Saturday, June 21, 2014

Pengemis Cinta

1.

Saya tak nak jadi pengemis cinta awak lagi. Cukuplah. Muka saya tebal kalah tembok. Saya tahu saya memang muka tak malu. Saya rasa malam tadi saya tak ubah macam sampah. Saya mungkin sudah jadi sampah di mata awak.

Sekuat mana pun saya cuba tahan air mata saya tetap mengalir juga. Saya sedih sebab saya rasa diri saya tak ubah macam pengemis. Saya sedih awak tak nak bercakap dengan saya.  

Kalaupun ada orang lain jangan buat saya  macam sampah, macam pengemis. Sampai hati awak... Saya tak marah. Saya cuma sedih.


2.

Saya tahu saya tentu susah untuk  lupakan awak tapi saya boleh cuba sehabis daya. Lama-lama nanti tentu saya dapat biasakan diri. Saya boleh biasakan diri dengan jadual kerja awak. Tentu saya boleh. Cuma saya perlukan masa.

Saya boleh sibukkan diri dengan kerja. Saya boleh sibukkan diri dengan perkara lain. Saya tahu saya boleh. Ini bukan pertama kali hati saya terguris. Saya tentu dapat biasakan diri. Saya tak nak lagi berharap. Saya pun ada maruah. Sekurang-kurangnya letaklah cinta kita di tempat yang lebih tinggi.

Saya sangat malu mengemis cinta awak untuk kali yang entah ke berapa. Awak tak nak selesaikan masalah. Awak cuma senyap dan biarkan saya. Kalau awak tak nak, bagitahu yang awak tak nak. Saya boleh terima walaupun pahit.


3.

Mungkin saya tak dapat tengok awak dapat MA. Saya nak awak tahu yang saya bangga dengan awak. Dan, saya bahagia selama dengan awak. Tak pernah pun saya menyesal. Cuma saya terkilan tak dapat ubah beberapa perkara.

Saya sakit. Saya tak nak masalah antara kita buat saya lebih tertekan dan bertambah sakit. Saya nak habiskan hujung usia dengan hari yang membahagiakan.

Hari-hari yang mendatang tak akan sama tanpa awak.


4.

PS: I love you.

7.05am


Umar: Tenapa daddy tedih?
Daddy: Daddy okey. Daddy ada masalah sikit.
Umar: Daddy ada masalah apa?
Daddy: Masalah yang daddy tak boleh bagitahu Umar.
Umar: Olang dewasa suka solok masalah dalipada kanak-kanak.
Daddy: Umar tak boleh tahu.
Umar: Masalah hati, daddy?
Daddy: Pandai betul Umar ni, kan?
Umar: Daddy tangan sedih.
Daddy: Tak. Daddy okey.
Umar: Adik tak faham tenapa olang dewasa telalu ada masalah hati.
Daddy: Sebab Umar kanak-kanak lagi. Mana Umar faham.
Umar: Adik tahu masalah hati takit.
Daddy: (senyum) Nanti bila Umar besar, Umar mesti tahu.
Umar: Adik tak nak besar. Nanti hati adik takit.



Taj Mahal, Agra, India
7.05 pagi

Rindu

1.

Masih lagi duduk di hadapan Taj Mahal sejak malam tadi. Masih belum jamah apa-apa makanan. Tak dapat tidur malam. Sakit kepala. Sakit dada. Sesak nafas. Matahari sudahpun terbit. Kawasan sekitar Taj Mahal sangat cantik.

Shah Jahan membina sebuah monumen yang sangat cantik buat Mumtaz. Monumen yang akan di kenang-kenang sepanjang zaman. Manusia tidak dapat mengira jumlah cintanya pada orang yang di kasihi. Nilai cinta suatu bentuk yang tak boleh di hitung. Terjemahan nilai cinta bagi setiap individu adalah berbeza.


2.

Saya sangat menyayangi awak. Tak kiralah berapa kali pun awak lukakan hati saya, saya tetap sayangkan awak. Saya tetap mencintai awak sampai bila-bila, sampai akhir nafas saya. Tak kiralah berapa kali awak sakitkan hati saya, saya tetap mencintai awak seadanya.

