I want to kill you. I'm gonna chop your body up.
Sunday, July 30, 2017
Monday, July 24, 2017
Tika bulan berwajah rindu
Namamu ku sebut selalu
dalam nafas dan nyawaku
tiap detik
tiap waktu
mengejar debar gelora rindu
Namamu ku sebut selalu
tika cinta datang bertamu
mengirim bulan berwajah rindu
beralun mesra di tasik syahdu
Namamu seindah bulan purnama
harumnya sewangi kasturi syurga
dambaan hatiku tika bernyawa
milikku kekal selama-lamanya.
harumnya sewangi kasturi syurga
dambaan hatiku tika bernyawa
milikku kekal selama-lamanya.
9.55 malam, 23 Julai 2017
Nassau, Bahamas
Friday, July 21, 2017
I wish I'd found you earlier
+ Buat apa sehari suntuk tak SMS abang?
_ Saja buat abang rindu
+ Eleh mengada nak rindu-rindu
_ Biarlah. Sibuk je
+ Ni tengah review fail lagi ke?
_ Taklah
+ Habis buat apa?
_ Baca emel dari Cape Town
+ Bila nak baca buku? Asyik baca surat cinta je
_ Eh biarlah kita nak feeling. Sibuk je awak ni
+ Hahaha gedik
_ I wish I'd found you earlier
+ When the time is ready it will happen. God has perfect timing; never early never late.
_ Reading your love letters is a joy. You make me feel loved and special
+ I like writing to you. I write because you exist
Perjalanan menuju pernikahan
Hara yang kusayangi,
Abang bercadang ingin dirikan baitul muslim bersama Hara tahun hadapan. Tarikhnya sudah ada. Abang bercadang ingin hantar rombongan merisik awal bulan September. Abang rasa begitu teruja membina hidup bersama Hara, menjadi suami pada seorang isteri, menjadi ketua keluarga. Dalam masa yang sama abang sebenarnya takut - takut kalau abang gagal menjadi suami dan ketua keluarga yang baik. Mulai saat abang berniat untuk menikahi Hara, abang mulakan langkah pertama dengan membeli, mencari, membaca, dan menelaah lebih banyak buku serta menekuni pelbagai ragam ilmu. Pesan Sallim A. Fillah, “Selama perjalanan menuju pernikahan, tak ada bekal yang lebih penting untuk engkau persiapkan melebihi niat dan ilmu”.
Mempunyai teman sebaik Hara amat menguntungkan jiwa abang. Kita berkongsi pelbagai ilmu. Kita berbincang, bertukar pendapat dan berbahas. Melalui Hara abang mengenali lebih banyak buku dari bidang yang belum begitu mendalam abang terokai. Setelah Hara memperkenalkan Bidayatul Mujtahid Wa Nihayatul Muqtashid, abang tanpa ragu-ragu mencari dan membeli karya Averroës ini dalam dua versi - versi asal dan terjemahan inggerisnya The Distinguished Jurist's Primer. Dalam pencarian, abang bertemu Kitab al-Hikam tulisan ulama terkenal, Ibn Ata'illah yang telah di terjemahkan ke dalam bahasa inggeris oleh Islamic Book Trust dengan judul The Book of Aphorisms. Abang beli 5 naskah, salah satunya untuk Hara.
Bertemu Hara seperti memasuki sebuah perpustakaan yang hebat. Perpustakaan yang mengandungi pelbagai ragam ilmu. Terima kasih kerana memperkenalkan abang dengan karya-karya hebat yang menajamkan akal, menjernihkan fikiran. Abang terasa begitu kerdil bila membacanya. Abang melalui pengembaraan rohani yang mengagumkan bersama Hara. Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu dengan abang. Janganlah terlalu memuji kerana ilmu yang abang miliki hanyalah sebesar biji sawi di tengah lautan. Masih banyak yang belum abang pelajari. Masih terlalu banyak yang belum di tekuni. Abang selalu berharap mempunyai teman dalam meneroka ilmu dan Tuhan anugerah Hara buat abang, perempuan yang cerdas akal fikiran.
Perjalanan kita masih panjang. Kita perlu lebih tekun menanam benih mahabbah dalam diri agar cinta yang kita tanam menjadi buah yang ranum hasilnya. Hidup kita di dunia tidak lebih dari nikmat yang telah Tuhan tuliskan buat kita. Salah satu nikmat dunia ialah perkahwinan kerana di situlah asas iman. Pernikahan adalah pelengkap kehidupan, separuh dari tiang keimanan. Perkahwinanlah yang menyempurnakan kehidupan kita sebagai manusia di atas muka bumi ini. Ketahuilah bahawa setiap manusia hidup berpasang-pasangan, setiap lelaki di berikan seorang perempuan buat pelengkap rusuk kirinya. Haralah rusuk kiri abang, pelengkap hidup abang, pengubat lara, penghibur jiwa dan segala isi dunia.
Bring your book, and I’ll bring mine,
and let’s take turns to read line by line.
A piece of your soul, a piece of my mind,
word by word, we’ll create a little story, our life.
