Monday, June 22, 2015

12:53

Demam sudah beransur baik. Urusan juga telah selesai. Bawa anak-anak bersiar-siar sekitar Hanoi sebelum ke Norway. Penerbangan petang nanti. Akan habiskan sekitar 3 hingga 5 hari di sana sebelum balik ke Malaysia. Kak Anis jemput berbuka puasa di Milan. Rasanya tak pergi. Belum sedia untuk berjumpa Kak Anis.

Harap-harap badan sihat sepenuhnya bila tiba di Norway nanti. Kepala sudah kurang serabut (mungkin kerana berjaya alihkan perhatian ke kerja). Cuma badan yang masih belum kuat. Di Norway nanti bercadang ke melawat banyak tempat. Kalau badan kurang sihat, tak seronok pula pergi berkerja (sambil bercuti).

Akan ke Norway sekali lagi nanti bila tiba musim tak ada sunrise. Sepanjang hari gelap sepeti waktu malam. Sebenarnya tak sabar nak tengok reaksi anak-anak bila lihat peralihan waktu. Tentu mereka susah hati matahari tak terbit. Mujurlah ada anak-anak kalau tak, tentu semangat patah tak mahu tumbuh lagi.