dia
Daddy: Haih budak-budak sekarang ni
Umar: Kenapa daddy mengeluh?
Daddy: Tak ada apa

.


Daddy: Baru nak solat?
Adam: Adam leka tengok movie daddy
Daddy: Jujur pulak tu. Pergi solat
Umar: Lambat solat lambat dapat jodoh hehe
Daddy: Kemain je

Thursday, March 07, 2019

Bonheur

"Abang, tolong ambil buku tu"
"Yang mana?"
"Warna merah"
"Tangga ada. Panjat ah"
"Malas. Abang tolong ambilkan"
"Sinilah abang dukung. Ambil sendiri. Abang mana tahu buku mana Hara nak"
"Aww sweet"
"Gedik"
"Eh biarlah kita"

.

"Ra, tak jumpa ke?"
"Jumpa"
"Turunlah. Lenguh bahu abang"
"Tak nak"
"Turunlah sayang"
"Abang nak susun buku kan? Let me help you"
"Best eh lepak atas bahu abang"
"Bukan selalu. Cepatlah kita susun buku"

.

"Bang…."
"Hmm…."
"Sayang abang…"
"Dah mandi ke belum?"
"Dahlah. Abang ni"
"Hahahahahahaha"

Wednesday, March 06, 2019

The Reason Why God Places Certain People In Your Life And Then Takes Them Away From You

Have you ever wondered why you feel attracted to and connected with certain people more than with others? Have you ever wondered why you get along more with some people than with others? And now comes the big question:

Have you ever asked yourself why you had to let some people go out of your life when they appeared like they were everything you ever wanted and needed in life? 

So many questions, and yet, they all have only one answer: God always has reasons and plans for everything that happens in your life.

People say, God works in mysterious ways, so you won’t be always able to understand why something happens in your life the way it does. You won’t be always able to understand why some people who you thought were going to stay forever in your life, were simply taken away from you.

And the reason is simple: God has plans for your life that are way greater than your wishes. God has plans for you that are beyond your control. 

So, remember that everything which happens in your life happens for a reason, no matter how hard this might be for you to understand.

God places the people you need in your life at exactly the right time. Maybe the reason for this is that they need to teach you a valuable lesson about you or your life. Maybe it’s to help you overcome your worries, problems, or pain.

Perhaps it’s to lift you up and encourage you to move on with your life when you’re at your lowest. Perhaps it’s to help you explore the deepest parts of your soul – parts you were never aware of.

Maybe God brings you closer to certain people so that they can help you grow and better yourself on a personal and professional level. Maybe God makes them a part of your life so that they can inspire you to be kinder and more compassionate and helpful to others and to yourself as well.

Perhaps God brings you closer to certain people because they are the answers to all your questions about life.

Just stop for a moment to think about all those people who entered your life and you were strongly attached to and then went out of your life. You will likely find that no matter whether someone played a major or minor role in your life, they all taught you valuable lessons about yourself or your life.

They all taught you something very important that you might have otherwise missed if it hadn’t been for them.

The problem is that oftentimes we try really hard to make these people stay permanently in our lives. But, they are not meant to be a part of our lives forever. God called them to stay in our lives just for a limited period of time. 

God brought us closer to them so that they could help us choose the right course of our lives and prepare us for the ones who are meant to stay for good.


And there’s no doubt that this is difficult and frustrating. It’s hard and painful when these people are taken away from us because we can’t let go of them. Because we don’t want to let go of them.

It’s difficult to understand why God would separate us from someone so wonderful and someone who helped us leave our world of darkness and put our life together again. Someone who meant the world to us.

But if you think about this from the perspective that if these people stayed in our lives forever, maybe the beauty of their soul would have faded, they wouldn’t have been inspiring for us, and they would’ve just turned into a dark spot in our lives.

Therefore, we should have faith in God and simply let these people go. We should have faith in God’s plans for our lives.

Because maybe God sends these people in our lives so that they can teach us how to let go of people more easily and without feeling pain and how to understand when someone’s role in our lives is over.

Maybe God brings us closer to these people so that they can teach us how to believe that the next person God brings our heart closer to is the one we need.

Because when the person who is meant to stay in our lives forever appears, we will know it with every single part of our body and soul.



Ranting pokok

"B, kalau I jadi ranting pokok you jadi apa?"
"Siapa suruh jadi ranting pokok dah elok-elok jadi manusia"

Monday, March 04, 2019

Semakin dekat semakin rindu

"B, what are you looking at?"
"You, it will always be you"

.

"B, why are you so sweet?"
"I’m made of sugar, don’t you know"

.

"Abang, kenapa kita lagi dekat lagi rindu?"
"Sebab Hara mengada. Tu je hahaha"





Mount Kinabalu, Sabah
12.58 am, 12 Feb 2019

Sunday, February 10, 2019

If you never try, you'll never know.

