Monday, June 29, 2015

Good bye, pal

Kali ini, hanya kali ini tak bawa Gimbo kerana merasakan Gimbo okey sahaja di rumah. Mungkin risau Gimbo akan penat jika ikut travel. Haiwan pun penat kalau travel. Haiwan tak jauh bandingnya dengan manusia.

Tuhan ambil Gimbo. Pak Mad hantar gambar Gimbo yang sudah keras dan kaku. Dia pun tak sedar bila Gimbo mati. I’m sorry Gimbo. I shouldn’t leave you at home. At least you wouldn’t die alone. It’s too late. Pak Mad lupa letak air dalam cage Gimbo. Mungkin Gimbo hydration.

I can’t imagine I cry this bad. Thanks a lot for making my day full of laughter. We will miss you, pal. Rest well and till we meet again.

_ _ _

Cherish the memories and in our hearts they shall live forever.

Sunday, June 28, 2015

Yang pernah ada...

Hai awak.

Puasa tak? Biasanya kalau bulan puasa awak bangun sahur awal. Kemudian sambung tidur sebelum mengedik-gedik dengan abang. Biasanya juga awak akan bangun lebih kurang jam 6.15 pagi sebelum mandi dengan cepatnya (tak sampai 10 minit pun abang rasa) sebelum bersiap pergi kerja. Awak makan sahur pun tak banyak mana. Bila berbuka pun makan ala orang diet tapi badan tak kurus-kurus pun lagi hehehe. Diet awak ada yang tak kena agaknya.

Puasa tahun kedua tanpa awak. Sahur pun kadang-kadang rasa malas nak bangun. Kalau bangun pun tak makan banyak sangat. Selain makan ubat, minum air secawan dua. Tak ada selera nak makan. Kadang-kadang terlelap di meja makan sebab tidur lewat dan badan letih yang amat. Bila dapat tidur tak ingat dunia. Puasa awak okey? Bila pergi Sabah? Sabah berbuka awal. Sahur pun awal juga. Tempat baru tentu beri pengalaman baru.

Abang selalu ingat awak kata (bukan awak kata, ustazah awak kata – cool betul ustazah awak), kalau nak buat apa-apa pun (ehem-ehem) batalkan puasa dulu. Licik sungguh cara ustazah awak berfikir. Pandai dia cari idea dan mengelat tapi cara memang betul. Kalau tak batalkan puasa matilah kena ganti. Bila abang teringat apa awak cakap, abang selalu senyum. Abang boleh senyum saja nak buat apa lagi. Sekurang-kurang senyum boleh kurangkan kerinduaan.

Abang ada kerja di Norway. Datang bawa anak-anak tengok midnight sun. Abang selalu harap awak tak lupa abang tapi kalau awak ingat abang pun tak ada faedahnya, kan? Segala kesilapan yang abang buat, segala kelemahan yang abang ada, abang tak dapat betulkan. Walaupun abang mampu sesuaikan diri dengan ketiadaan awak, di kebanyakan masa abang rindukan awak. Awak yang comel, awak yang manis, awak yang garang, awak yang sombong, awak yang luar nampak keras tapi dalam hati tisu. Awak yang kuat cemburu.

Abang selalu ingat budak kecik abang. Kadang-kadang abang rindukan patung cina warna merah awak yang comel (macam awak). Lama tak dengar patung cakap “I Love You”. Hmm…abang rasa sunyi tak ada kawan. Dulu awak selalu ada dengan abang. Sekarang tak ada lagi. Dulu abang ada kawan berborak sekarang tak tahu nak berborak dengan siapa. Berborak dengan orang lain tak best macam berborak dengan awak. Abang buat kerja pun tak ada orang teman, tak ada orang selalu kacau-kacau abang bila abang fokus buat kerja, tak ada orang goda-goda abang ajak baring berborak kosong.

Abang tak ada niat nak kacau hidup baru awak. Cuma kadang-kadang kerinduan tak dapat di bendung dan di sekat-sekat walaupun kita cuba sehabis daya. Abang rindukan awak yang nakal, yang manja, yang suka di pujuk, yang selalu inginkan perhatian. Merindu awak tak akan habis. Kerinduan tak pernah ada noktah. Kadang-kadang abang rasa tak boleh terima tapi abang  sedar sudah setahun perkara ini berlaku walau abang rasa seolah-olah baru semalam terjadi. Berpisah dari awak amat memeritkan. Dunia tak pernah berhenti berputar dan abang tak pernah berhenti merindu.

