Saturday, July 08, 2017

“Abang tak bawa bunga. Abang bawa cinta”

Malam tadi saya bertemu H secara empat mata. Kali pertama keluar berdua kerana anak-anak “buat perangai” saat akhir. Jumaat lepas, saya hantar SMS pada ayah H, minta izin bawa H keluar makan malam. Kemudian saya minta sampaikan pada H hajat saya itu. Sejak di Lombok saya sudah fikirkan untuk bawa H keluar makan malam bersama. Mungkin kerana saya gugup dan gagal mencari ayat yang sesuai, pelawaan tersebut saya wakilkan pada ayahnya sahaja - lebih mudah, terurus dan ringkas. Mungkin kerana faktor usia, saya mahu kelihatan lebih beradab di hadapan orang tua. Saya berjanji akan hantar pulang H sebelum pukul 11.00 malam.

Pada mulanya saya bercadang ingin hantar Don saja ke rumah H untuk menjemputnya tapi anak-anak kata “Tak romantik daddy”. Akur dengan pujukan anak-anak akhirnya saya sendiri ambil H di rumahnya. Sepanjang perjalanan, kami tak berbual panjang. Agaknya kami masih kekok. Mungkin kerana masih mencari keserasian kerana masing-masing belum biasakan diri. Mungkin juga kerana malu. Berbual di telefon, berbalas SMS tidak sama rentaknya ketika bertemu empat mata. Malam tadi H kelihatan sungguh anggun. Bergaya sederhana, cantik di pandang. Serba ringkas tapi cukup menawan. She's the most beautiful girl I've ever seen in this world. Segala-galanya nampak sempurna. 

“Abang tak bawa bunga. Abang bawa cinta”

Saya lihat aroma merah naik ke mukanya saat itu. Saya sengaja mengusik H agar rasa kejanggalan yang masih ada luntur dengan harapan kami dapat berbual seperti rakan yang sudah lama tidak bertemu. H, nampak sahaja pendiam tapi banyak tutur bicaranya. Luas ilmu pengetahuan, banyak pengalaman. Secara peribadi, saya kira, H orangnya lembut tapi hatinya keras. Ketika makan, kami berbual tentang banyak perkara khususnya hal berkaitan kerjaya dan perancangan masa depan. Sedikit sebanyak, kami juga berbual hal-hal masa silam. H bercerita tentang pertunangan yang putus di tengah jalan kira-kira lima tahun lepas. 

Masa berlalu begitu pantas. Kira-kira jam 10.15 malam, kami sudah bergerak meninggalkan meja. Saya hantar H balik ke rumah. Sampai di pagar luar, ketika mengucapkan selamat tinggal, saya hulurkan sebuah beg yang berisi 8 buah buku. Buku-buku yang saya hadiahkan pada H sebahagian besarnya adalah buku-buku kegemaran saya, buku-buku yang memberi pengaruh besar pada pembangunan diri saya. Buku-buku ini yang mempengaruhi cara saya berfikir, membentuk jiwa dan rohani saya. Ketika H melangkah masuk, saya bacakan untuknya bait-bait puisi Pablo Neruda yang saya sukai terutama daripada filem Patch Adams lakonan Robin Williams berjudul Sonnet XVII. 

I do not love you as if you were salt-rose, or topaz,
or the arrow of carnations the fire shoots off.
I love you as certain dark things are to be loved,
in secret, between the shadow and the soul.
I love you as the plant that never blooms
but carries in itself the light of hidden flowers;
thanks to your love a certain solid fragrance,
risen from the earth, lives darkly in my body. 
I love you without knowing how, or when, or from where.
I love you straightforwardly, without complexities or pride;
so I love you because I know no other way

Than this: where I does not exist, nor you,
so close that your hand on my chest is my hand,
so close that your eyes close as I fall asleep.

Saya tanggalkan cincin di jari manis dan berikan pada H. “Abang tak pernah tanggalkan cincin ni. Abang nak H simpan”. Dia senyum dan saya bergerak pulang.




Mon’t Kiara
4.50 pagi