"Abang pernah datang sini berapa tahun lepas. Masa hati tengah pecah"
"Ceritalah"
"Malas ah. Cerita lama"
"Cerita, please"
"Abang datang sini mula-mula nak pujuk tapi entah macam mana tak jadi. Hati dah tawar kot. Dia cakap 'Win me back' sah-sah abang tak dapat sebab abang tak buat apa-apa untuk dapatkan dia semula. Abang tak usaha langsung. Abang give up. Abang macam let go je la. Bukan tak ada perempuan lain. Buat apa nak kecoh-kecoh. Abang rasa masa tu dia masih tunggu abang tapi sebab abang tak buat apa tambah dia marah dengan abang pasal abang pergi jumpa Hana, memanglah dia tak balik dengan abang. Lepas tu dia hantar e-mel. Panjang. Macam-macam abang kena bahan. Abang sayang dia lagi masa tu. Tapi bila kita tahu orang yang kita sayang ada orang lain, mestilah semua tak sama. Bila kita kena banding-banding baiklah kita undur diri. Abang banyak gaduh dengan dia, semua perkara nak gaduh. Sampai tak ingat benda apa yang buat gaduh. Punya banyak. Sampai sekarang dia suka ungkit hal lama, suka banding-banding. Yelah, orang dah tak suka. Memanglah semua tak baik. Dah cukup masa Tuhan ambil. Tuhan bagi pinjam sekejab"
"Kalau Tuhan ambil Hara. Abang kena pulangkan"
"Apa cakap macam tu"
"Semua yang kita miliki adalah pinjaman dari Tuhan. Bila sampai waktu, Tuhan minta kita pulangkan apa yang kita pinjam"
"Tak nak…"
"Nanti Tuhan cakap 'Eh ko dah pinjam tak gheti nak pulangkan. Ko nak buat harta ke hape'. Haa macam mana"
"Tuhan cakap macam tu eh. Haah nak buat harta cakap dekat Tuhan"
"Sweet je suami kita ni"
"Abang faham hati manusia boleh berubah. Kalau masa tu dia bagitahu abang 'Saya bukan tak sayang abang, tapi saya dah jatuh cinta dengan orang lain. Saya sendiri tak tahu macam mana. Saya harap abang faham'. Berhari-hari abang fikir apa salah abang bila dia buat tak tahu dengan abang. Yelah kita orang kan selalu gaduh. Abang call tak jawab, SMS tak reply. Berapa hari lepas tu terdetik dekat hati mungkin dia dah ada orang lain. Sekurang-kurangnya hormatlah abang sikit. Bagitahu abang. Ini tak. Diam je. Buat abang macam batu. Sakit sampai sekarang, pedih tak pernah hilang. Abang cuba lupa, hal lama tak pernah penat kejar abang"
"She still waiting for you, abang. Maybe she hoped at that time you have courage to make a step. She wants you to be a gentleman"
"Hmm…abang rasa masa tu semua dah terlambat"
"It's never too late. Abang, perempuan tak ungkit perkara lama kalau dia tak harapkan sesuatu dari orang yang dia sayang. Dia harapkan abang ambil 1 langkah yang akan ubah semuanya. Kalau abang ambil langkah maybe sekarang abang masih dengan dia. If you never try, you'll never know"
"Apa yang berlaku semua Allah dah tentukan dekat Luh Mahfuz. Ibu dia tak bagi pun dia nak juga. Kalau dah larang pun dia tak dengar, tak kanlah abang boleh ubah apa-apa. Semua yang kita fikir 'kalau' tu permainan psikologi. Kan dalam Quran tak ada kalau-kalau"








Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
7.40 pagi, 11.02.2019

Wednesday, February 06, 2019

Sebuah dunia

Hara masih merajuk dengan abang? Abang tak ada pilihan. Dalam rundingan perniagaan, semua ini perkara biasa sahaja - tak melibatkan hati dan perasaan. Kalaupun abang bukan seorang lelaki yang baik, belum pernah abang hinggap di sarang larangan. Usai sahaja rundingan, mereka mengajak abang menghadiri dinner. Abang pergi atas tuntutan kerja. Memanglah dalam apa-apa urusan baik politik mahupun perniagaan; perempuan dan arak wajib ada. Semalam abang disajikan dengan tarian gelek padang pasir. 

Begitulah dunia ini berputar. Hatta di dunia Islam, tak pernah ada rundingan di buat di masjid. Dunia tak pernah berputar mengikut citarasa kita. Untuk terus bertapak, kita yang harus mengikut rentak dunia. Abang punya prinsip dan abang memegangnya dengan erat. Ada orang kata, prinsip tak akan bawa kita pergi jauh; sekali-sekala kita perlu menggadaikannya. Abang di asuh supaya berpegang pada prinsip dan mempertahankanya walaupun kadang-kadang kerana prinsip kita mengalami kerugian dan di ketepikan. 

Lumrah dunia tak akan ada yang setia dengan kita selamanya baik isteri, kawan-kawan, keluarga mahupun saudara. Beruntunglah jika kita punya seseorang yang kekal setia menempuh segala ranjau dunia. Abang punya kawan yang pernah kesempitan wang, bakal di isytihar bankrap jika gagal membayar pinjaman bank. Dia meminta pertolongan dari kawan baiknya kira-kira RM 140,000. Hara tahu berapa yang perlu dibayar setiap bulan kepada kawannya itu? RM 12,000 untuk 9 tahun! 

Kawan baiknya mengaut keuntungan. Ketika kita dalam keadaan terdesak, kesempitan, waktu itulah orang di sekeliling kita akan mengambil kesempatan. Kawan abang tak punya pilihan kerana dia telah rugi RM 4.7 juta jadi mahu tak mahu dia terpaksa juga bersetuju untuk mengelakkan diri dari di isytihar muflis. Beginilah dunia ini berputar. Dunia ini dipenuhi manusia kejam yang tak berhati perut. Orang-orang yang rapat dengan kitalah yang selalu berbuat jahat kepada kita. Mereka jugalah yang selalu membuat onar.

Dunia perniagaan adalah sebuah dunia yang kejam penuh dengan hasad dengki dan iri hati. Kita tak boleh mengambil pusing tentang semua perkara. Ada perkara-perkara yang perlu kita kesampingkan. Dalam perniagaan, menjaga hubungan baik dengan semua orang adalah perlu. Kita berniaga, kita mencari kawan bukan lawan. Kita punya beribu kenalan dengan bermacam-macam watak lakonan. Tentu sahaja kita tak boleh layan semuanya. Kita harus bijak menyaring kenalan, kawan, rakan kongsi untuk membina jaringan. 