Awak tetap jadi orang pertama yang abang fikir bila abang bangun dari tidur. Awak juga jadi orang terakhir yang abang ingat bila abang hendak tidur. Awak juga yang bermain di fikiran abang saat abang menghadapi mesyuarat penting. Abang tak tahu cara untuk berhenti mengingat, merindu dan mencintai awak. Abang cuma tahu awak perempuan yang paling istimewa dalam hidup abang. Perempuan yang paling abang sayang. Perempuan yang tak mampu abang buang jauah-jauh dari hati dan fikiran abang. Setiap kali abang gembira, setiap kali abang susah hati, setiap kali abang sedih, setiap kali abang rungsing, abang cuma dapat fikir awaklah satu-satunya yang abang ada…yang abang pernah ada…

Cinta ini pasti diuji kerana ia sudah tradisi janji
Di depan menanti sudah
Seribu pahit jutaan payah
Namun cinta kita akan terus bahagia
Kerana bajanya derita...

Saturday, June 27, 2015

Emel untuk Lin

Lin, dalam dunia ini bukan semua orang mendapat peluang kedua. If you’re lucky enough to get a second chance, do not waste it. Selepas hampir 6 bulan berendam air mata, melayan emosi yang berubah-ubah setiap minit, akhirnya Tuhan berikan peluang kedua untuk tebus kesilapan lepas. Tentu Zain lelaki yang sangat istimewa dan baik. Tak semua lelaki boleh terima perempuan yang pernah curang. Zain salah satunya lelaki yang baik itu.

Beruntunglah. Seisi alam menyaksikannya. Tentu tak akan ada lagi lagu sedih, filem sedih, dan hari-hari yang di penuhi kesuraman dan air mata mengenang kisah lepas. Belajarlah untuk setia. Belajarlah untuk menghargai. Belajarlah dari kesilapan lepas. Lin, orang kata “Sometimes, second chance work out even better then the first because you learn from your mistakes”

Jadi mitos lelaki jahat yang selalu di canang-canang oleh perempuan masih boleh di sangkal. Tak semua lelaki curang (sebab perempuan pun curang juga). Tak semua lelaki jahat dan ada perempuan lain di belakang. Bukan semua lelaki boleh terima perempuan yang pernah patahkan hatinya (terutamanya berlaku curang!). Kalau tak ada badai masakan kita tahu kekuatan cinta kita, kan?. Berterima kasihlah pada badai yang melanda. 

Terima kasih untuk perkenalan dan berkongsi pengalaman. Selamat menutup kisah lama dan buka buku baru. Paling penting, selamat menempuh hari-hari yang kembali indah setelah hadirnya orang yang paling penting dalam hidup Lin. Semoga awan mendung akan berarak dan memberi laluan kepada matahari untuk menyinari alam. Pepatah kata “True love has a habit of coming back”. 


Ramadhan Kareem.



IA

Friday, June 26, 2015

Sebelum Puasa

“Bila flight abang?”
“Malam ni”
“Tak sempat nak iftar sama-sama”
“Kerja. Kena ikut jadual”
So girlfriendssss abang mana?”
“Mana satu?”
“Banyak sangat ke girlfriend abang?”
“Makcik bagi kek. Nanti makan”
“Nak rasa sekarang boleh?”
“Makan je la”
“Abang tak datang sini dah ke?”
“Tak tau”
“Kalau abang yang masak mesti lagi sedap kan”
“Tak ada masa aku nak masak untuk ko”
“Abang ni besi pejal”
“Aku rasa tak ada kena-mengena pun”
“Abang, tolong. Comot dah”
“Mana ada tisu”
“Tak guna tisu pun boleh”
“Nak guna apa? Kain pun tak ada”
Your lips
“Hmm…”
“Hmmm mmmmm?”
“Jangan nak mengada”
Best offer ni. Jangan menyesal nanti”
“Jangan nak mengadalah”
“Seriusnya muka dia”
“Jangan nak macam-macam”
“Hey jangan buat muka macam tu. Garang je dengan orang”

Thursday, June 25, 2015

Skype with Min

“So you still love her after all the storm?”
“I think so”
“You’re crazy”
“It sounds weird right?”
“Find new love man”
“Hahahaha”
“What hahahaha?”
“No, don't even think about it.”
“How is she special?”
“Time cannot heal my wound”

