Suatu masa dulu, seseorang yang penting dalam hidup abang pernah berkata bahawa dia mencintai abang sepenuh hati seperti bulan penuh di dada langit. Bulan lepas, dia mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki yang tiba-tiba muncul tanpa tahu asal usul. Abang teringat kata-kata William Shakespeare, “Do not swear by the moon, for she changes constantly. Then your love would also change”. Mungkin kerana pengalaman ini, abang kira kata-kata Shakespeare ada benarnya.
Pada 6 Ogos 2017, menurut Hara, bulan melimpahkan seluruh cahayanya membasahi segenap kota raya Kuala Lumpur. Abang kira, setiap insan yang berkasih tenggelam dalam keindahan bulan. Ramai yang memujanya bila di lambung gelora asmara. Seperti mereka, abang juga pernah jatuh cinta rembulan. Setiap malam, tak kiralah di mana sahaja abang berada, abang tak pernah jemu memandangnya. “The moon is a loyal companion”, begitulah sifat bulan menurut Tahereh Mafi.
Bulan selalu membawa kita menyelak halaman rindu penuh makna. Bulan menyimpan begitu banyak cerita cinta. Bulanlah yang menjadi saksi bahangnya api asmara insan yang sedang berkasih. Bulan juga menjadi saksi perpisahan antara dua hati yang di lambung badai cinta berpisah buat selama-lamanya. Bulan begitu banyak mendengar kita merintah. Bulan turut mendengar tangisan kita merindui seseorang setiap malam. Bulan begitu banyak menyimpan memori duka penuh lara.
Abang selalu percaya bulan sering membawa kita menjelajah masa lepas. Bulan sering membuat kita ingin meneroka sudut paling rahsia dalam hati kita. Setiap antara kita mempunyai banyak rahsia, rahsia hati yang di pendam begitu lama, rahsia yang tak mahu di kongsi bersama sesiapa. Mungkin saja dengan memandang bulan kita benar-benar berlaku jujur pada diri kita sendiri. Mungkin saja dengan memandang bulan kita tahu hidup kita masih punya harapan di masa hadapan.
Toronto’s Union Station, Canada
10.30 malam, 7 Ogos 2017