Hara harus tahu arena perniagaan di penuhi dengan manusia yang suka mengambil kesempatan, menikam dari belakang, memijak orang lain untuk maju ke depan, tak jujur dan amanah. Bila-bila masa sahaja kita boleh dipijak hingga mati. Mereka tak punya belas kasihan kerana perniagaan adalah wang sungguhpun kita telah lama mengenali dan menjadi kawan baik mereka. Atas sebab inilah abang tak punya ramai kawan. Abang punya lingkungan kawan yang kecil. Agaknya abang sudah malas melayan kerenah orang. 

Jumpa hari Jumaat, sayang!






Sheikh Zayed Mosque, Abu Dhabi, United Arab Emirates
10.01 pagi, 6 Februari 2019

Monday, February 04, 2019

Cleopatra

Sayangku Cleopatra,
tahukah engkau
dalam setiap hela nafasku
yang ku mahu
hanya harum
tubuhmu.






Tbilisi, Georgia - Abu Dhabi, UAE
8.30 pagi, 5 Feb 2019






PS: دايب فيك

Sunday, February 03, 2019

Secangkir teh panas

Sayangku, Lambchop

Abang masih di Tbilisi. Semalam abang jalan-jalan di kota. Kota Tbilisi merupakan ibu negeri Georgia. Reka bentuk bangunannya banyak dipengaruhi seni bina Asia Tengah, Era Stalin, Neo-Klasik dan Zaman Pertengahan. Kota ini wujud sejak kurun ke 5. Banyak tempat menarik untuk di lawati. Abang memilih ke Prospero’s Books and Caliban’s Coffeehouse. Di sana abang beli beberapa buah buku antaranya The Philosophy Book (Gregory Bassham), Caucasian Battlefields: A History of the Wars on The Turco-Caucasian Border 1828-1921(William Edward David Allen Paul Muratoff), Asia Minor Syria and Armenia (Richard Evans), The Oil and The Glory: The Pursuit of Empire and Fortune on the Caspian Sea (Steve Levine), Stalin and His Hangmen (Donald Rayfield), The House of the Dead: Siberian Exile Under The Tsars (Daniel Beer) dan Georgian Script & Typography

Kedai buku ini mempunyai sebuah kafe yang menyajikan aneka kopi yang terdapat dalam pelbagai campuran antaranya biji kopi dari Haiti, Brazil, Columbia, Indonesia, dan Kenya. Kafe ini turut menghidangkan aroma teh yang di import dari serata dunia. Antara yang menarik perhatian ialah Madagascar Coconut White Tea, Moroccan Mint Green Tea, Ceylon Supreme Black, dan Apricot Rooibos Herbal Tea. Sepanjang berada di kafe ini abang membayangkan kita berdua menikmati kopi dan teh panas sambil memilih buku. Oleh sebab itu, abang telah menempah beberapa gram daun teh yang telah di proses (sebahagianya dalam bentuk serbuk) untuk di bawa pulang supaya kita dapat menikmatinya bersama-sama. Makna kebahagiaan yang sebenarnya adalah berkongsi apa sahaja dengan orang yang kita cintai, umpamanya secangkir teh panas.

Abang rindu Hara. 





Sayang sepenuh jiwa,
Marshmallow











Tbilisi, Georgia
3 Feb 2019, 8.40 malam

Thursday, January 31, 2019

Futuhul Ghaib

Hai Hara!

Abang selamat tiba di bumi Georgia... Kerja berjalan dengan baik. Cuaca juga amat menyenangkan. Sebelum abang terlupa, terima kasih siapkan keperluan abang. Semua suit yang Hara pilih ternyata amat berpadanan dengan acara yang akan abang hadiri. Tentulah abang teruja kerana ini adalah kali pertama Hara siapkan beg pakaian abang.

Maafkan abang atas jadual kerja yang padat. Abang tak dapat luangkan banyak masa bersama Hara dan anak-anak. Abang harap Hara faham. Tugas dan tanggungjawab yang abang pikul selalu memaksa abang bekerja lebih masa di luar negara. Mudah-mudahan Hara dapat sesuaikan diri dan menerima jadual kerja abang seadanya. 

Hara sedang buat apa? Abang menyambung bacaan kitab Futuhul Ghaib karya Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani. Abang suka kitab karangan beliau - mudah di fahami walaupun kadang-kala abang terpaksa merangkak membacanya. Karya-karya beliau sungguh baik untuk di tekuni. Kitab ini akan selalu bersama abang untuk jangka masa panjang. 

Abang rindu Hara, rindu banyak sangat. Abang suka merindu dari jauh. Kata orang, merindu dari jauh lebih intim dan nikmat. Bagi abang pula, merindu dari jauh sesuatu yang manis kerana kita tak sabar-sabar ingin pulang ke pangkuan orang yang kita sayang. Abang rindu Hara sedalam-dalamnya. Jaga diri baik-baik sayang. Rehat secukupnya. 

I feel you
in the sunsets I watch
in the road trips I take
in the books I read
in the songs I hear
in the breeze I feel.

I feel you -
in the things
that make me
the happiest.


Tanpa Nama






Lelaki di sudut hatimu,
Abang




Tbilisi, Georgia
31 Januari 2019, 8.30 malam

Wednesday, January 30, 2019

Business travel

Off to Georgia.