— Somako
Johannesburg, South Africa
5.10 petang, 21 Julai 2017
Thursday, July 20, 2017
A simple mistake
Anakku Huda,
Dalam hidup ini kita tidak lepas dari melakukan kesilapan. Semua manusia melakukan kesilapan. Kadang-kadang kesilapan yang kita buat terlalu mudah (a simple mistake), kesalahan yang tidak pernah kita bayangkan. Daddy, sama seperti Huda tetap melakukan kesilapan mudah seperti salah mengeja perkataan Switzerland sebagai Swiszeland. Pernah daddy menulis KLIA International Airport walhal KLIA merangkumi singkatan keseluruhan Kuala Lumpur International Airport. Kata Robert T. Kiyosaki “There's a bit of hidden magic in every mistake. The magic is called learning”.
Jangan pernah kesal dengan kesilapan yang kita buat. Belajar darinya dan jangan ulangi lagi. Learn what it has taught you and move on. Ada kesalahan yang kita buat kerana kita cuai, ada juga kesalahan yang kita buat kerana kita terlepas pandang. Bila daddy menulis, daddy akan baca, edit berkali-kali, menukar frasa dan ayat yang tidak sesuai tapi kesalahan tetap juga muncul sekali-sekala bila kita tidak berhati-hati. Kadang-kadang kerana kita terlalu lelah dengan rutin harian menjadikan kita cuai dan terlepas pandang.
Jangan pernah sesekali menghukum diri kita terlalu lama atas kesilapan yang pernah kita lakukan. Berikan diri kita ruang secukupnya, maafkan diri sendiri dan teruslah berjalan. Kehidupan tak pernah berhenti. Kehidupan tidak menunggu kita. Jangan sesekali menyalahkan diri atas kesilapan yang pernah kita lakukan - admit it and let it go. Huda masih muda, belum benar-benar kenal dunia. Dunia ini sangat indah, hargailah selagi kita masih bernyawa. Lupakan kesilapan-kesilapan kecil yang pernah kita lakukan.
Dari Kruger National Park, sebuah safari yang penuh adventure ke Cape of Good Hope hinggalah ke Table Mountain Aerial Cableway, tak pernah satu hari pun daddy tak bersyukur mempunyai seorang anak perempuan sebaik Huda. Hudalah satu-satunya anak perempuan daddy, puteri yang paling daddy sayangi. Kita mengharungi turun naik dunia bersama. Banyak sudah yang kita tempuh. Masih banyak lagi yang bakal kita hadapi. Terima kasih kerana menghormati, menyayangi dan tak pernah berputus harap pada daddy.
Daddy sayang Kakak.
Cape Town - Johannesburg
20 Julai 2017, 8. 30 malam
Wednesday, July 19, 2017
Seindah namamu, Nurhara
Lewat beberapa tahun kebelakangan ini hidup abang di penuhi kesedihan, kemurungan dan tekanan perasaan. Kesedihan yang di rasakan tidak berpenghujung amat membebankan hati. Kata William Shakespeare, “When sorrows come, they come not single spies, but in battalions”. Kehilangan cinta selalu buat kita terseksa. Abang tak pernah bertanya Hara tentang kisah cinta Hara yang lepas, sebuah perjalanan panjang yang terhenti di tengah jalan. Abang cuma di maklumkan bekas tunang Hara putuskan pertunangan kerana ingin berkahwin dengan wanita lain. Abang tak mahu menjadi garam pada luka yang pedih maka abang tak pernah bertanya, tak mahu membuka memori silam yang mendukakan.
Tak semua percintaan berakhir di gerbang perkahwinan dan tak semua perkahwinan berakhir dengan kebahagiaan. Kata Jimi Hendrix, “The story of life is quicker than the wink of an eye. The story of love is hello and goodbye”. Abang secara tulus dan jujurnya telah melepaskan masa silam. Abang masih rasa bersalah pada Hara tentang kejadian minggu lepas. Penyesalan di hati abang masih menebal. Abang rasa sangat malu pada Hara. Maafkan abang sekali lagi kerana melukakan Hara. Terima kasih kerana masih sudi berikan abang peluang dan ruang untuk menumpang kasih di hati Hara. Sungguh abang bersyukur. Tak terlafaz dengan kata-kata. Abang tak mahu kehilangan Hara. Terima kasih kerana tidak menambah sebal di hati abang.
Abang selalu cuba bawa peta cinta kita ke arah kutub yang abang inginkan. Abang malah terlupa sifat kompas bukanlah kita yang menentukan jarumnya. Abang selalu rasa cinta kita tidak lengkap, seperti ada sesuatu yang tertinggal, tempang dan tidak sempurna. Abang mungkin sahaja mahukan seperti cinta dahulu, sama seperti perasaan yang lepas-lepas. Abang terlupa cinta ada pelbagai warna. Sifat cinta penuh warna-warni. Kitalah yang mewarnakannya. Sifat cinta kita tidak punya lautan api untuk di renangi, gunung-ganang untuk di daki malah tak punya lafaz sumpah taat setia hingga mati. Bercinta dengan Hara sangat dewasa sifatnya, seperti cinta orang berusia - perlahan tapi penuh makna. Setiap detik mendamaikan jiwa. Sungguh manis tak terkata.