Saya tak akan letakkan diri saya terlampau rendah untuk cinta yang saya ingini. Saya tak boleh letakkan harga diri saya rendah untuk itu. Saya tak akan merendah-rendahkan diri semata-mata untuk cinta. Saya ada prinsip. Saya menyenangi orang yang meletakkan cinta saya di tempat yang seharusnya.


3.

The best thing in life is finding someone who knows all your flaws, mistakes and weaknesses, and still thinks you're completely amazing.

Friday, June 20, 2014

Dua Hari...

1.

Hari ini kita sembang panjang tentang banyak perkara. Saya rasa sangat bahagia. Awak minta saya balik awal dari Tanjung Lumpur. Selasa dan Rabu awak off. Saya balik awal tapi awak buat tak layan dengan saya. Kemudian awak keluar kerja tanpa beritahu saya. Sesuatu yang awak tak pernah buat sebelum ini.

Saya dapat rasa ada sesuatu yang berlaku. Dan saya betul. Bila orang yang kita sayang beritahu kita yang dia jatuh cinta dengan orang lain, hati kita akan jatuh berderai. Hati saya sangat remuk. Dari saat awak beritahu saya, tak setitik pun air mata saya tumpah.

Mata saya bergenang tapi saya tak akan menangis. Saya tak rasa perlu menangis. Saya tahan perasaan dari pagi hari. Saya keluar jumpa peguam. Saya remove nama awak dari senarai pemegang amanah dan hak jagaan anak. Saya rasa sebak sangat tapi saya tak benarkan air mata mengalir...

2.

Hari ini kita bahagia. Dua hari kemudian awak jatuh cinta dengan orang lain. Cuma dua hari... Dulu, saya ambil masa entah berapa lama. Tentu dia sangat istimewa. Saya tak cemburu cuma saya terkilan. Setiap hari awak beritahu cintakan saya, sayangkan saya dan awak boleh jatuh cinta dengan orang lain dalam masa cuma dua hari. Dan dia adalah pesakit awak.

Patutlah bila awak balik rumah, awak cuma diam. Awak tak panggil saya abang pun. Saya jadi orang paling asing dan awak cakap saya tak kenal awak, tak tahu hati awak? Awak cakap awak akan jaga hati untuk saya tapi...

Sekarang, awak tentu faham dan setuju bahawa love at first sight memang indah. Dulu awak tak percaya cinta pandang pertama. Awak tak jatuh cinta pandang pertama dengan saya. Tapi dengan dia... Tentu dia sangat menarik hati awak.

3.

Saya tak mahu jadi orang tengah antara awak dengan dia. Tak apalah. Saya terima walaupun pahit. Saya terima walaupun sakit. Saya terima walaupun hati saya hancur berderai. Saya nak awak bahagia. Saya tak cukup sempurna. Saya tak cukup istimewa. Dengan rela hati saya tarik diri. Pastikan dia akan menjaga awak dengan baik.

Saya teringin nak dengar suara awak tapi saya tahu awak bukan milik saya lagi. Lagipun, saya rasa saya tak mampu nak dengar suara awak. Saya sangat tak sangka lepas beberapa hari saya rasa amat indah dan bahagia – hari ini saya rasa sakit dan derita.

Saya tak pasti saya boleh lagi tinggal di sini atau tak. Mungkin saya akan pindah semula ke US. Saya tak ada apa-apa lagi dekat sini. Terima kasih untuk beberapa hari yang membahagiakan dalam hidup saya. Terima kasih untuk kasih, sayang dan perhatian yang awak berikan. Terima kasih sudi hadir dalam hidup saya.

4.

Saya hilang rusuk kiri saya, sahabat paling baik dengan saya, teman gaduh dan kekasih hati. Kalau dalam masa dua hari awak boleh cakap yang awak dan dia ada connection, apa lagi yang saya boleh harapkan.

Saya harap saya akan jadi lebih kuat untuk hari-hari mendatang. Hidup saya pasti sunyi. Hidup saya tak sama kalau awak tak ada.

Saya tumpang bahagia. Semoga yang baik-baik saja untuk awak berdua.



Taj Mahal, Agra, India