Tuesday, January 29, 2019

Late night conversation

"Masa kita bercinta dulu baru perasan kita tak gayut tengah malam. Hara ah tidur awal"
"Hara tak tidur pun"
"Tahu. Saja tak nak gayut"
"A'ah. Biar abang rindu"
"Hara tak suka eh cakap dengan abang?"
"Taklah bang. Siapa je tak suka cakap phone waktu malam"
"Habis dulu kenapa tak boleh?"
"Sebab tak bolehlah"
"Boleh pulak macam tu"
"Boleh je"
-

"Baby, jom balik"
"Yelah. Jom. Dah 300 kali menguap kan"
"Hihihi mana ada. Abang ni kan"
"Panjat je la belakang abang"
"Tak nak. Nanti orang nampak"
"Jalan elok-elok nanti tersepak batu salahkan batu"
"Hara rindu abang. Rindu abang bebel"
"Laa...ingatkan rindu lain"
"Heee abang fikir apa?"
"Hahahaha adalah"
-

"There’s no therapy or medicine like sharing meaningful time with someone you feel at peace and comfortable with. A little music for atmosphere and some quality conversation, and all of your wounds and sorrows heal themselves."

(Beau Taplin)

4.15 pagi, 29 Jan 2019

Monday, January 28, 2019

Meningkat dewasa

Daddy: Daddy jumpa gambar perempuan seksi bawah katil. Umar ke Adam yang punya?
Umar: Gambar apa daddy?
Daddy: Buat-buat tanya
Adam: Adam tak tahu
Daddy: Habis hantu punya?
Umar: Sejak kita orang meningkat dewasa, kita orang selalu mengalami perkara aneh
Adam: Betul daddy
Daddy: Pandai je

Tuesday, January 22, 2019

How I miss you

"Jangan risau. Nanti abang balik. Tadi tu bunyi angin. Kan dekat laut"
"Everything okay sayang?"
"Okay. Semua okey"
"Thanks for teasmade. Bila abang beli?"
"Rahsia. Abang balik nanti kita minum teh sama-sama"
"Janji?"
"Janji"
"Take care arjuna"
"Tergodalah hahaha"




via satphone

Sunday, January 20, 2019

7 days

Heading to a country that has strictly access internet and limited cell phone coverage in the world. The giant power in nuclear weapon. It is not for business purpose so I can’t complain much.

See you in 7 days.

Novel cinta

Umar: Daddy! Kakak baca novel cinta
Daddy: Kakak baca novel cinta tu biasa. Umar tak baca buku tu yang luar biasa
Kakak: Keno se das. Cian hehehehe
Umar: Daddy! Kakak mengata adik!
Daddy: Dah Umar mengata Kakak buat apa
Kakak: Keno lagi se das. Sakit dok hehehe

Saturday, January 19, 2019

Tokek

Adam: Daddy penyu dia haiwan apa?
Daddy: Reptilia
Adam: Cicak daddy?
Daddy: Sama. Reptilia
Adam: Macam mana Adam nak tahu dia haiwan reptilia?
Daddy: Senang je. Reptilia kulit bersisik, keras dan kering. Reptilia haiwan berdarah sejuk. Suhu badan berubah ikut persekitaran. Reptilia bernafas ikut paru-paru sebab lubang hidung dia bersambung terus dengan paru-paru. Reptilia membiak melalui bertelur
Adam: Adam faham
Daddy: Ada banyak jenis kumpulan cicak; sumpah-sumpah, mengkarung, biawak, gekko
Adam: Gekko tu apa daddy?
Daddy: Gekko tu contohnya cicak rumah, kubin, tokek yang selalu kita nampak dekat rumah. Tokek makan serangga. Tokek bertelur beberapa kaki dalam setahun. Telur pun tak banyak sangat, 1 hingga 3 biji. Bila sampai musim mengawan, tokek jantan buat bunyi 'tok heh' tak pun 'gek oh' untuk panggil tokek betina. Tokek betina bisu
Adam: Wow! 
Kakak: Menarik!
Daddy: Nampak tak kelebihan baca buku dari main phone
Umar: Keno se das. Cian
Kakak: Daddy! Adik mengata Kakak!

Thursday, January 17, 2019

Drama 2.30 pagi

"No...no…no tak boleh"
"Abang kena siapkan kerja. Kejab je"
"Tak boleh"
"Abang nak bangun macam mana ni"
"Tak bolehlah. Abang ni"
"Hara naik atas teman abang buat kerja"
"Tak nak"
"Okey. Abang bawa turun buat dekat sini, boleh?"
"Tak boleh"
"Dah abang nak buat kerja macam mana"
"Tak payahlah buat kerja"
"Lain macam punya manja"
"Manja sikit je. Eleh makwe abang macam tak manja. Itu yang kita tahu. Yang kita tak tahu entah berapa ramai luar sana"
"Laaaa"
"Apa senyum-senyum tengok kita"
"Garangnya"
"Garanglah. Orang tak nak tidur sorang"
"Abang buat kerja, Hara tengok movie. Okey?"
"Tak nak. Nak tengok abang je"

.

"Bang…"
"Hmmm…"
"…"
"Laa dah tidur"
"Mana ada eh. Orang pejam mata je"
"Hahaha yelah yelah"

Rambang mata

Umar: Adik rasa adik dah jatuh cinta
Daddy: Kata hari tu dah jatuh cinta 
Umar: Biasalah daddy. Kita orang lelaki kita senang rambang mata 
Daddy: Kemain je sekarang

Wednesday, January 16, 2019

Menetap di Pune

Salam ke atas kekasihku Nurhara, 

Setiap hari abang bangun dengan penuh kebahagiaan. Kebahagiaan abang adalah Hara dan anak-anak serta impian-impian kecil yang sering kita sandarkan bersama. Hari Selasa lepas kita pergi jogging bersama-sama selama 1 jam 45 minit. Semalam pula kita pergi lapangan menembak. Abang mahu Hara mahir menembak. Bila ada kelapangan nanti kita akan pergi berburu bersama-sama. Sudah lama abang tak pergi berburu. Esok pagi jika tiada aral abang akan ajar Hara teknik bermain judo. Tiba musim yang sesuai nanti kita akan pergi berkhemah. Selain itu, abang ingin bawa Hara ke acara motocross. 