Bartolomeu Dias amat bersyukur menjumpai Cape of Good Hope setelah di lambung ribut taufan berhari di tengah lautan. Begitulah abang bersyukur di temukan dengan Hara setelah bergelut dalam belantara kesedihan yang amat panjang. Bertemu dengan Hara adalah anugerah terindah buat abang. Hara membawa sebuah pengharapan. Pengharapan yang tak mampu abang zahirkan. Bersama Hara abang mahu menjadi lelaki lebih berbudi, berilmu tinggi. Hara amat mempersonakan abang. Perbualan kita walaupun ringkas sangat menjernihkan hati nurani abang. Abang masih ingat Hara perkenalkan abang dengan The Distinguished Jurist's Primer (Ibn Rushd), dan abang pula memperkenalkan Hara dengan halusnya Gulistan (Saadi Shirazi).
Cinta yang bertaut ini bukan sekadar cinta, ia lebih dari itu. Sifat cinta yang memberahikan pada nafsu tumpah pada berahinya kita pada buku dan ilmu. Sifat cinta yang apinya panas membara tertuang dalam berbualan kita tentang agungnya keajaiban yang telah Tuhan ciptakan buat kita. Kita mengali A Brief History of Time (Stephen Hawking), meneroka Major Themes of the Qur'an (Fazlur Rahman). Kita cuba memahami falsafah Noam Chomsky. Kita cuba memahami keinginan Al-Attas dalam mengislamkan ilmu melalui buku-bukunya yang sangat hebat. Hara, cinta yang kita genggam ini menuntun kita mengenali ilmu dengan lebih mendalam, memperhalus budi pekerti kita. Cinta ini sangat mendewasakan abang.
Buat seorang lelaki terdapat tiga perkara yang membanggakannya; pertama, kerjayanya, kedua; kereta yang dia milikinya dan ketiga; wanita yang dia dampinginya. Hara adalah kekaguman abang pada seorang wanita. Hara adalah kebanggaan abang. Hara adalah maruah abang. Betapa abang kagum memiliki seorang wanita yang luas pengetahuannya, elok paras rupanya, halus budi pekertinya, seindah namanya - Nurhara. Tuhan ciptakan seorang wanita yang amat sempurna buat abang. Hara menyempurnakan hari-hari abang yang suram. Hara mewarnai hidup abang dengan senyuman. Ketawa kecil kita selalu menuntun abang ke arah kebahagiaan. Betapa bertuahnya abang memiliki dirimu sayang.
No one has studied the lines of my hand
Without discovering the four letters of your name
Everything can be denied
But the scent of a woman that we love
Everything can be hidden
But the steps of a woman moving inside of us.
— Nizar Qabbani
Cape of Good Hope, South Africa
19 Julai 2017, 11.25 pagi
Monday, July 17, 2017
Goodbye my lover
Perkahwinan merupakan salah satu perkara penting dalam hidup seseorang. Pertemuan dua hati yang di akhiri di jinjang pelamin menandakan permulaan fasa baru dalam hidup seorang insan. Pertemuan ini juga menandakan dua keluarga asing di temukan di bawah payung ukhwah, maka terjalinlah ikatan persaudaraan. Dari ikatan ini, masyarakat berkembang-biak, hidup harmoni dan saling bergantung antara satu sama lain. Perkahwinanlah yang menjadi asas kepada masyarakat madani yang ada pada hari ini.
Tanggapan masyarakat, permulaan fasa hidup hanya di alami oleh individu yang baru sahaja selesai melangsungkan perkahwinan. Anggapan ini ternyata salah kerana buat sebuah keluarga yang baru sahaja menerima kehadiran orang baru, perubahan fasa hidup pasti akan mereka rasai. Kehadiran insan baru ini sedikit sebanyak akan memberi kesan dan pengaruh pada sebuah keluarga. Perkahwinan sebenarnya adalah simbol restu untuk dua keluarga sama-sama menerima kehadiran orang baru dalam hidup mereka.
_
Buat Ibu, Ayah; selamat menyambut menantu. Buat Kakak, Angah, Ateh; selamat menyambut kehadiran adik ipar. Buat Yusri, Kak Lina, dan kakak yang selalu menjadi bahan gosip; selamat menerima biras. Fuad; selamat menyambut abang ipar. Terima dia dengan baik. Abang harap kau belajar hormat kakak kau, jangan buli dia lagi. Zikri, Fatihah, Ismail, Ibrahim (betul tak pakcik sebut nama?) dan yang lain-lain, selamat menyambut kehadiran Pak Uda baru.
Semoga kehadiran orang baru membawa barakah buat kalian sekeluarga.
_
Buat pujaan hatiku,
Tak ada tanda kesyukuran yang lebih agung kecuali tunduk syukur pada Ilahi kerana Tuhan telah menemukan kau dengan seorang lelaki yang lebih baik dari diriku. Semoga cinta yang di bina sekian lama bercambah menjadi sebuah cinta yang abadi. Harapnya tidak terlewat untukku ucapkan selamat pengantin baru. Berpisahlah kita selama-lamanya di titik ini.
