Wednesday, May 27, 2015

Street Fighting

Nampak kereta berwarna merah di parkir. Entah kenapa tiba-tiba teringat Ainullah menunggu awak di parkir kereta setahun yang lepas. Ia sebuah ingatan yang merimaskan juga meresahkan dan terbawa-bawa. Hilang fokus. Hilang mood. Belum habis angkat barang di Pusat Komuniti terus balik rumah. Memerap diri di dalam bilik.

Bangun selepas Zuhur. Sambung angkat barang. ‘Gangguan’ masih ada. Sekali lagi mood hilang. Tetap juga angkat barang hingga jam 5 petang. Kemudian pergi jogging. Seharian suntuk stres. Entah kenapa ingatan tersebut perlu menjelma dan seharusnya ia tak lagi menganggu. Kalau hilang ingatan tak perlu ingat apa-apa yang menyakitkan hati.

Malam keluar lagi. Jam 10 ada street fighting. Ambil glove dan bergerak ke gelanggang. Baru tiga kali berlatih tapi rasa hendak berlawan. Menang setelah 4 pusingan. Balik rumah jam 3 pagi dengan muka lebam dan bibir pecah. Kena marah dengan Makcik Siti. Hampir setengah jam kena bebel. Lepas mandi, buat kerja. Terlelap di meja sampai Subuh. 

_ _ _

“Tuam dengan ais. Bengkak muka kamu tu”
“Sakit la makcik . Kejab lagi la tuam”
“Padan muka kamu! Pergi mandi. Makcik panaskan lauk”
“Tak lapar. Nak mandi rehat je”
“Menang tak kamu main tadi?”
“Menang. Kenapa? Makcik nak makan besar ke?”
“Kepala otak kamu!”
“Kesian pulak orang tu kena teruk. Mata dia habis”
“Kamu okey dah ke?”
“Kalau dapat balun si Ainullah tu kan bagus. Nak jugak pergi cari mamat tu”
“Tepuk sebelah tangan tak berbunyi. Kamu pukul dia silap haribulan kamu ke dalam”
“Hmm…Makcik tak payah panaskan lauk. Nanti Im buat sendiri”
“Aku tak faham jantan-jantan sekarang ni bla bla bla”
“Cinta makcik cinta. Makcik apa tau”
“Pant*t kamu”