Wednesday, August 09, 2017

Haffez

Abang masih dalam perjalanan dari Toronto ke Vancouver. Perjalanan sejauh 4466 kilometer ini mengambil masa selama 5 hari. Kata orang ini adalah pengembaraan (wajib) sekali seumur hidup. Hari ini merupakan hari ketiga abang berada di dalam train. Mengikut jadual, hari ini perjalanan bermula dari Winnipeg ke Saskatoon. Perjalanan berjalan lancar. Pemandangan sepanjang laluan amat mengagumkan. Semalam dan kemarin, laluan train di penuhi kawasan perindustrian dan blok-blok bangunan. Esok adalah hari yang di tunggu-tunggu oleh semua penumpang kerana train akan bergerak ke Jasper National Park, Alberta salah satu taman negara tercantik di Kanada.

Selesai sarapan jam 8.10 pagi, abang bergerak ke kabin. Anak-anak duduk di tepi tingkap bersama kamera - merakam sebanyak mungkin gambar sebagai kenangan sepanjang perjalanan. Abang duduk tanpa berbuat apa-apa. Hanya membuang pandangan ke luar; menikmati alam ciptaan Tuhan sambil memandang anak-anak berbual, berbisik, dan ketawa kegirangan. Abang cuba merapatkan tangan seerat mungkin, melafazkan syukur atas setiap nikmat yang Tuhan berikan - harta, anak-anak, kesihatan, kelapangan, keluarga dan Hara. Abang bersyukur atas setiap detik indah, hidup abang penuh warna dan bercahaya.

Setiap hari abang belajar menikmati alam ini serta penghuni di dalamnya. Abang mahu lebih mensyukuri nikmat yang Tuhan kurniakan buat abang. Abang mahu menghirup udara bersih di pagi hari kerana abang tahu sukarnya bernafas bila bergantung pada alat pernafasan. Abang mahu menikmati basahnya rintik hujan, merasai dinginnya kabus di subuh hari, melihat matahari terbit setiap pagi, mendengar kicauan burung di waktu senja dan tentu sekali melihat bulan bintang di waktu malam. Hal-hal ini adalah hal yang kecil tapi besar maknanya buat abang. Bila kita lebih bersyukur, Tuhan kurniakan kita lebih kesenangan. 

Bersyukurlah pada Tuhan kerana Hara masih di beri peluang untuk merasai hidup di atas dunia ini. Terima kasih kerana berkongsi berita dengan abang bahawa bekas tunang Hara, Haffez telah mendirikan baitul muslim tanggal 29 Julai lepas. Abang pasti sedikit-sebanyak Hara berasa sedih kerana dia meninggalkan Hara untuk bina sebuah kehidupan baru bersama orang lain. Ketahuilah sayang, bahawa setiap manusia pasti akan berasa sedih di tinggalkan orang tersayang. Setiap manusia di kurniakan hati dan perasaan. Pastilah kita merasa sedih atas kebahagiaan yang lenyap begitu sahaja. Janganlah Hara malu menzahirkan kesedihan kerana ia adalah lumrah kehidupan. 

Hara ada abang. Abang berjanji akan bahagiakan Hara dengan segala kudrat yang abang miliki seperti kata Lucas W. “I promise you, I will take you to a place you feel safe. I will make this world feel like a home. I will never allow the world to steal you away from you. I promise you, I will do what it takes to keep your smile happy, heart safe, and your soul loved”. Abang mahu berkongsi hidup dengan Hara, membina dunia kecil kita serba sederhana. Abang mahu meneroka alam ini dan seluruh isi dunia bersama Hara. Abang bercita-cita ingin mendaki Gunung Everest bersama Hara. Kalau kita tak sampai ke kemuncak, menjejak kaki di base camp sudah cukup buat abang. 

Abang selalu ada untuk Hara. Abang mahu menikmati setiap detik bersama Hara. Kita raikan hidup dengan senyuman, gelak ketawa dan perbincangan-perbincangan sederhana berat. Abang mahu Hara tahu yang abang berasa beruntung mengenali Hara. Abang bersyukur Hara hadir dalam hidup abang. Abang gembira bersama Hara. Abang jatuh cinta bukan kerana rupa paras Hara tapi kerana santun budi yang Hara miliki. Hara memiliki segala-galanya. Di mata abang, Hara begitu sempurna seperti kata F. Scott Fitzgerald “You are the finest, loveliest, tenderest, and most beautiful person I have ever known - and even that is an understatement”. 




11.30 pagi, 9 Ogos 2017
Winnipeg, Manitoba

Tuesday, August 08, 2017

Amour sans fin




Hara, my darling,

I want to spend the rest of my life exploring love with you. 





August 8, 2017, 9.40 am
Greater Sudbury, Ontario

Monday, August 07, 2017

Rahsia hati

Suatu masa dulu, seseorang yang penting dalam hidup abang pernah berkata bahawa dia mencintai abang sepenuh hati seperti bulan penuh di dada langit. Bulan lepas, dia mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki yang tiba-tiba muncul tanpa tahu asal usul. Abang teringat kata-kata William Shakespeare, “Do not swear by the moon, for she changes constantly. Then your love would also change”. Mungkin kerana pengalaman ini, abang kira kata-kata Shakespeare  ada benarnya. 

Pada 6 Ogos 2017, menurut Hara, bulan melimpahkan seluruh cahayanya membasahi segenap kota raya Kuala Lumpur. Abang kira, setiap insan yang berkasih tenggelam dalam keindahan bulan. Ramai yang memujanya bila di lambung gelora asmara. Seperti mereka, abang juga pernah jatuh cinta rembulan. Setiap malam, tak kiralah di mana sahaja abang berada, abang tak pernah jemu memandangnya. “The moon is a loyal companion”, begitulah sifat bulan menurut Tahereh Mafi. 

Bulan selalu membawa kita menyelak halaman rindu penuh makna. Bulan menyimpan begitu banyak cerita cinta. Bulanlah yang menjadi saksi bahangnya api asmara insan yang sedang berkasih. Bulan juga menjadi saksi perpisahan antara dua hati yang di lambung badai cinta berpisah buat selama-lamanya. Bulan begitu banyak mendengar kita merintah. Bulan turut mendengar tangisan kita merindui seseorang setiap malam. Bulan begitu banyak menyimpan memori duka penuh lara. 

Abang selalu percaya bulan sering membawa kita menjelajah masa lepas. Bulan sering membuat kita ingin meneroka sudut paling rahsia dalam hati kita. Setiap antara kita mempunyai banyak rahsia, rahsia hati yang di pendam begitu lama, rahsia yang tak mahu di kongsi bersama sesiapa. Mungkin saja dengan memandang bulan kita benar-benar berlaku jujur pada diri kita sendiri. Mungkin saja dengan memandang bulan kita tahu hidup kita masih punya harapan di masa hadapan.





Toronto’s Union Station, Canada
10.30 malam, 7 Ogos 2017

Saturday, August 05, 2017

Jampi

_ @Kino. Abang nak buku apa?
+ Nak tidur ni yang. Sini subuh pun belum
_ Lupa! Sorry bang
+ Tu lah dik banyak sangat rindu abang kahkahkah
_ Salah abang jampi kita
+ Takde sape jampi awak
_ E tiru ayat kita! Jahat!