How lucky I am to have known somebody and something that saying goodbye to is so damned awful. ― Evans G. Valens
Cape Town, South Africa
18.7.2017, 2. 50 pagi
Sunday, July 16, 2017
Penangan cinta
_ Awak yakin?
+ Doubt thou the stars are fire,
Doubt that the sun doth move,
Doubt truth to be a liar,
But never doubt I love.
I am ill at these numbers. I have not art to reckon my groans, but that I love thee best, oh, most best, believe it. Adieu. Thine evermore, most dear lady
_ Gigih dia google
+ Tak mainlah Google. Kita hafal
_ Kagum kita
+ Amboi dah pandai tiru ayat orang dah sekarang
+ Doubt thou the stars are fire,
Doubt that the sun doth move,
Doubt truth to be a liar,
But never doubt I love.
I am ill at these numbers. I have not art to reckon my groans, but that I love thee best, oh, most best, believe it. Adieu. Thine evermore, most dear lady
_ Gigih dia google
+ Tak mainlah Google. Kita hafal
_ Kagum kita
+ Amboi dah pandai tiru ayat orang dah sekarang
_ Penangan cinta bakal suami
+ Kemain ayat dia hahaha
Saturday, July 15, 2017
The last of us
Abang tak sepatutnya hubungi awak. Itu adalah kesilapan terbesar abang kerana bertindak mengikut perasan tanpa berfikir panjang. Abang gagal mengawal emosi, terlalu menurut kehendak hati, membuang rasional jauh-jauh dari diri. Benar kata Colleen Hoover “Feelings are the one thing in our lives that we have absolutely no control over”. Abang tahu, seperti sebelum ini, awak tetap akan bersikap dingin dengan abang. Salah abang kerana menghubungi awak. Niat abang cuma ingin bertanya khabar. Abang tak ada niat untuk menganggu-gugat kebahagiaan awak. Sebenarnya, abang sendiri lupa yang awak sudah bertukar status. Apabila panggilan telah berdering barulah abang sedar abang sedang menghubungi isteri orang.
Abang matikan panggilan. Abang hantar SMS dan seperti di jangka, awak tetap dingin sama seperti saat mula-mula awak jatuh hati pada orang lain. Semuanya sama seperti tiga tahun lepas. Salah abang kerana terlalu yakin pada diri sendiri. Yakin bahawa luka telah sembuh walhal kejadian kelmarin amat berbekas di hati. Abang sebenarnya sedih. Sedih kerana wanita yang pernah abang kenal, berkongsi hati dan pernah mempunyai sesuatu dengan sengaja membuat abang terasa seperti orang asing. Abang yakin awak tahu abanglah yang menghantar SMS itu dan dengan sengaja awak balas “Sorry, siapa ni?”. Awak tahu betapa sedihnya hati abang apabila orang yang abang sayang berpura-pura tidak mengenali abang?
But you didn't have to cut me off
Make out like it never happened and that we were nothing
And I don't even need your love
But you treat me like a stranger and that feels so rough
(Somebody I Used Know)
Pedihnya hati ini tak akan habis jika di tulis sehari-hari. Hanya abang yang tahu. Sakitnya hati abang tak terungkapkan. Abang tahu awak bencikan abang. Abang tahu awak seakan-akan berdendam dengan abang. Abang tahu awak seolah-olah enggan maafkan abang. Abang tak benci awak. Abang tak marah awak. Abang akan tetap sayang awak. Kata Lucas W. “You are the whole sky, and no amount of storms will make me unlove you”. Tak kira betapa sakitnya hati abang, abang tetap sayang pada awak. Janganlah baja hati awak dengan kebencian. Awak tak akan mampu membenci abang, awak tetap akan sayang abang. Ingatlah kata-kata William Shakespeare “If you love me, I’ll always be in your heart, if you hate me, I’ll always be in your mind”.
Hingga ke hari ini abang masih menunggu SMS dari awak tapi nampaknya harapan sudah pun malap. Fahamlah abang bahawa awak sudah lama buang abang dari hidup awak. Hanya abang sahaja yang masih menyimpan ingatan tentang awak, tentang hari-hari indah yang penuh kebahagiaan. Mungkin saja abang rindu menyebut nama awak, rindu akan memori silam. Malangnya sikap awak membunuh semua rasa yang ada. Itulah sebenarnya yang membuat abang sedih. Abang tahu abang tak dapat betulkan salah silap abang pada awak, abang tak dapat tarik semula kata-kata yang pernah abang ucapkan. Sesalan itu abang bawa hingga mati. Abang tak betulkan keadaan bukan kerana awak tak beri peluang tapi abang sebab abang yang tak berani ambil peluang.
