Mimpi malam tadi sangat aneh.
Mimpi beristeri dua dan salah seorang daripadanya sedang mengandung. Mungkinkah
tanda-tanda awal akan beristeri dua? Bangun pagi dengan senyuman meleret serta
mood yang baik. Buatkan sarapan untuk anak-anak dan bawa mereka ke kedai buku.
Mereka beli senaskah dua buku untuk di buat teman sepanjang perjalanan nanti.
Lagi dua minggu akan ke Norway melihat midnight sun.
Sara, perempuan yang memeningkan
kepala akan sampai esok. Tan Sri Ayob bukan tak ada PA lain yang boleh handle
urus niaga dia tapi perempuan yang satu inilah juga yang dia suka sangat hantar
untuk berurusan. Kalau tak kena cara mahu bertengkar lagi esok hari. Sungguh stres
melayan perempuan perasan hot (tapi tak laku pun). Nanti kalau gaduh tercakap
benda bukan-bukan mesti lagi susah. Sara, Sara tolonglah jangan potong mood
esok.
_ _ _
Hana sudah balik ke UK. Makcik
Siti membebel sebab belum pujuk Hana. Tak rasa pun dalam mood pujuk-memujuk.
Hari ini hari terakhir jumpa Zaza. Zaza akan bergerak ke California untuk
urusan kerja dan rasanya selepas itu mungkin tak bertemu lagi dengannya. Zaza
pelawa untuk minum petang di tebing sungai. Ini memang kegemaran dia sejak dulu
lagi. Zaza tak bertanya tentang Hana (mujurlah!) cuma sesekali bertanya tentang
I (yang agak lama tidak berhubung) sambil mengenang cerita lama ketika di US
dulu. Bulan Julai Zaza akan di tukarkan ke New York.
Min sangat stres dengan kerja dia.
Kemarin dia menangis teresak-esak. Katanya mahu berhenti tapi kontrak tamat
tahun depan. Rasanya Min tak sesuai kerja di lapangan (sebab dia agak manja).
Min lebih sesuai bekerja di pejabat dan membuat kerja rutin. Tentu dia tak akan
merungut. Min berlainan dari Zaza. Zaza tak suka bekerja di pejabat dan
melakukan tugas rutin. Dia suka kerja di lapangan. Lebih mencabar katanya. Berharap
Min dapat bersabar hingga tamat kontrak. Min, ada seorang HO rasa dua tahun
masa yang panjang dan mencabar untuk di habiskan tapi dengan usaha, kesabaran
dan ketekunan dia berjaya juga habiskan.
_ _ _
Umar: Pet daddy mana? Adik tak
nampak dia pun. Adik cari dia.
Daddy: Eh dah berbaik ke? Cuba
tanya Adam kot dia ada nampak.
Umar: Adik tak berbaik tengan pet
daddy.
Daddy: Habis Umar cari dia tu
bukan tanda dah okey ke?
Umar: Kitaorang love-hate lelationship
daddy.
Daddy: Haih kecik-kecik dah
pandai love-hate bagai.
Umar: Pengaluh TV.
Daddy: Pandai je jawab kan.