Hidup kita di Pune bermula dengan agak baik. Bandar ini sederhana besar dengan lalu lintas yang tak begitu sesak seperti New Delhi. Kemudahan pengangkutan awam juga tidaklah sebaik bandar lain di India. Pune, selain menjadi hub pendidikan merupakan pusat teknologi maklumat yang semakin hari semakin berkembang pesat. Pencemaran udara di Pune masih belum berada di paras bahaya dan darurat. Memetik laporan Indeks kualiti udara Delhi yang menyukat jumlah partikel toksik memberikan bacaan purata 420 pada bulan Disember sedikit baik berbanding bacaan 449 hingga 450 pada bulan sebelumnya.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), 14 buah bandar di India tersenarai sebagai bandar paling tinggi pencemaran udara. Jerebu teruk melanda New Delhi memaksa sekolah di tutup. Pihak pemerintah India tidak mempunyai pelan rangka kerja untuk mengurangkan masalah pencemaran udara yang di sebabkan oleh pelepasan asap industri dan kenderaan. Selain itu, pencemaran juga di kaitkan dengan penggunaan bahan bakar yang tidak mesra alam sekitar. Kesannya, menurut Lancet Planetary Health seramai 1.24 juta orang telah terkorban pada 2017 kerana bernafas dalam udara yang mengandungi racun.

Hara janganlah risau. Jika keadaan tidak mengizinkan, kita akan berpindah ke tempat lain. Udara yang tercemar memberi kesan kepada kesihatan manusia. Tentu sahaja abang tak akan memperjudikan kesihatan Hara dan anak-anak. Jadi tak usahlah Hara bimbang. Abang tahu kita sedang merancang untuk menimbang cahaya mata sulung dan Hara tak mahu hal-hal begini merencat perancangan kita. Setelah selesai seluruh kerja abang di sini, dan jika Allah tak mengizinkan kita menetap lama di India - kita akan merantau lagi atau mungkin balik semula ke Malaysia. Sejujurnya, abang mahu menetap di rantau orang. 

Oh ya, kelas bahasa Sanskrit dan Urdu yang abang pelajari berjalan dengan baik. Agak susah juga belajar dua bahasa dalam satu masa. Abang berharap Tuhan terangkan hati abang untuk menuntut ilmu. Bahasa Urdu adalah bahasa pengantar bagi penganut agama Islam di India. Bahasa Sanskrit pula adalah bahasa kuno yang banyak meriwayatkan kisah dewa-dewa penuh kesaktian yang terdapat dalam banyak buku hikayat lama. Mempelajari bahasa tidak pernah merugikan malah ia akan menambah khazanah bangsa. Bagaimana dengan perkembangan projek yang sedang Hara usahakan? Semoga semuanya lancar.

Kepada Allah abang berharap agar Hara selalu dalam perlindungan dan karamah-Nya. 

.

You are my
love story, and I
write you into
everything I do,
everything I see,
everything I touch
and everything
I dream, you
are the words
that fill my pages.

A.R.Asher




Suami yang amat mencintaimu,
Abang







Pune, Maharashtra, India
16 Jan 2019, 11.06 malam

Tergigit semut

Daddy: Sekolah macam mana?
Umar: Biasa-biasa daddy
Daddy: Belajar apa hari ni?
Umar: Semua adik lupa
Daddy: Baru keluar pagar sekolah dah lupa
Umar: Semalam adik tergigit semut

Monday, January 14, 2019

The Last Farewell

Genap seminggu saya menerima kiriman e-mel dari awak dengan pelbagai rasa menyerbu ke dada. Malam itu saya menaip e-mel yang agak panjang sebagai kiriman balas namun membatalkan niat sebelum menekan butang ‘hantar’. Saya hanya membalas kiriman khabar dengan e-mel paling ringkas “Tahniah atas pernikahan dan selamat maju jaya dalam kehidupan”. Sejak kita membawa haluan masing-masing, saya kerap menerima rawatan psikiatri akibat kemurungan dan tekanan jiwa. Mood saya kerap berubah. Saya perlu mengambil pelbagai jenis ubat, melalui hari-hari gelap di wad psikiatri dan menjalani sesi terapi yang panjang.

Episod malang ini telah saya lalui untuk beberapa ketika. Malang sekali buat seorang lelaki seperti saya harus menempuh dugaan saat saya miliki hampir segala-galanya yang ada di atas muka bumi ini. Takdir, sebagaimana yang kita fahami - tidak dapat di ubah. Kita malah di saran menerima takdir yang Tuhan tuliskan buat kita. Kita dipaksa menerimanya sama ada kita suka atau tidak. Sakit di hati saya tidak pernah berkurang. Saya bergelut setiap hari untuk meneruskan hidup. Alhamdulillah, segalanya beransur baik sejak penghujung tahun lepas. Hidup saya kembali tenang dan berwarna-warni. Saya kembali bernafas. 

