Saturday, June 27, 2015

Emel untuk Lin

Lin, dalam dunia ini bukan semua orang mendapat peluang kedua. If you’re lucky enough to get a second chance, do not waste it. Selepas hampir 6 bulan berendam air mata, melayan emosi yang berubah-ubah setiap minit, akhirnya Tuhan berikan peluang kedua untuk tebus kesilapan lepas. Tentu Zain lelaki yang sangat istimewa dan baik. Tak semua lelaki boleh terima perempuan yang pernah curang. Zain salah satunya lelaki yang baik itu.

Beruntunglah. Seisi alam menyaksikannya. Tentu tak akan ada lagi lagu sedih, filem sedih, dan hari-hari yang di penuhi kesuraman dan air mata mengenang kisah lepas. Belajarlah untuk setia. Belajarlah untuk menghargai. Belajarlah dari kesilapan lepas. Lin, orang kata “Sometimes, second chance work out even better then the first because you learn from your mistakes”

Jadi mitos lelaki jahat yang selalu di canang-canang oleh perempuan masih boleh di sangkal. Tak semua lelaki curang (sebab perempuan pun curang juga). Tak semua lelaki jahat dan ada perempuan lain di belakang. Bukan semua lelaki boleh terima perempuan yang pernah patahkan hatinya (terutamanya berlaku curang!). Kalau tak ada badai masakan kita tahu kekuatan cinta kita, kan?. Berterima kasihlah pada badai yang melanda. 

Terima kasih untuk perkenalan dan berkongsi pengalaman. Selamat menutup kisah lama dan buka buku baru. Paling penting, selamat menempuh hari-hari yang kembali indah setelah hadirnya orang yang paling penting dalam hidup Lin. Semoga awan mendung akan berarak dan memberi laluan kepada matahari untuk menyinari alam. Pepatah kata “True love has a habit of coming back”. 


Ramadhan Kareem.



IA