Wednesday, June 24, 2015

While transit in London

“Abang kawin dengan Hana please
“Ko ni demam ke apa?”
“Orang serius ni. Jom la kawin. Jom la”
“Ko masak pun tak reti ada hati nak kawin”
“Hana tak kira. Nak kawin dengan abang please
“Budak hari tu buat police report ke?”
“Tak. Hana tak nak abang susah”
Thank you. Siapa budak laki tu?
A friend
“Kawan tak tunggu dekat luar office
“Abang jealous ke?”
“Aku nak cemburu buat apa pun”
“Abang masih ingat yang lama lagi ke?”
“Hmm…”
“Abang nak move forward macam mana kalau asyik pandang belakang?”
“Ko ada cara ke?”
“Kawin dengan Hana!”
“Itu je la yang ko tahu kan. Belajar pun tak habis dah gatal nak kawin”
“Lepas kawin pun boleh belajar. Pembakar semangat tau bang”
“Pandai la ko”
“Sebab tu Hana pilih abang”
“Pandai sangat”
“Abang yang keras kayu tak bagi Hana peluang”
“Hmm…”
“Abang kena berani move forward. Jangan asyik tersangkut macam Burke”
“Burke?”
“Love Happens. Movie”
“Kenapa dengan Burke?”
Wife dia mati accident. Dia jumpa perempuan lepas 3 tahun. Dia suka perempuan tu tapi asyik stuck bila nak move forward. Dia selalu ingat isteri dia. Abang kena lepaskan kisah silam abang kalau nak move forward. Hana hantar link. Abang tengok nanti tau”
“Cerita cinta aku tak layan”
When one thing ends, something else begins
“Hmm…”
“Bagi peluang pada diri abang”
“Hmm…”

Monday, June 22, 2015

12:53

Demam sudah beransur baik. Urusan juga telah selesai. Bawa anak-anak bersiar-siar sekitar Hanoi sebelum ke Norway. Penerbangan petang nanti. Akan habiskan sekitar 3 hingga 5 hari di sana sebelum balik ke Malaysia. Kak Anis jemput berbuka puasa di Milan. Rasanya tak pergi. Belum sedia untuk berjumpa Kak Anis.

Harap-harap badan sihat sepenuhnya bila tiba di Norway nanti. Kepala sudah kurang serabut (mungkin kerana berjaya alihkan perhatian ke kerja). Cuma badan yang masih belum kuat. Di Norway nanti bercadang ke melawat banyak tempat. Kalau badan kurang sihat, tak seronok pula pergi berkerja (sambil bercuti).

Akan ke Norway sekali lagi nanti bila tiba musim tak ada sunrise. Sepanjang hari gelap sepeti waktu malam. Sebenarnya tak sabar nak tengok reaksi anak-anak bila lihat peralihan waktu. Tentu mereka susah hati matahari tak terbit. Mujurlah ada anak-anak kalau tak, tentu semangat patah tak mahu tumbuh lagi. 