Kesakitan yang saya tempuhi ini hanya di fahami oleh manusia yang pernah merasainya. Awak tentu sahaja tidak faham. Luka di hati ini akan tetap berdarah. Parutnya akan kekal hingga habis nafas. Pedihnya tak pernah berkurang dan kata maaf hanyalah setitik dari selautan derita yang awak tinggalkan buat saya. Awak tahu, mengenangkannya sudah cukup memilukan, cukup untuk menitiskan air mata. Saya tahu sia-sia sahaja saya katakan semua ini kerana rangkaian kata-kata tidak lagi bernilai. Semua kesalahan terbeban di bahu saya. Kata-kata tidak memberi sebarang makna. Tidak ada apa-apa yang bermakna antara kita. 

It still hurts, I still weep
Over promises we keep
It still hurts, I still bleed
Over promises we keep

It still hurts, I still weep
Over promises we keep
It still hurts, I still bleed
And the promise that we keep
Will stay forever

Do you know
What happened to me?
After we threw it all away
Yeah, everyday I drowned in sorrow
And just in case you want know
If I can feel the pain


It Still Hurts
Doro


Setelah sekian lama awak menyepi dari sanubari ini, tiba-tiba sahaja, tanpa sebarang petanda, awak muncul kembali ketika saya baru sahaja menjejakkan kaki di bumi Mahatma Gandhi untuk memulakan kehidupan baru. Saya ingin sekali tahu, apakah kiriman awak benar-benar bersifat “penutup” kepada skesta antara kita? Secara peribadi, e-mel yang awak kirimkan bersifat justifikasi untuk memberitahu saya betapa betulnya pilihan yang awak buat, betapa bahagianya kehidupan awak sekarang dan betapa tak bergunanya saya ketika kita masih bersama. Bukankah begitu simpulan tersirat yang mahu awak sampaikan kepada saya? 

Saya menaip e-mel ini kerana perasaan bersalah membalas kiriman khabar dengan patah perkataan paling ringkas dan padat. Terasa pula seperti lelaki tanpa adab. Sejujurnya, saya tak mahu lagi mengungkit kisah lepas. Saya mahu berdiam diri kerana diam itu lebih baik dari kata-kata yang tidak memberi sebarang nilai, sekadar membuang masa. Pesan pujangga “Some things are better left unsaid, some words are better left unspoken”. Begitulah seharusnya kerana seperti kata Joe Barron “And now we’re just strangers with memories”. Masalah kita satu sahaja; jiwa kita teramat kenal antara satu sama lain. 

Saya masih merasa bahagia menulis kepada awak seperti waktu dulu. Ingin sahaja saya tuliskan bait-bait indah buat awak namun tentu sahaja tidak manis kerana awak sudah menjadi kepunyaan orang lain. Hidup kita penuh dengan kejutan. Tanpa pukulan ribut dan angin taufan, kita harus memilih jalan kehidupan masing-masing. Tika tiba detiknya kita berpisah, saya tahu saya tak mungkin melihat gigi awak tinggal dua. Kita tak mungkin hidup bersama ke akhir usia. Sungguhpun begitu, terima kasih kerana mengabdikan seluruh cinta dan kasih sayang awak buat saya suatu ketika dulu. Ia merupakan detik terindah dalam hidup saya.

Apa khabar ibu dan ayah? Fuad sudah berkahwin? Anak-anak membesar dengan baik cuma semakin hari semakin banyak ragam. Beberapa bulan lepas Umar dan Adam pergi mencari hantu ala paranormal. Kemudian mereka sibuk menjadi detektif. Sesak nafas di buatnya. Penat tak usah cerita. Masa bergerak begitu pantas. Berlalunya masa tidak memudarkan rasa cinta. Cinta, sebagaimana bentuknya akan kekal abadi dalam riwayat hidup kita sampai bila-bila, selagi hayat masih bernyawa, sampai kita menutup mata. Begitulah sifat cinta, masa tak dapat mencurinya, memadam atau membuat kita lupa pada cinta kita. 

Bukan perahu sebarang perahu,
Perahu Bugis membawa tiram;
Bukan rindu sebarang rindu,
Habis nyawa barulah padam.

(Tenas Effendy)







Lelaki yang tak punya harga di matamu,
Imran 






Sri Hartamas, Kuala Lumpur
3.33 pagi, 13 Jan 2019

A hug from behind

"Hara! Ayam dah berasap!"
"Allah!"
"Hmm!"
"Abang!"
"Jangan lari"
"Abang, nanti maid nampak"
"Abang dah suruh semua buat kerja dekat depan"
"Abang nak kopi?"
"Tak nak"
"Sandwich?
"Kita baru makan LSC minggu lepas"
"Ais krim?"
"Tak nak"
"Okay….mmm...what do you want?"
"Nothing"
"Mmmm...okey…abang lapar?"
"Shh…I miss you and I need 5 minute hug"
"I'm sweaty sayang"
"You smell good"

Tuesday, January 08, 2019

Will we be alright?

Terima kasih atas kiriman khabar yang datang bertandang saat kita baru sahaja melangkah ke tahun baru. Cepat sungguh masa berlalu. Apa khabar awak di sana? Saya baik-baik sahaja. Pertama sekali, maafkan saya kerana membaca e-mel awak sepintas lalu dan masih belum berniat untuk membacanya berulang kali. Ya, saya masih gementar melihat nama awak di peti masuk e-mel saya. Saya barangkali teramat takut jika hati saya terguris dan berasa di sakiti. Dalam kamus hati, luka terhiris tak pernah kenal erti tepu. Luka di hati tetap akan berdarah sampai bila-bila. Luka tak akan pernah sembuh. Sakitnya kekal hingga ke akhir hayat namun kita tak punya kuasa melawan takdir yang Tuhan telah tetapkan buat kita. Takdir bersifat fitratullah.