Semua orang kehilangan sesuatu. Menurut Haruki Murakami dalam Kafka on the Shore, “Every one of us is losing something precious to us. Lost opportunities, lost possibilities, feelings we can never get back again”. Nampaknya kata-kata Murakami banyak benarnya. Abang kehilangan awak dan segala isi dunia pergi bersama awak, tinggalkan abang di belakang. Lama-kelamaan, jika abang berhenti menulis, satu-satunya perkara yang membahagiakan abang akan beransur pergi. Abang suka menulis kerana abang ada awak. Kata Michael Faudet pada Lang Leav “I write because you exist”. Abang tak pandai berkata-kata, tak pandai berterus terang. Menulislah satu-satunya cara abang berkongsi jiwa dengan awak. Awaklah sumber inspirasi abang.
Well, now,
if little by little you stop loving me
I shall stop loving you little by little.
If suddenly
you forget me
do not look for me,
for I shall already have forgotten you.
― Pablo Neruda
Thursday, July 13, 2017
Salah sendiri
Tak ada baris yang sesuai abang tuliskan selain permohonan maaf yang setulusnya dari hati. Abang tahu abang telah sakitkan hati Hara dan kejujuran abang sebenarnya tidak bertempat. Abang tak harus beritahu Hara yang abang hubungi orang lama dalam hidup abang. Abang tak tahu apa yang abang fikir. Selalunya abang dapat kawal hati tapi hari ini abang terbabas. Abang sungguh-sungguh minta maaf. Maafkan abang akan ketelanjuran. Abang terlalu mengikut kata hati. Abang tak rasional. Dari sudut hati paling dalam, abang minta maaf. Maafkan abang. Abang tahu Hara terluka.
Abang buat kesilapan dengan menghubungi dia. Abang tak ada niat apa pun. Abang cuma mahu bertanya khabar. Abang tak harap apa-apa pun sebab abang sudah ada Hara dalam hidup abang. Abang sedih sebenarnya bila orang yang kita pernah kenal begitu lama, hanya bertanya “Sorry, siapa ni?” sedang abang tahu dan yakin, dia tahu abang yang hantar SMS. Dia buat-buat tak tahu, buat-buat tak kenal. Sedikit sebanyak abang rasa sakit hati, abang rasa marah. Abang tak marah dia. Abang marah pada diri abang. Agaknya abang masih tak tahu malu, masih tak sedar diri. Abang terluka, sakit hati.
Bohonglah kalau abang kata abang tak ingat nombor telefonnya. Tentu saja kita hafal nombor telefon orang yang kita pernah sayang. Tentu sahaja jari kita fasih menekan nombornya. Cuma bodohnya abang kerana terlalu mengikut kata hati. Abang nampaknya masih gagal diri dan emosi. Hara, tak pernah terdetik di hati abang untuk patah balik pada kenangan cinta silam. Tak, abang tak mahukan hal-hal lepas. Abang sayang Hara. Abang mahu Hara dalam hidup abang. Abang nak hidup dengan Hara. Abang minta maaf walaupun abang tahu seribu kata maaf tak dapat ubati luka di hati Hara.
Terima kasih kerana tidak melulu menuduh abang dengan tuduhan yang tidak berasas. Terima kasih masih berikan abang peluang. Ini adalah pengajaran yang paling besar dalam hidup abang untuk tidak menoleh ke masa silam. Mujurlah kita tak bergaduh tentang hal ini. Abang akui salah abang. Abang tak ada sebarang alasan untuk pertahankan diri. Memang abang yang gagal mengawal perasan. Memang abanglah yang gagal mengawal fikiran. Abang temukan banyak sesalan selepas perkara ini berlaku. Hara, maafkan abang sekali lagi. Abang tak ada niat lukakan hati Hara.
Kruger National Park, South Africa
5.51 pagi
Wednesday, July 12, 2017
True love lasts forever
Zahri telefon. Jemput ke majlis perkahwinannya bulan Ogos nanti. Katanya, dia akan berbulan madu di Sabah dan Switzerland. Sabah dan Switzerlandadalah dua tempat yang sangat dekat di hati - mungkin kerana keindahan muka buminya, mungkin kerana orang yang kita pernah sayang menyukai tempat ini - lantas kita turut sama menyukainya. Awal pagi tadi ketika bangun dari tidur, buka laptop dan secara tiba-tiba lagu Kangen Band berputar di Winamp. Rasanya lagu ini telah di padam dari laptop bulan lepas, masih wujud pula. Kedua-dua hal ini, keindahan Switzerland dan lagu Kangen Band, adalah antara perkara membangkitkan kenangan masa silam. Kata Christopher Paolini, “People have an annoying habit of remembering things they shouldn't”.
Masa silam akan terus menyapa kita. Masa silam akan terus menghantui hidup kita. Emosi kita mudah terganggu dengan hal-hal lepas. Memori lalu akan terus mengejar kita, memaksa kita untuk menoleh padanya. Memori silam tidak pernah meninggalkan kita Masih ada kesal yang berbaki, masih ada banyak perkara ingin diperbaiki tapi masa tak akan membawa kita ke belakang. Masa terus berjalan Masa akan terus berputar. Pesan Mitch Albom yang di petik dari Morrie Schwartz dalam Tuesdays With Morrie “It’s not just other people we need to forgive. We also need to forgive ourselves. For all the things we didn’t do. All the things we should have done. You can’t get stuck on the regrets on what should have happened”.