Saturday, June 20, 2015

Perbualan yang panjang

Umar: Kita tak pergi tengok midnight sun daddy?
Daddy: Pergi. Midnight sun dalam 22 haribulan ke atas. Tapi dekat Iceland dah ada.
Umar: Daddy temam. Badan daddy panash. Mata daddy melah. Daddy tene lehat.
Daddy: Tapi daddy kan dah janji. Lepas habis urusan daddy kita pergi eh.
Umar: Adik tak nak daddy takit. Adik tetian daddy.
Daddy: Daddy dah makan ubat. Umar jangan risau sangat. Daddy okey.
Umar: Daddy temam lindu mama. Adik tahu.
Daddy: Mana adalah. Cuaca ni. Lagipun daddy kurang rehat.
Umar: Kita itelefon mama nak tak daddy?
Daddy: Tak boleh. Mama mesti sibuk kemas barang nak pindah Sabah.
Umar: Tapi itelefon tetejab je. Mama sambung temas.
Daddy: Mama busy. Lagipun mama tak nak cakap dengan daddy.
Umar: Tenapa mama telalu gaduh dengan daddy?
Daddy: Mana ada daddy gaduh dengan mama. Hal orang besar Umar tak boleh campur.
Umar: Daddy tidur telalu panggil mama.
Daddy: Mana ada eh. Memandai je Umar ni.
Umar: Kakak takap. Budak tecik-tecik takap. Daddy telalu menangis.
Daddy: Mana ada daddy nangis. Mata daddy masuk habuk je. Jadi  spy belaka ke ni?
Umar: Olang dewashe telalu tomplikated.
Daddy: Pandai je mulut tu kan.
Umar: Bila adik dewashe adik tak nak tayang pelempuan banyak-banyak macam daddy.
Daddy: Laa kenapa pulak?
Umar: Adik jaga hati. Adik tak nak hati adik takit macam daddy. Adik takut. Daddy telalu menangis.
Daddy: Panjangnya Umar fikir.
Umar: Adik takut daddy. Adik tayang pelempuan pelempuan tayang olang lain macam mama.
Daddy: Semua yang jadi dah tertulis untuk daddy. Umar jangan cakap macam tu lagi, okey?
Umar: Daddy tayanglah olang lain. Daddy tangan tayang mama. Mama tak tayang daddy.
Daddy: Tak nak cakap yang tak baik tentang mama dekat daddy. Kalau mama tak ada, daddy tak sihat macam sekarang. Daddy sayang mama lama. Mesti daddy perlukan masa untuk sesuaikan diri. Daddy tak nak dengar lagi Umar cakap macam-macam pasal mama. Umar sayang daddy kan? Umar kena hormat mama.
Umar: Adik minta maaf daddy.
Daddy: It’s okay. Tidur eh. Daddy tepuk sampai Umar tidur.

Friday, June 19, 2015

Pain

Why should I feel this pain? Why I can’t get over her? Could anyone tell me why I love her that much? I rather die than sticking with this pain.

11.04am

Batalkan meeting dengan Hannan. Tak ada mood langsung hari ini. Entah kenapa rasa serabut – marah, menyampah, meluat, stres semua ada. Ia tetap bayangan yang sama, nama yang sama, orang yang sama – perasaan yang bercampur-baur. Tak tahu berapa kali tarik nafas panjang, lepas dengan keluh-kesah yang mendalam. Satu perempuan sahajakah dalam dunia ini? Satu perempuan cukup serabut. Move on tapi tetap tersangkut.

Need someone to talk. Tak tahu nak call siapa. Balik-balik perempuan yang satu itulah juga yang ada, yang di fikirkan sesuai. Dialah orang yang paling sesuai untuk bercakap, orang yang paling memahami. Entah. Macamlah tak ada perempuan lain dalam dunia yang besar ini. Punyalah banyak populasi perempuan. Yang satu itulah juga. Hmm….

Setelah berbulan-bulan, hari ini kalah lagi. Hari ini lemah lagi. Hari ini rasa bangsat lagi. Setelah berbulan-bulan, hari ini mata basah semula...

Muntah

Baring. Pandang dinding – “Saya pilih A”. Ia masih bergema walaupun sudah hampir setahun. Kata-kata ini tak sepatutnya bergema lagi. Tak sepatutnya muncul. Tapi ia tetap muncul. Selalunya muncul secara tiba-tiba. Setiap kali teringatkan kata-kata ini terasa sedih. Entah kenapa. Kenapa kita perlu rasa sedih untuk orang yang curang di belakang kita? Untuk apa?

Dalam penerbangan, ingatan tetap melayang pada perkara yang sama. Kadang-kadang otak terasa seperti tak mampu berfikir atau mengenang perkara lain. Banyak perkara lain yang boleh di fikirkan tapi otak seolah-olah mandul untuk terus berfungsi. Entah sampai bila semua ingatan yang ada akan hilang.

Rasa meluat.
Rasa menyampah.
Rasa nak muntah berbaldi-baldi.

Wednesday, June 17, 2015

Rehat

Dato’ Shukor hantar pembantu untuk uruskan deal. Punyalah seksi pembantu dia. Rasa malu pun ada bila berjalan beriringan. Rasa nak beritahu pada semua orang “Bukan, bukan girlfriend saya. Kalau girlfriend saya tentu dia ayu macam wanita Melayu terakhir”. Mana punya minah salleh celop yang Dato’ Shukor ambil buat pembantu. Taklah rasa terangsang pun. Rasa terganggu kerana seolah-olah seperti diperhatikan. Lelaki tentu akan perhati sebab dia seksi. Dan, tak bangga pun berjalan sebelah perempuan seksi. Meluat adalah.

