Monday, July 17, 2017

Goodbye my lover



Perkahwinan merupakan salah satu perkara penting dalam hidup seseorang. Pertemuan dua hati yang di akhiri di jinjang pelamin menandakan permulaan fasa baru dalam hidup seorang insan. Pertemuan ini juga menandakan dua keluarga asing di temukan di bawah payung ukhwah, maka terjalinlah ikatan persaudaraan. Dari ikatan ini, masyarakat berkembang-biak, hidup harmoni dan saling bergantung antara satu sama lain. Perkahwinanlah yang menjadi asas kepada masyarakat madani yang ada pada hari ini. 

Tanggapan masyarakat, permulaan fasa hidup hanya di alami oleh individu yang baru sahaja selesai melangsungkan perkahwinan. Anggapan ini ternyata salah kerana buat sebuah keluarga yang baru sahaja menerima kehadiran orang baru, perubahan fasa hidup pasti akan mereka rasai. Kehadiran insan baru ini sedikit sebanyak akan memberi kesan dan pengaruh pada sebuah keluarga. Perkahwinan sebenarnya adalah simbol restu untuk dua keluarga sama-sama menerima kehadiran orang baru dalam hidup mereka. 

_

Buat Ibu, Ayah; selamat menyambut menantu. Buat Kakak, Angah, Ateh; selamat menyambut kehadiran adik ipar. Buat Yusri, Kak Lina, dan kakak yang selalu menjadi bahan gosip; selamat menerima biras. Fuad; selamat menyambut abang ipar. Terima dia dengan baik. Abang harap kau belajar hormat kakak kau, jangan buli dia lagi. Zikri, Fatihah, Ismail, Ibrahim (betul tak pakcik sebut nama?) dan yang lain-lain, selamat menyambut kehadiran Pak Uda baru.

Semoga kehadiran orang baru membawa barakah buat kalian sekeluarga.

_


Buat pujaan hatiku, 

Tak ada tanda kesyukuran yang lebih agung kecuali tunduk syukur pada Ilahi kerana Tuhan telah menemukan kau dengan seorang lelaki yang lebih baik dari diriku. Semoga cinta yang di bina sekian lama bercambah menjadi sebuah cinta yang abadi. Harapnya tidak terlewat untukku ucapkan selamat pengantin baru. Berpisahlah kita selama-lamanya di titik ini. 

How lucky I am to have known somebody and something that saying goodbye to is so damned awful. ― Evans G. Valens


Cape Town, South Africa
18.7.2017, 2. 50 pagi