Thursday, May 28, 2015

Street Fighting

Nampak kereta berwarna merah di parkir. Entah kenapa tiba-tiba teringat A menunggu awak di parkir kereta setahun yang lepas. Ia sebuah ingatan yang merimaskan juga meresahkan dan terbawa-bawa. Hilang fokus. Hilang mood. Belum habis angkat barang di Pusat Komuniti terus balik rumah. Memerap diri di dalam bilik.

Bangun selepas Zuhur. Sambung angkat barang. ‘Gangguan’ masih ada. Sekali lagi mood hilang. Tetap juga angkat barang hingga jam 5 petang. Kemudian pergi jogging. Seharian suntuk stres. Entah kenapa ingatan tersebut perlu menjelma dan seharusnya ia tak lagi menganggu. Kalau hilang ingatan tak perlu ingat apa-apa yang menyakitkan hati.

Malam keluar lagi. Jam 10 ada street fighting. Ambil glove dan bergerak ke gelanggang. Baru tiga kali berlatih tapi rasa hendak berlawan. Menang setelah 4 pusingan. Balik rumah jam 3 pagi dengan muka lebam dan bibir pecah. Kena marah dengan Makcik Siti. Hampir setengah jam kena bebel. Lepas mandi, buat kerja. Terlelap di meja sampai Subuh. 

_ _ _

“Tuam dengan ais. Bengkak muka kamu tu”
“Sakit la makcik . Kejab lagi la tuam”
“Padan muka kamu! Pergi mandi. Makcik panaskan lauk”
“Tak lapar. Nak mandi rehat je”
“Menang tak kamu main tadi?”
“Menang. Kenapa? Makcik nak makan besar ke?”
“Kepala otak kamu!”
“Kesian pulak orang tu kena teruk. Mata dia habis”
“Kamu okey dah ke?”
“Kalau dapat balun si A tu kan bagus. Nak jugak pergi cari mamat tu”
“Tepuk sebelah tangan tak berbunyi. Kamu pukul dia silap haribulan kamu ke dalam”
“Hmm…Makcik tak payah panaskan lauk. Nanti Im buat sendiri”
“Aku tak faham jantan-jantan sekarang ni bla bla bla”
“Cinta makcik cinta. Makcik apa tau”
“Pant*t kamu”

Wednesday, May 27, 2015

OK

“Abang baca ke tak e-mel Hana hantar tu?”
“Baru baca. Amsterdam? Tiba-tiba je?”
“I cannot tell you how thankful I am for our little infinity”
“Quote siapa tu?”
“John Green The Fault In Our Stars”
“Ooo. Cover novel cantik”
“Yep! Jatuh cinta dengan novel tu”
“Sebab tu nak pergi sana?”
“Yep!”
“Gila!”
“Bila nak datang sini?”
“Dalam masa terdekat”
“Jangan lupa cari Hana tau”
“Thesis OK?”
“Susah”
“Usaha tangga kejayaan”
“Stay dengan Hana sampai Hana habis belajar okey?”
“Lepas tu? Boleh campak masuk tong sampah?”
“Tak. Campak masuk parit”
“Yeah…right”
“Abang OK?”
“Yeah. OK?”
“OK”
“OK”
“I love you abang to the moon and back”

Tuesday, May 26, 2015

Ibu

Hai awak.

Abang teringatkan ibu. Abang harap ibu dan ayah sihat. Tentu ibu sedih awak nak pindah ke Sabah. Sabah agak jauh untuk seorang ibu bila terpaksa berjauhan dengan seorang anak. Kalau ada kecemasan tentu ambil masa untuk balik ke rumah. Abang harap awak dapat bekerja di tempat yang berhampiran airport supaya mudah untuk awak balik bila ada ibu ayah sakit. Abang tak minta ibu ayah sakit tapi bila sudah tua faham-faham sajalah.