_ _ _

Esok akan ke Vietnam. Bertemu Hannan di sana untuk urusan perniagaan. Hannan tak banyak kerenah dan senang di bawa berunding. KL girl-lah katakan. Jumpa ramai perempuan sejak akhir-akhir ini. Tak tahulah kenapa semua CEO suka hantar perempuan untuk buat deal. Senang berurusan? Mungkin ada udang di sebalik batu. Hannan bekerja di bawah syarikat milik Dato’ Azmi. Pertama kali handle urusan luar negeri nampak sedikit caca-merba.

Selesai urusan di Vietnam akan terbang ke Norway. Jumpa Liya di sana. Liya jenis buku teks. Ini yang susah. Kalau nak ikut buku teks kena kerja dengan government. Kalau dalam bisnes nak ikut buku teks memang susahlah. Masa cuba di tepati sebaik mungkin. Urusan cuba di selesaikan secepat mungkin. Sebaik mungkin juga untuk dapat kata putus yang beri keuntungan kepada kedua-dua belah pihak.

_ _ _

Rehat. Perlu rehat secukupnya. 

Sunday, June 14, 2015

#Borak Bisu IV

Hai sayang.

Tolong urut bahu boleh? Abang baru balik. Sembilan hari, lima negara. Urursan kerja masih belum habis. Perut berbunyi - lapar. Habislah badan abang yang tough, makan tak jaga. Rasanya berat turun sekilo. 

Anak-anak dengan Ocio dan Zara. Dengarnya mereka ikut Pak Long ke Sarajevo. Anak-anak mesti merajuk. Dua hari tak call - tak sempat, tak jumpa public phone. Kalau bawa anak-anak risau nanti sampai demam-demam. 

Awak ada dekat mana? Anak-anak suruh call awak tapi hmm...abang rasa tak perlu call. Awak tentu belum pergi Sabah. Kalau awak di Sabah, awak tentu pandai jaga diri. Abang baru cadang nak daki Gunung Kinabalu. Haih...runtuh pula.

Hmm...abang rindu awak. Tak tahu bila dapat nak beli handphone. Abang rasa belum bersedia nak ada handphone. Nanti mesti abang rasa macam tertunggu SMS awak padahal tahu tak akan ada SMS dari awak...

Selamat menyambut Ramadhan, sayang. Jaga diri baik-baik. Selamat bekerja di tempat baru. Moga-moga tempat baru nanti beri awak lebih ketenangan. 

Saturday, June 06, 2015

Hari yang teruk

Jumpa dengan Sara di London. Dia memang sengaja ambil tiket mendarat di sini walhal sudah tahu sepatutnya berurusan di Paris. Dengan muncung panjang sejengkal dan muka masam di awal pagi memang betul-betul membunuh mood. Tinggalkan Sara begitu sahaja tanpa meneruskan urusan. Lantaklah!

Tunggu Hana habis meeting. Katanya habis jam 12. Tak jauh dari situ ada seorang lelaki sedang berdiri (menunggu seseorang?) di ruang legar. Bila Hana kelua dari bilik meeting, lelaki tersebut meluru ke arah Hana. Kaki berhenti melangkah. Kaku di tempat menunggu. Melihat dari jauh sebelum melangkah ke arah Hana. Tanpa sepatah kata, penumbuk hinggap di muka lelaki tadi.

Pukul lelaki tersebut setengah mati tanpa sebab. Entah kenapa. Mungkin kerana marah dengan Sara, lelaki ini yang kena atau mungkin kerana igauan silam – tempat parkir kereta dan Ainullah. Tak sepatutnya pukul lelaki itu – tahu. Tapi entah…tiba-tiba tak dapat kawal diri. Marah sedang meluap-luap. Tak boleh di kawal (kerana terlalu lama pendam atau mungkin berdendam?).
_ _ _

Seorang perempuan berlaku curang dan di tinggalkan. Hidupnya tidak terurus. Dia sungguh sesal dan berdoa agar bekas teman lelakinya berpatah balik dan menyambung perhubungan mereka. Malangnya impian tidak akan menjadi nyata.

Seorang perempuan telah di curangi. Teman lelakinya menjumpai perempuan baru dan menurutnya “I can’t get over her. I’m sorry baby. We shouldn’t meet at first”. Perempuan ini sangat sedih tapi dia gembira kerana pernah mengenali lelaki ini dan lelaki ini pernah hadir dalam hidupnya.