Tidak ada kata maaf yang perlu dilafazkan. Tidak ada apa-apa yang perlu dimaafkan. Setiap manusia punya hak dan kebebasan untuk menentukan arah tuju kehidupan masing-masing. Awak tak terkecuali. Awak memilih jalan paling sempurna untuk dilalui sehari-hari dan pasti sahaja awak punya alasan tersendiri. Kita memilih jalan kehidupan tanpa paksaan. Tiada istilah paksaan dalam membuat pilihan. Kita membuat pilihan dengan penuh kesedaran dan timbangan yang waras. Barakallahu laka wa baaraka ‘alaika wa jama’a bainakuma fi khair Tahniah atas ikatan pernikahan yang di bina atas kesedaran cinta dan kasih sayang yang teguh, menempuh onak sepanjang jalan menuju kebahagiaan. Itulah cinta sejati yang di cari-cari. Cinta mati yang kekal abadi. 

Perkara yang telah berlaku antara kita dahulu adalah kerana kekhilafan dan kesalahan saya sendiri. Sepenuh kekhilafan dan kesalahan terletak di bahu saya. Sayalah lelaki yang tidak bertanggungjawab, penakut seperti yang selalu awak katakan. Segala kekurangan itu saya terima dengan penuh walang di dada. Maafkan saya kerana tak pernah memberi kebahagiaan dan kegembiraan seperti yang awak harap-harapkan. Saya terlalu mementingkan diri sendiri, terlalu takut dengan bayang-bayang realiti. Kesannya sudah saya terima saat awak memilih lelaki paling agung di dunia sebagai pendamping hingga menutup mata. Saya sangat terkesan dengan perpisahan itu hingga sukar meneruskan kehidupan. Saya mengambil masa yang amat panjang untuk menerimanya.

Sungguhpun begitu, saya tak pernah berdendam dengan awak. Jauh sekali berharap rumah tangga awak di badai gelora. Saya tumpang bahagia mendengar awak bahagia di samping lelaki terbaik yang muncul dalam hidup awak, lelaki yang sempurna segala-galanya. Saya selalu berdoa agar masjid yang awak bina di teguhkan dengan persefahaman, berbumbungkan kepercayaan dan kesetiaan. Saya berdoa agar rumah awak di hiasi dengan gelak-ketawa anak-anak kecil, senyuman yang membahagiakan dan kegembiraan yang berpanjangan. Saya senang melihat awak bahagia. Saya bersyukur Tuhan temukan awak dengan seorang lelaki yang jauh lebih baik dari saya. Nikmatilah hidup ini seadanya. Bersyukurlah kerana Tuhan memberi pelbagai nikmat untuk di syukuri. 

-

Maafkan saya kerana lewat membalas kiriman e-mel. Saya baru sahaja pulang dari bercuti dan kini sedang sibuk mengemas rumah. Saya kini berada di Pune, India dan akan menetap di sini buat beberapa ketika. Pune yang diberi jolokan “Oxford of the East” merupakan sebuah bandar yang menakjubkan. Setiap hujung minggu saya berhasrat berlibur di Goa dan Bangalore. Bangalore mempunyai banyak pantai yang bersih dan cantik. Goa, bandar bekas jajahan Portugis tidak kurang hebatnya dengan hiburan dan senibina yang menawan. Begitulah kiranya perancangan saya di sini. Jika berkesempatan saya ingin mengikuti kelas mempelajari bahasa Sanskrit dan mendalami bahasa Urdu. Dalam pada itu juga, saya sedang menyiapkan diri untuk mendaki Everest Base Camp tidak lama lagi.

Bandar ini diharapkan dapat menjadi penawar agar saya mampu melupakan masa silam walaupun saya sedar masa l tidak mudah lupus dari hati dan ingatan. Memasuki tahun ke 5, babak kesakitan ini masih terasa pedih seolah-olah segalanya terjadi semalam. Kata orang luka perpisahan tidak pernah sembuh. Saya terkesan sekali bila membaca ratapan Lucas W mengenai kesakitan cinta, “What are you doing? Are you waiting for someone who has no intention of coming back? Or are you trying to run away from them? Are you learning to relive your life? Or are you recovering from every bruise and cut? Tell me, what are you doing at this very moment?”. Bebanan hati ini memenjarakan hampir segenap hidup saya. Saya seolah-olah terkurung dalam masa lepas. 

Tak pernah dalam sehari saya tidak mengingati awak. Perasaan ini amat memilukan. Saya malah tidak pernah tahu mencintai seseorang begitu meresahkan. Hidup saya menjadi semakin tenat dan menyesakkan dada. Saya seperti seorang perenang amatur yang hampir lemas di laut dalam. Benar ungkapan Lucas W, “I am alright without you but I am not happy. I am well without you but I am empty”. Cinta pula tak pernah mengajar saya untuk mengucap selamat tinggal. Kata Lucas W. “Come over and teach me the art of leaving without having to leave parts of myself behind. Come and help me master the ways of letting go without ever dying night after night when every soul is fast asleep. Come over, and teach me the art of saying goodbye.”

Saya selalu memujuk hati dengan membaca Surah al-Baqarah ayat 216 “Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu”. Kadang-kadang saya memujuk hati dengan Surah al-Qamar ayat 49 “Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan)” atau Surah at-Talaq ayat 3 “Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu”. Sering juga saya baca Surah al-Baqarah ayat 286 “Allah tidak memberati seseorang melainkan sekadar apa yang terdaya olehnya” dan Surah al-Hadid ayat 23 “(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu”

Perpisahan mengajar saya banyak perkara. Kata pujangga “Rasa sakit tidak selamanya tidak berharga sehingga harus selalu di benci kerana mungkin sahaja rasa sakit itu malah akan mendatangkan kebaikan buat seseorang”. Dalam Surah at-Taubah ayat 51,“Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami”.  Dalam Shahih Muslim Jilid 4 hadis 2277 telah di titipkan “Dari ‘Abdullah bin ‘Amru bin ‘Ash r.a katanya dia mendengar Rasulullah bersabda: “Allah Taala telah menetapkan segala ketetapan (takdir) bagi seluruh makhluk lima puluh ribu tahun sebelum diciptakan-Nya langit dan bumi dan (ketika itu) Arasy Allah Taala berada di atas air”. Begitulah saya memujuk hati setiap hari. 

