Dato’ Shukor hantar pembantu
untuk uruskan deal. Punyalah seksi pembantu dia. Rasa malu pun ada bila
berjalan beriringan. Rasa nak beritahu pada semua orang “Bukan, bukan girlfriend
saya. Kalau girlfriend saya tentu dia ayu macam wanita Melayu terakhir”. Mana
punya minah salleh celop yang Dato’ Shukor ambil buat pembantu. Taklah rasa
terangsang pun. Rasa terganggu kerana seolah-olah seperti diperhatikan. Lelaki
tentu akan perhati sebab dia seksi. Dan, tak bangga pun berjalan sebelah
perempuan seksi. Meluat adalah.
_ _ _
Esok akan ke Vietnam. Bertemu
Hannan di sana untuk urusan perniagaan. Hannan tak banyak kerenah dan senang di
bawa berunding. KL girl-lah katakan. Jumpa ramai perempuan sejak akhir-akhir
ini. Tak tahulah kenapa semua CEO suka hantar perempuan untuk buat deal. Senang
berurusan? Mungkin ada udang di sebalik batu. Hannan bekerja di bawah syarikat
milik Dato’ Azmi. Pertama kali handle urusan luar negeri nampak sedikit caca-merba.
Selesai urusan di Vietnam akan
terbang ke Norway. Jumpa Liya di sana. Liya jenis buku teks. Ini yang susah. Kalau nak ikut buku teks kena kerja
dengan government. Kalau dalam bisnes nak ikut buku teks memang susahlah. Masa
cuba di tepati sebaik mungkin. Urusan cuba di selesaikan secepat mungkin.
Sebaik mungkin juga untuk dapat kata putus yang beri keuntungan kepada
kedua-dua belah pihak.
_ _ _