Sayangku, Lambchop
Abang masih di Tbilisi. Semalam abang jalan-jalan di kota. Kota Tbilisi merupakan ibu negeri Georgia. Reka bentuk bangunannya banyak dipengaruhi seni bina Asia Tengah, Era Stalin, Neo-Klasik dan Zaman Pertengahan. Kota ini wujud sejak kurun ke 5. Banyak tempat menarik untuk di lawati. Abang memilih ke Prospero’s Books and Caliban’s Coffeehouse. Di sana abang beli beberapa buah buku antaranya The Philosophy Book (Gregory Bassham), Caucasian Battlefields: A History of the Wars on The Turco-Caucasian Border 1828-1921(William Edward David Allen Paul Muratoff), Asia Minor Syria and Armenia (Richard Evans), The Oil and The Glory: The Pursuit of Empire and Fortune on the Caspian Sea (Steve Levine), Stalin and His Hangmen (Donald Rayfield), The House of the Dead: Siberian Exile Under The Tsars (Daniel Beer) dan Georgian Script & Typography.
Kedai buku ini mempunyai sebuah kafe yang menyajikan aneka kopi yang terdapat dalam pelbagai campuran antaranya biji kopi dari Haiti, Brazil, Columbia, Indonesia, dan Kenya. Kafe ini turut menghidangkan aroma teh yang di import dari serata dunia. Antara yang menarik perhatian ialah Madagascar Coconut White Tea, Moroccan Mint Green Tea, Ceylon Supreme Black, dan Apricot Rooibos Herbal Tea. Sepanjang berada di kafe ini abang membayangkan kita berdua menikmati kopi dan teh panas sambil memilih buku. Oleh sebab itu, abang telah menempah beberapa gram daun teh yang telah di proses (sebahagianya dalam bentuk serbuk) untuk di bawa pulang supaya kita dapat menikmatinya bersama-sama. Makna kebahagiaan yang sebenarnya adalah berkongsi apa sahaja dengan orang yang kita cintai, umpamanya secangkir teh panas.
Abang rindu Hara.
Sayang sepenuh jiwa,
Marshmallow
Tbilisi, Georgia
3 Feb 2019, 8.40 malam