Saturday, July 15, 2017

The last of us

Abang tak sepatutnya hubungi awak. Itu adalah kesilapan terbesar abang kerana bertindak mengikut perasan tanpa berfikir panjang. Abang gagal mengawal emosi, terlalu menurut kehendak hati, membuang rasional jauh-jauh dari diri. Benar kata Colleen Hoover Feelings are the one thing in our lives that we have absolutely no control over. Abang tahu, seperti sebelum ini, awak tetap akan bersikap dingin dengan abang. Salah abang kerana menghubungi awak. Niat abang cuma ingin bertanya khabar. Abang tak ada niat untuk menganggu-gugat kebahagiaan awak. Sebenarnya, abang sendiri lupa yang awak sudah bertukar status. Apabila panggilan telah berdering barulah abang sedar abang sedang menghubungi isteri orang. 

Abang matikan panggilan. Abang hantar SMS dan seperti di jangka, awak tetap dingin sama seperti saat mula-mula awak jatuh hati pada orang lain. Semuanya sama seperti tiga tahun lepas. Salah abang kerana terlalu yakin pada diri sendiri. Yakin bahawa luka telah sembuh walhal kejadian kelmarin amat berbekas di hati. Abang sebenarnya sedih. Sedih kerana wanita yang pernah abang kenal, berkongsi hati dan pernah mempunyai sesuatu dengan sengaja membuat abang terasa seperti orang asing. Abang yakin awak tahu abanglah yang menghantar SMS itu dan dengan sengaja awak balas “Sorry, siapa ni?”. Awak tahu betapa sedihnya hati abang apabila orang yang abang sayang berpura-pura tidak mengenali abang? 

But you didn't have to cut me off
Make out like it never happened and that we were nothing
And I don't even need your love
But you treat me like a stranger and that feels so rough

(Somebody I Used Know)

Pedihnya hati ini tak akan habis jika di tulis sehari-hari. Hanya abang yang tahu. Sakitnya hati abang tak terungkapkan. Abang tahu awak bencikan abang. Abang tahu awak seakan-akan berdendam dengan abang. Abang tahu awak seolah-olah enggan maafkan abang. Abang tak benci awak. Abang tak marah awak. Abang akan tetap sayang awak. Kata Lucas W. “You are the whole sky, and no amount of storms will make me unlove you”. Tak kira betapa sakitnya hati abang, abang tetap sayang pada awak. Janganlah baja hati awak dengan kebencian. Awak tak akan mampu membenci abang, awak tetap akan sayang abang. Ingatlah kata-kata William Shakespeare “If you love me, I’ll always be in your heart, if you hate me, I’ll always be in your mind”.

Hingga ke hari ini abang masih menunggu SMS dari awak tapi nampaknya harapan sudah pun malap. Fahamlah abang bahawa awak sudah lama buang abang dari hidup awak. Hanya abang sahaja yang masih menyimpan ingatan tentang awak, tentang hari-hari indah yang penuh kebahagiaan. Mungkin saja abang rindu menyebut nama awak, rindu akan memori silam. Malangnya sikap awak membunuh semua rasa yang ada. Itulah sebenarnya yang membuat abang sedih. Abang tahu abang tak dapat betulkan salah silap abang pada awak, abang tak dapat tarik semula kata-kata yang pernah abang ucapkan. Sesalan itu abang bawa hingga mati. Abang tak betulkan keadaan bukan kerana awak tak beri peluang tapi abang sebab abang yang tak berani ambil peluang. 

Semua orang kehilangan sesuatu. Menurut Haruki Murakami dalam Kafka on the Shore, “Every one of us is losing something precious to us. Lost opportunities, lost possibilities, feelings we can never get back again”. Nampaknya kata-kata Murakami banyak benarnya. Abang kehilangan awak dan segala isi dunia pergi bersama awak, tinggalkan abang di belakang. Lama-kelamaan, jika abang berhenti menulis, satu-satunya perkara yang membahagiakan abang akan beransur pergi. Abang suka menulis kerana abang ada awak. Kata Michael Faudet pada Lang Leav “I write because you exist”. Abang tak pandai berkata-kata, tak pandai berterus terang. Menulislah satu-satunya cara abang berkongsi jiwa dengan awak. Awaklah sumber inspirasi abang. 

Well, now, 
if little by little you stop loving me 
I shall stop loving you little by little. 

If suddenly 
you forget me 
do not look for me, 
for I shall already have forgotten you. 


― Pablo Neruda