Cerita tentang kecurangan akan ada di mana-mana. Manusia melakukan kesilapan dan biasanya kesilapan banyak mengubah hidup kita. Tapi bukan semua kesilapan boleh di maafkan dan di lupakan begitu saja. Ada kesilapan yang sukar di maafkan apa lagi di lupakan. Dan harus ingin bumi berputar setiap hari. Akan ada suatu masa, yang curang akan rasa perasaan di curangi.
_ _ _


Serabut.  

Thursday, June 04, 2015

Love-Hate

Mimpi malam tadi sangat aneh. Mimpi beristeri dua dan salah seorang daripadanya sedang mengandung. Mungkinkah tanda-tanda awal akan beristeri dua? Bangun pagi dengan senyuman meleret serta mood yang baik. Buatkan sarapan untuk anak-anak dan bawa mereka ke kedai buku. Mereka beli senaskah dua buku untuk di buat teman sepanjang perjalanan nanti. Lagi dua minggu akan ke Norway melihat midnight sun.

Sara, perempuan yang memeningkan kepala akan sampai esok. Tan Sri Ayob bukan tak ada PA lain yang boleh handle urus niaga dia tapi perempuan yang satu inilah juga yang dia suka sangat hantar untuk berurusan. Kalau tak kena cara mahu bertengkar lagi esok hari. Sungguh stres melayan perempuan perasan hot (tapi tak laku pun). Nanti kalau gaduh tercakap benda bukan-bukan mesti lagi susah. Sara, Sara tolonglah jangan potong mood esok.
_ _ _

Hana sudah balik ke UK. Makcik Siti membebel sebab belum pujuk Hana. Tak rasa pun dalam mood pujuk-memujuk. Hari ini hari terakhir jumpa Zaza. Zaza akan bergerak ke California untuk urusan kerja dan rasanya selepas itu mungkin tak bertemu lagi dengannya. Zaza pelawa untuk minum petang di tebing sungai. Ini memang kegemaran dia sejak dulu lagi. Zaza tak bertanya tentang Hana (mujurlah!) cuma sesekali bertanya tentang I (yang agak lama tidak berhubung) sambil mengenang cerita lama ketika di US dulu. Bulan Julai Zaza akan di tukarkan ke New York.

Min sangat stres dengan kerja dia. Kemarin dia menangis teresak-esak. Katanya mahu berhenti tapi kontrak tamat tahun depan. Rasanya Min tak sesuai kerja di lapangan (sebab dia agak manja). Min lebih sesuai bekerja di pejabat dan membuat kerja rutin. Tentu dia tak akan merungut. Min berlainan dari Zaza. Zaza tak suka bekerja di pejabat dan melakukan tugas rutin. Dia suka kerja di lapangan. Lebih mencabar katanya. Berharap Min dapat bersabar hingga tamat kontrak. Min, ada seorang HO rasa dua tahun masa yang panjang dan mencabar untuk di habiskan tapi dengan usaha, kesabaran dan ketekunan dia berjaya juga habiskan.
_ _ _

Umar: Pet daddy mana? Adik tak nampak dia pun. Adik cari dia.
Daddy: Eh dah berbaik ke? Cuba tanya Adam kot dia ada nampak.
Umar: Adik tak berbaik tengan pet daddy.
Daddy: Habis Umar cari dia tu bukan tanda dah okey ke?
Umar: Kitaorang love-hate lelationship daddy.
Daddy: Haih kecik-kecik dah pandai love-hate bagai.
Umar: Pengaluh TV.
Daddy: Pandai je jawab kan.

Wednesday, June 03, 2015

Sensasi

Perkara paling mengejut hari ini ialah bertemu Ary di Paris dengan badan yang tegap dan sungguh sado. Sudah ada six pack dan tiada lagi lemak berlebihan! Yang lebih mengejutkan ialah melihat Ary dengan seorang perempuan – itu adalah isteri nombor dua Ary. Sungguh tak di sangka dalam diam-diam!