Kata Lucas W “Once she made up her mind to go, no one can change her mind”. Awak tak berpaling dari keputusan yang awak ambil. Awak sangat berani. Abang kagum. Keputusan yang paling berat tapi awak berani lakukannya. Bukan semua orang mampu lakukan apa yang awak buat. Abang tahu awak tak pernah menyesal tinggalkan abang sebab abang pasti awak sendiri yakin itulah keputusan terbaik saat itu - tinggalkan abang, lupakan cinta kita. Cinta kita tak pernah luput hingga kini. Cinta kita masih ada cuma kita simpan di sudut paling terpencil dalam hati kita. Kita masih terbuai-buai dengan hal silam walaupun kita tahu hal silam tidak dapat di ubah tapi itulah sifat cinta. Kata bijaksana “True love doesn't have a happy ending because true love never ends”.
Sejak semalam beberapa kali abang cuba hubungi awak tapi abang padamkan saja hasrat di hati. Abang tak mahu berbalah. Kalau abang hubungi awak tentu awak akan kata abang mahukan awak semula. Tak, abang tak mahukan awak. Abang tahu letak duduk diri abang. Abang tahu awak telah buang abang jauh dari hidup awak. Abang sedar yang awak tak akan mungkin jadi milik abang sampai bila-bila. Abang tak pernah lupa saat awak buat abang gembira, abang tak pernah lupa saat kita sama-sama terluka. Luka yang ada, parut yang tak mungkin hilang seperti kata Rose Fitzgerald Kennedy “It has been said, 'time heals all wounds.' I do not agree. The wounds remain. In time, the mind, protecting its sanity, covers them with scar tissue and the pain lessens. But it is never gone”.
Awak tahu, awak perempuan yang paling ego yang pernah abang kenal, perempuan yang paling susah untuk abang tawan, perempuan yang jinak-jinak burung merpati tapi banyak ragam dan akalnya. Orang lain kata awak garang, abang kata awak manja. Orang lain kata hati awak kering, abang tahu awak banyak menangis. Awak kuat, awak tak tunjukkan pada orang lain padahal kesakitan, penderitaan, awak sahaja yang tahu. Abang tahu semua tentang awak walau tak sepatah awak ungkapkan. Dari sekilas gerak awak, abang tahu hujung pangkal. Kalau abang tak faham awak, tak tahu bahasa tubuh awak, mana mungkin abang tahu tiga tahun lepas awak jatuh cinta pada orang lain. Semuanya abang tahu. Tak ada apa-apa yang mampu awak rahsiakan dari pengetahuan abang.
I don’t know what it was
That made me love you
Or what it was
That made you hate me
The way you do.
I remember what you said
And compare it to what you did
And it never made sense
You were there and then you weren’t.
You had my heart and I had yours
You said it was love and so I stayed
Maybe it was too much
Maybe it wasn’t enough.
But I will never forget
The way you made me feel
Like I was everything
And I will never forget
The way you made me feel
Like I was nothing.
― Antonio M. Acre
Kruger National Park, South Africa
12.05 pagi
American Chocolate cake + Can't help falling in love
+ Kalau satu hari nanti Hara tak sayang abang lagi, Hara jatuh cinta dengan orang lain, atau Hara bosan dengan perangai abang atau apa-apa alasan untuk tinggalkan abang, abang cuma harap Hara bagitahu abang, cakap dengan abang yang Hara tak boleh get along dengan abang, Hara dah jumpa orang lain. Abang boleh terima. Jangan biar abang sampai berhari-hari tertanya-tanya, tak mesej, tak call, apa pun tak.
_ Are you okay sayang?
+ Okey.
_ Hati Hara tak berubah
+ Anak sungai lagi kan berubah. Pantai pun berubah. Inikan hati orang
_ Something in your mind is bothering you
+ Tak ada apa.
_ Staf suka American Chocolate cake abang hantar tu. They all love it
+ Laa share dengan staf ke
_ Tak habis makan sorang. Abang ni agaklah
+ Hahaha tu namanya pujuk bakal bini jadi gemuk sikit. Kurus je macam papan
_ Eee abang ni!
+ Dah dengar lagu? Ke staf dengar sekali?
_ Lagu tak share
+ Mujur. Kalau tak, habis satu dunia tahu. Kita kita tahu je dah
_ Malu eh
+ Iyelah. Kita ni pemalu. Awak je tak tahu
_ Pemalu tapi romantic. I love your weirdness
+ Kita kan romeo (ayat bangga)
_ Eee tak boleh blah
+ Abang saaaaayang Hara
_ Takde sape nak sayang abang hahaha
+ Sabar je la
Tuesday, July 11, 2017
Luar biasa
_ Buat apa baby?
+ Baru lepas tengok leopard. Dah rindu ke hahaha
_ Eh tak. Perasan
+ Alaa ingat dah rindu hahaha
_ Kawan kita tanya “Eh boyfriend pelik you hantar apa hari ni?”
+ Hahahaha apa je yang pelik
_ Awak hantar laksa + ais kacang, buah. Bagi dia pelik
+ Bagi awak?