Terima kasih atas kiriman khabar dan doa yang tulus. Moga Tuhan melimpahkan rahmat dan kurniaan-Nya buat awak dan suami. Oh ya, ibu dan ayah sihat? Harapnya mereka menikmati penghujung usia dengan kegembiraan dan ketenangan yang berpanjangan. Mempunyai orang tua adalah satu rahmah dalam kehidupan. Huda, Umar, dan Adam sihat. Huda sedang menikmati dunia remaja yang penuh warna-warni, Umar masih sibuk dengan pelbagai kegiatan perniagaan dan Adam seperti biasa sibuk dengan kamera. Anak-anak akan mulakan sesi persekolahan pada 7 Januari ini. Sekolah telah dibuka pada 2 Januari namun atas beberapa sebab teknikal, saya lewat mendaftar sesi P&P mereka.. Sekian sahaja untuk kali ini. Moga kita bertemu lagi.


-

Habis kikis
segala cintaku hilang terbang
pulang kembali aku padamu
seperti dahulu.

Kaulah kandil kemerlap
pelita jendela di malam gelap
melambai pulang perlahan
sabar, setia selalu

Satu kekasihku
aku manusia
rindu rasa
rindu rupa
di mana engkau
rupa tiada
suara sayup
hanya kata merangkai hati


Padamu Jua
Amir Hamzah


Segalanya tinggal kenangan,
Imran



Pune, Maharashtra, India
6 Jan 2019, 3.29 pagi

Monday, January 07, 2019

1.15 pagi

Main catur dengan Hara.

Sunday, January 06, 2019

Seksi

"Gebu je"
"Apa?"
"Hara"
"Shubennnnnnn!"

-

"Hara! Ular keluar!"
"Mana bang?!"
"Ni ha! Hahahahaha"
"Abang jahat!"


"Hara baca apa?"
"Kita berangan"
"Fikir apa je?"
"Abang yang seksi *wink*"
"Heee malu kita hahaha"
"Geli tau kita dengar"

-

"Abang, tayang badan sikit"
"Nak rakam body sado kita la tu"
"Perasannnnn"
"Habis? Nak naik stim? Hahaha"
"Abang!!!!!!"

-

"Hara, meh duduk sini"
"Ada apa bang"
"Bawa buku duduk sini atas riba abang ni"
"Heeeee kejab tau"
"Kempen membaca bersama-sama"
"Rambut abang ada uban"
"Banyak?"
"Sehelai dua"
"Esok nak pergi spa ah"
"Pantang ada perubahan! Nak ke spa aje"
"Hahaha mesti ah"
"Dukung please. Hara dah ngantuk"
"Tidurlah. Abang nak baca sikit lagi"
"Angkat tau"
"Tak kan nak tinggal sini pulak"
"Night shuben"
"Ye ye nak baca novel tadi"
"Tengok muka shuben dah cair"
"Aha!"
"Tak kasi kita tidur eh"
"Tidurlah. Pejam mata"

Saturday, January 05, 2019

Pukul bantal

“Haraaaaa”
“Mmmm pukul berapa bang?”
“3. 50 pagi”
“Kerja dah siap?”
“Dah. Bukan ada buat apa pun. Karang-mengarang surat je”
“Pukul 4 pagi abang tulis surat apa?”
“Ala dah siap dah. Jom tidur!”
“Dia bangunkan kita lepas tu suruh kita tidur”
“Yelahhhh tidur. Nak buat apa lagi. Esok cakap nak kayuh basikal. Kenalah tidur”
“Abang bawa kita jalan!”
“Memalam buta ni?”
“Abang karang surat bolehhhh”
“Aik lain macam je bunyi”
“Kalau tak nak kita merajuk”
“Uguttttttttttttttttttt”
“Biarlah. Tak nak kawan abang”
“Pukul 4 pagi pun boleh tak nak kawan”
“Abanglah. Cuit-cuit kita. Bang! Jom tengok movie!”
“Cerite blue eh *wink* hahahaha”
“Shubennnnnnnnnnnnn!”
“Hahahahahaha dah, tidur”
“Abang tulis surat apa memalam ni?”
“Pagi dah”
“Surat makwe mana kali ni?”
“Krohhh krohhhh”
“Tak senonohnya dia. E mengadu dekat Bonda nanti”
“Bonda ikut kita pergi Maldives. Bonda datang nanti boleh ngadu”
“Bila kita pergi Maldives?”
“.…”
“Shubennnnn eeeeeeeee”
“Apa ni pukul orang dengan bantal. Kita pukul balik kang nagis pulak”
“Ingat kita takut sangat ke awak ugut-ugut kita?”

_

“Habis bilik sepah. Hah awak kemas esok”
“Lelaki selalu macam ni kan. Buat sepah sama-sama. Kita kena sorang”
“Phew! Kita dah sent video main baling pukul bantal sampai sepah dekat Bonda!”
“Shuben!!!!!!!!!!!”
“Hahahahahaha kita tidur dulu!”
“Abang tipu kan”
“Tunggu je la pagi nanti Bonda cakap apa *wink*”
“Shuben!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”
“Muah! Good night darling! Jangan marah-marah hahahahaha”