Der, apasal lu potong line. Gua baru plan nak angkat 2 bini sekaligus”
Engko bini pun tarak. Kawin dua pejadah
“Oii oii bini tau ke dia dah bermadu ni?”
“Senyap sudah. Aku mood honeymoon kot. Kasi habis manis dulu der
“Ocio tau? Habis la kalau bini lu dapat tahu. Makan parang la jawabnya”
“Seronok nampak dapat pant*t baru”
“Erkkk. Habis la lu Ary. Makcik dah tau”
“Nak lari ke mana kamu tu Ary? Perempuan mana kamu buat bini tu?”
“Jawab Ary jawab. Gua tolong kipas makcik kasi panas hahaha”
“Errr orang sana jugak. Kenapa makcik?”
“Penuh sopan-santun kamu jawab. Mood dapat pant*t baru ke?”
“Err kita memang sopan-santun sejak kebelakangan ni”
“Puih! Berkahak hijo aku dengo
“Ala makcik ni. Relaks la. Ary kawin dua je pun. Set la Ary. Baru hero
Hero kepala hotak kamu! Kamu ni Ary nafsu kuda macam ustaz-ustaz PAS gamaknya ye”
“Tapi kan makcik, Islam tak melarang umatnya kahwin dua”
“Dasar jantan! Kamu jangan ikut perangai si Ary ni Im”
“Err…OK makcik”
“Kamu jangan OK makcik je. Aku kerat anu kamu tu nanti”
“Gulp! Hee mana ada nak kawin dua tiga ni. Ary je yang mampu. Kan Ary?”
“Seronok la kamu Ary dapat pant*t gilir-gilir hari-hari. Tambah lagi 2 cukupkan 4. Ikut Sunnah”
“Perghhh! Pedas gua cakap lu! Cool Ary cool. Lelaki sejati tak goyang kena hentam”
“Makcik jealous la tu tak dapat tukar tut hari-hari hahaha”
“Err gua cabut dulu Ary sebelum makcik meletup. Pandai-pandailah lu jawab”
“Kamu jangan makan hari ni. Makan pant*t bini baru kamu tu sampai kenyang”
Gua memang sebelah makcik sebab gua tak nak lapar. Kesian lu kena sembur baik punya hari ni”
“Kamu tunggu apa lagi Im? Pergi makan. Orang gila pant*t tu dah kenyang”
Engko tunggu la nasib ko Im. Celaka! Jadi tukang kipas makcik. Habis aku kena hambur”

_ _ _

Berita masih belum sensasi. Kalau Kak Ain dapat tahu tentu meletop Telegram. Selamat beristeri dua, Ary! 

Tuesday, June 02, 2015

Who is she?

Hampir seminggu di Paris melunaskan hal-hal kerja yang masih compang-camping di sana-sini. Selesai buat follow up semalam dan harap semuanya baik-baik saja. Menolak pelawaan Min untuk makan malam bersama. Menolak pelawaan Zaza untuk keluar lunch. Menerima ajakkan Dr.Irine untuk keluar minum petang. Keluar minum petang dengan Dr.Irine tanpa sebarang niat. Berborak hal dunia perubatan yang agak bosan.

Malang tak berbau, ketika keluar dengan Dr.Irine terserempak dengan Hana. Hana menarik muka masam dan hingga sekarang masih merajuk. Tak pula bercadang untuk memujuk memandangkan tiada ikatan rasmi dengan Hana. Jadi biarkan saja dia merajuk. Bila reda nanti tentu dia okey. Kalau dia tak okey pun tak boleh buat apa. Ini kali ketiga terserempak dengan Hana; pertama ketika keluar dengan Min, kedua ketika keluar dengan Zaza. Zaza dan Min sibuk bertanya “Who is she?”.

Bila balik rumah, ada hadiah. Makcik Siti kata Hana yang hantar. Tiga buah buku di balut penuh sempurna (rasa tak nak buka balutan pun  ada). Dapat 3 buah buah – Aku Ini Binatang Jalang (Chairil Anwar), Aku Ingin Jadi Peluru (Wiji Thukul) dan The Fault in Our Stars (John Green). Entah dari mana Hana tahu dua pemuisi ini adalah penyair kegemaran sejak dulu lagi. Dua naskah puisi masing-masing berwajah baru dan lebih segar.

Makcik Siti suruh pujuk Hana. Tak tahu Hana sudah balik ke London atau masih berada di Paris. Kalaupun masih berada di Paris, tak tahu tempat dia menginap. Makcik Siti suruh beli bunga. Beli bunga untuk apa? Bukan nak pujuk kekasih pun. Beli bunga cepat layu. Bila layu tak cantik dan tak boleh di buat hiasan. Tak faham sebab-musabab lelaki suba beri bunga pada perempuan. Kalau beri coklat boleh juga makan, kenyang juga perut.

Berbalik kepada soalan “Who is she?”, kita ini sebenarnya apa Hana?