_ Pelik
+ Laa. Nak bantu makwe kekal awet muda, kekal gembira pun pelik ke
_ Belum pernah jumpa boyfriend dalam dunia hadiahkan makwe dia buah, laksa, ais kacang
+ Saya kan boyfriend luar biasa kahkahkahkah
_ Luar biasa saya cintakan awak
+ Tepat ke jantung hahahaha
_ I miss you boyfriend
+ Berapa banyak?
_ Banyak!
+ Okey. Rindu jugak. Se cm
_ Sikitnya. Tak rindu pun tak apa
+ Jadilah. Rindu jugak
_ Pelik awak ni
+ Hahaha dah berjangkit dengan kawan ke mengata bakal laki sendiri pelik ni
_ You memang pelik
+ Pelik I cintakan you eh
_ Haah baby
+ Hahahahahahaha mahu je nak keluar mencarut
Sunday, July 09, 2017
Pertemuan pertama
Hari ini pertama kali kita bertentang mata setelah sekian lama merahsiakan deru rasa yang tumbuh perlahan-lahan antara kita. Buat diri abang, malam ini adalah malam penuh kebahagiaan. Tanpa ragu-ragu abang katakan malam ini adalah malam paling sempurna dalam hidup abang. Setelah sekian lama abang hilang arah, Hara datang sebagai petunjuk jalan. Terima kasih kerana menyinari hidup abang. Hara datang membawa sebuah pengharapan yang sekian lama abang nantikan. Hadirnya Hara dalam hidup abang membuatkan awan-awan mendung perlahan-lahan membawa diri.
Hari ini hidup abang di penuhi sinar mentari. Teriknya tidak begitu membahang, nyaman dan menyegarkan. Semuanya kerana Hara. Sekali-sekala hujan turun dan abang bayangkan kita akan mengira warna pelangi bersama-sama setelah berpayung berdua mengelak hujan membasahi kita. Abang rasakan dunia begitu indah sekali. Hara perlu tahu, Hara adalah anugerah terindah yang Tuhan ciptakan buat abang. Setelah bertahun menderita, Tuhan hadiahkan abang seorang perempuan persis bidadari. Molek segala, serba sempurna.
Hara tahu, debar dan gementarnya abang menunggu Hara di muka pintu semalam hanya Tuhan sahaja yang tahu. Saat melihat Hara, abang rasa tenang, tenteram. Abang agaknya masih belum percaya bahawa perempuan secantik bidadari ini bakal menjadi suri hati abang tidak lama lagi. Kita berjalan beriringan ke kereta, berbual sepatah dua. Abang tahu kita sebenarnya masih malu dan gugup. Pertemuan pertama selalu membuat kita rasa begitu. Pertemuan pertama yang manis, yang menjadikan abang lelaki paling bahagia. Sungguh, abang merasa bahagia dipertemukan dengan Hara.
Abang tak pandai menyusun kata. Abang hanya lelaki biasa yang penuh cinta di dada. Pengalaman barangkali banyak mengajar abang agar lebih menghargai. Abang mahu menjadi dewasa dengan cinta, mematangkan diri dengan rasa. Abang mahu membina sebuah keluarga bersama Hara. Kita akan membina mimpi-mimpi kecil bersama. Kita akan mengapai impian bersama-sama. Abang mahu seluruh hidup abang bersama Hara. Tanpa ragu-ragu, Hara adalah sebahagian dari hidup abang pada hari ini dan kekal menjadi sebahagian dari jiwa abang selama-lamanya.
Pilih pulut bercampur padi,
Selasih ada di tepi telaga,
Bagaimana di mulut begitulah di hati,
Kasihku tidak dua tiga.
Kuala Lumpur International Airport
2.15 pagi
Saturday, July 08, 2017
“Abang tak bawa bunga. Abang bawa cinta”
Malam tadi saya bertemu H secara empat mata. Kali pertama keluar berdua kerana anak-anak “buat perangai” saat akhir. Jumaat lepas, saya hantar SMS pada ayah H, minta izin bawa H keluar makan malam. Kemudian saya minta sampaikan pada H hajat saya itu. Sejak di Lombok saya sudah fikirkan untuk bawa H keluar makan malam bersama. Mungkin kerana saya gugup dan gagal mencari ayat yang sesuai, pelawaan tersebut saya wakilkan pada ayahnya sahaja - lebih mudah, terurus dan ringkas. Mungkin kerana faktor usia, saya mahu kelihatan lebih beradab di hadapan orang tua. Saya berjanji akan hantar pulang H sebelum pukul 11.00 malam.
Pada mulanya saya bercadang ingin hantar Don saja ke rumah H untuk menjemputnya tapi anak-anak kata “Tak romantik daddy”. Akur dengan pujukan anak-anak akhirnya saya sendiri ambil H di rumahnya. Sepanjang perjalanan, kami tak berbual panjang. Agaknya kami masih kekok. Mungkin kerana masih mencari keserasian kerana masing-masing belum biasakan diri. Mungkin juga kerana malu. Berbual di telefon, berbalas SMS tidak sama rentaknya ketika bertemu empat mata. Malam tadi H kelihatan sungguh anggun. Bergaya sederhana, cantik di pandang. Serba ringkas tapi cukup menawan. She's the most beautiful girl I've ever seen in this world. Segala-galanya nampak sempurna.
