Saturday, June 06, 2015

Hari yang teruk

Jumpa dengan Sara di London. Dia memang sengaja ambil tiket mendarat di sini walhal sudah tahu sepatutnya berurusan di Paris. Dengan muncung panjang sejengkal dan muka masam di awal pagi memang betul-betul membunuh mood. Tinggalkan Sara begitu sahaja tanpa meneruskan urusan. Lantaklah!

Tunggu Hana habis meeting. Katanya habis jam 12. Tak jauh dari situ ada seorang lelaki sedang berdiri (menunggu seseorang?) di ruang legar. Bila Hana kelua dari bilik meeting, lelaki tersebut meluru ke arah Hana. Kaki berhenti melangkah. Kaku di tempat menunggu. Melihat dari jauh sebelum melangkah ke arah Hana. Tanpa sepatah kata, penumbuk hinggap di muka lelaki tadi.

Pukul lelaki tersebut setengah mati tanpa sebab. Entah kenapa. Mungkin kerana marah dengan Sara, lelaki ini yang kena atau mungkin kerana igauan silam – tempat parkir kereta dan Ainullah. Tak sepatutnya pukul lelaki itu – tahu. Tapi entah…tiba-tiba tak dapat kawal diri. Marah sedang meluap-luap. Tak boleh di kawal (kerana terlalu lama pendam atau mungkin berdendam?).
_ _ _

Seorang perempuan berlaku curang dan di tinggalkan. Hidupnya tidak terurus. Dia sungguh sesal dan berdoa agar bekas teman lelakinya berpatah balik dan menyambung perhubungan mereka. Malangnya impian tidak akan menjadi nyata.

Seorang perempuan telah di curangi. Teman lelakinya menjumpai perempuan baru dan menurutnya “I can’t get over her. I’m sorry baby. We shouldn’t meet at first”. Perempuan ini sangat sedih tapi dia gembira kerana pernah mengenali lelaki ini dan lelaki ini pernah hadir dalam hidupnya.

Cerita tentang kecurangan akan ada di mana-mana. Manusia melakukan kesilapan dan biasanya kesilapan banyak mengubah hidup kita. Tapi bukan semua kesilapan boleh di maafkan dan di lupakan begitu saja. Ada kesilapan yang sukar di maafkan apa lagi di lupakan. Dan harus ingin bumi berputar setiap hari. Akan ada suatu masa, yang curang akan rasa perasaan di curangi.
_ _ _


Serabut.