Sunday, October 27, 2019

Sebuah mimpi

Barangkali lewat kebelakangan ini abang tidak lagi teringatkan awak. Mungkin kerana urusan kerja yang bertali arus di samping kesibukan peribadi. Hujung tahun ini abang akan berpindah ke Jepun. 

Subuh hari ini abang tak sempat berjemaah di masjid. Abang terjaga lewat dari kebiasaan. Malam tadi abang mimpikan awak. Kita bertemu di sebuah hotel untuk majlis makan malam bersama. Suami awak tak ikut serta.

Awak datang bersama seorang kanak-kanak lelaki yang mukanya saling tak tumpah seperti awak. Andaian abang, dia adalah anak awak. Pada sekeping kertas, tercatat namanya Hafiz bersama nama ibunya.  

Abang berandaian awak sedang berbadan dua. Jika ya, tahniah abang ucapkan. Dalam titipan e-mel yang di hantar lewat Januari lepas, tak pula awak nyatakan yang awak sudah memiliki cahaya mata.

Tahniah sekali lagi. Semoga segala urusan dipermudah Ilahi. 



Udaipur, India
27 Oktober 2019, 7.30 pagi