“Abang tak bawa bunga. Abang bawa cinta”
Saya lihat aroma merah naik ke mukanya saat itu. Saya sengaja mengusik H agar rasa kejanggalan yang masih ada luntur dengan harapan kami dapat berbual seperti rakan yang sudah lama tidak bertemu. H, nampak sahaja pendiam tapi banyak tutur bicaranya. Luas ilmu pengetahuan, banyak pengalaman. Secara peribadi, saya kira, H orangnya lembut tapi hatinya keras. Ketika makan, kami berbual tentang banyak perkara khususnya hal berkaitan kerjaya dan perancangan masa depan. Sedikit sebanyak, kami juga berbual hal-hal masa silam. H bercerita tentang pertunangan yang putus di tengah jalan kira-kira lima tahun lepas.
Masa berlalu begitu pantas. Kira-kira jam 10.15 malam, kami sudah bergerak meninggalkan meja. Saya hantar H balik ke rumah. Sampai di pagar luar, ketika mengucapkan selamat tinggal, saya hulurkan sebuah beg yang berisi 8 buah buku. Buku-buku yang saya hadiahkan pada H sebahagian besarnya adalah buku-buku kegemaran saya, buku-buku yang memberi pengaruh besar pada pembangunan diri saya. Buku-buku ini yang mempengaruhi cara saya berfikir, membentuk jiwa dan rohani saya. Ketika H melangkah masuk, saya bacakan untuknya bait-bait puisi Pablo Neruda yang saya sukai terutama daripada filem Patch Adams lakonan Robin Williams berjudul Sonnet XVII.
I do not love you as if you were salt-rose, or topaz,
or the arrow of carnations the fire shoots off.
I love you as certain dark things are to be loved,
in secret, between the shadow and the soul.
I love you as the plant that never blooms
but carries in itself the light of hidden flowers;
thanks to your love a certain solid fragrance,
risen from the earth, lives darkly in my body.
I love you without knowing how, or when, or from where.
I love you straightforwardly, without complexities or pride;
so I love you because I know no other way
Than this: where I does not exist, nor you,
so close that your hand on my chest is my hand,
so close that your eyes close as I fall asleep.
Saya tanggalkan cincin di jari manis dan berikan pada H. “Abang tak pernah tanggalkan cincin ni. Abang nak H simpan”. Dia senyum dan saya bergerak pulang.
Mon’t Kiara
4.50 pagi
Tuesday, July 04, 2017
Bersemut
Daddy: Gosh! Mana pulak daddy letak handphone
Adam: Adam tak nampak
Huda: Kakak pun tak nampak
Daddy: Umar mesti nampak kan
Umar: Handphone daddy bersemut atas meja
Daddy: Macam mana pulak boleh bersemut. Ish!
Umar: Hihihi
Daddy: Terkena lagi. Ish!
Adam: Adam tak nampak
Huda: Kakak pun tak nampak
Daddy: Umar mesti nampak kan
Umar: Handphone daddy bersemut atas meja
Daddy: Macam mana pulak boleh bersemut. Ish!
Umar: Hihihi
Daddy: Terkena lagi. Ish!
Monday, July 03, 2017
Tanda penuaan
Daddy: Little man nampak tak handset daddy?
Adam: Adam tak nampak
Daddy: Kakak nampak tak?
Huda: Daddy letak mana?
Daddy: Rasanya dekat laptop
Umar: Lupa adalah tanda-tanda penuaan
Daddy: Ada je kan nak bahan daddy
Adam: Adam tak nampak
Daddy: Kakak nampak tak?
Huda: Daddy letak mana?
Daddy: Rasanya dekat laptop
Umar: Lupa adalah tanda-tanda penuaan
Daddy: Ada je kan nak bahan daddy
Sunday, July 02, 2017
Buah
+ Hi pretty. Kerja ke?
_ Hi toothbrush
+ Ada ke panggil kita toothbrush
_ Sweet what. Thanks for the fruits, fruit sender
+ Don dah hantar eh? Makan buah sambil ingat abang hahaha
_ Tak nak
+ Apa tak nak
_ Tak nak
+ Hahaha eleh tak nak konon
_ Biarlah
+ Kita cari makwe lain je la. Tak payah pening
_ Carilah. Ada kita kisah
+ Eleh
_ Apa eleh
+ Dekat mana tu?
_ Kino
+ Oh ada orang rindu kita. Rindulah sampai bulan 8
_ Baliklah cepat
+ Tadi kata tak kisah
_ I miss you so bad
+ Finally kahkahkahkah
_ Kurang asam awak ni
+ Hahaha saya nak bawa anak masuk dalam laut
_ I nak masuk dalam hati you boleh?
+ Tak naklah. Nanti habis cedera hati kita kahkahkah
_ Eeee poyo
Subscribe to:
Posts (Atom)