Abang rasa selain awak cuma ada Kakak untuk jaga ibu. Tapi dia agak jauh dan tetap ambil masa juga untuk balik bila ada kecemasan. Kalau ibu ayah sudah pindah ke Melaka seperti yang di rancangkan, tak ada masalah untuk Kakak. Abang tak fikir Angah, Ateh dan Fuad boleh tengok-tengokkan ibu ayah. Yalah, mereka sangat sibuk dengan hal masing-masing yang tak pernah selesai dan abang selalu rasa mereka kurang ambil berat tentang ibu ayah.

Abang orang luar. Abang tak boleh masuk campur hal urusan awak. Abang cuma harap segala-galanya dipermudahkan untuk awak. Selamat menjalani hidup baru di tempat orang. Selamat menimba dan mendapat ilmu dan pengalaman baru. Syukurlah awak dapat melalui tempoh HO yang sukar dengan pelbagai masalah dan ragam juga ketika bergelut dengan perpisahan kita. Semuanya sudah tentu ada hikmahnya. Perjalanan abang sudah terhenti di situ. Kini masa untuk awak teruskan perjalanan seorang diri. Tentu akan ada orang lain yang akan menemani perjalanan awak yang akan datang.

Rindu.

Monday, May 25, 2015

Nota: Hampir Setahun

Cepatnya masa berlalu. Bulan depan cukuplah setahun kita berpisah. Hubungan kita mula retak sejak bulan Jun, sejak muncul A (teringat tentang A terus tak ada mood). Setahun sudah berlalu. Awak sudah pun habis HO. Saya sudah pun mampu berjalan dan sihat seperti orang lain. Ia satu keajaiban. Saya hilang awak tapi saya dapat semula kesihatan.

Kalau di buat perbandingan, kehadiran awak dalam hidup saya tak ada tolak bandingnya. Sungguhpun saya sakit, selalu tak sihat tapi saya selalu rasa gembira sebab awak ada. Itu hakikat yang tak mampu saya nafikan. Sekarang saya sihat tapi saya tak begitu gembira atau dalam kata lain, kegembiraan sebenar belum ada. Hidup saya agak sunyi dan muram. Agaknya saya rindukan gurau senda awak yang selalu buat saya tersenyum.

Setahun sudah berlalu dan kita sudah pun mempunyai hidup masing-masing. Masa berlalu dengan cepat sekali. Tak banyak perkara yang berubah dalam hidup saya. Awak tahu, kalau saya tak sembuh pun saya rasa tak apa. Kalau saya terpaksa harungi sakit setiap malam pun saya rela sebab di antara waktu-waktu itu saya ada awak. Saya ada tempat untuk bergantung. Well…love through thick and thin. Sekarang tak ada…

Awak tahu, saya susah nak lari dari rasa cinta pada awak. Tak, saya tak menaruh sebarang harapan. Saya tahu tak ada lagi harapan. Saya tak boleh buang awak dari diri saya. Saya tak boleh jauhkan ingatan saya dari mengingat awak. Lewat bulan ini ingatan saya pada awak semakin kuat, semakin sukar di tahan. Beberapa bulan yang lepas saya hampir berjaya loloskan diri dari terus hidup dalam bayangan awak, dari terus merindu awak, dari terus mengingat awak.

Entah kenapa ia datang semula. Mungkin sebab awak yang merindu, mengingat saya? Jadi rindu dan ingatan awak sampai pada saya? Itu teori yang paling bodoh yang boleh saya berikan. Saya tahu awak rindu saya. Saya tahu awak ingat saya setiap waktu. Saya juga tahu awak tak mampu jauhkan diri awak dari saya. Saya tahu awak tak begitu jauh dari saya. Saya tahu awak dan saya sama saja. Entah kenapa kita harus melalui jalan ini.

Awak tahu, sejak awak tak ada saya rasa tak seronok. Bila saya susah hati, saya tak tahu nak cakap pada siapa. Waktu awak ada dulu pun kalau saya susah hati saya tak cakap apa-apa tapi sekurang-kurangnya saya ada sebab untuk menjadi kuat. Saya tak ada kawan nak bergosip. Rasa bosan tak ada kawan bersembang, mengusik. Hidup awak okey sejak saya tak ada? Tak? Hidup kita berdua tak okey cuma kita yang buat-buat okey.

Can I have a hug, please?