Hai awak.
Abang teringatkan ibu. Abang
harap ibu dan ayah sihat. Tentu ibu sedih awak nak pindah ke Sabah. Sabah agak
jauh untuk seorang ibu bila terpaksa berjauhan dengan seorang anak. Kalau ada
kecemasan tentu ambil masa untuk balik ke rumah. Abang harap awak dapat bekerja
di tempat yang berhampiran airport supaya mudah untuk awak balik bila ada ibu
ayah sakit. Abang tak minta ibu ayah sakit tapi bila sudah tua faham-faham
sajalah.
Abang rasa selain awak cuma ada
Kakak untuk jaga ibu. Tapi dia agak jauh dan tetap ambil masa juga untuk balik
bila ada kecemasan. Kalau ibu ayah sudah pindah ke Melaka seperti yang di
rancangkan, tak ada masalah untuk Kakak. Abang tak fikir Angah, Ateh dan Fuad
boleh tengok-tengokkan ibu ayah. Yalah, mereka sangat sibuk dengan hal
masing-masing yang tak pernah selesai dan abang selalu rasa mereka kurang ambil
berat tentang ibu ayah.
Abang orang luar. Abang tak boleh
masuk campur hal urusan awak. Abang cuma harap segala-galanya dipermudahkan
untuk awak. Selamat menjalani hidup baru di tempat orang. Selamat menimba dan
mendapat ilmu dan pengalaman baru. Syukurlah awak dapat melalui tempoh HO yang
sukar dengan pelbagai masalah dan ragam juga ketika bergelut dengan perpisahan
kita. Semuanya sudah tentu ada hikmahnya. Perjalanan abang sudah terhenti di
situ. Kini masa untuk awak teruskan perjalanan seorang diri. Tentu akan ada
orang lain yang akan menemani perjalanan awak yang akan datang.