1.
Hari ini kita
sembang panjang tentang banyak perkara. Saya rasa sangat bahagia. Awak minta
saya balik awal dari Tanjung Lumpur. Selasa dan Rabu awak off. Saya balik awal
tapi awak buat tak layan dengan saya. Kemudian awak keluar kerja tanpa beritahu
saya. Sesuatu yang awak tak pernah buat sebelum ini.
Saya dapat rasa
ada sesuatu yang berlaku. Dan saya betul. Bila orang yang kita sayang beritahu
kita yang dia jatuh cinta dengan orang lain, hati kita akan jatuh berderai.
Hati saya sangat remuk. Dari saat awak beritahu saya, tak setitik pun air mata
saya tumpah.
Mata saya
bergenang tapi saya tak akan menangis. Saya tak rasa perlu menangis. Saya tahan
perasaan dari pagi hari. Saya keluar jumpa peguam. Saya remove nama awak dari
senarai pemegang amanah dan hak jagaan anak. Saya rasa sebak sangat tapi saya
tak benarkan air mata mengalir...
2.
Hari ini kita
bahagia. Dua hari kemudian awak jatuh cinta dengan orang lain. Cuma dua hari...
Dulu, saya ambil masa entah berapa lama. Tentu dia sangat istimewa. Saya tak
cemburu cuma saya terkilan. Setiap hari awak beritahu saya cintakan saya,
sayangkan saya dan awak boleh jatuh cinta dengan orang lain dalam masa cuma dua
hari. Dan dia adalah pesakit awak.
Patutlah bila
awak balik rumah, awak cuma diam. Awak tak panggil saya Abang pun. Saya jadi
orang paling asing dan awak cakap saya tak kenal awak, tak tahu hati awak? Awak cakap awak akan jaga hati untuk saya tapi...
Sekarang, awak
tentu faham dan setuju bahawa love at
first sight memang indah. Dulu awak tak percaya cinta pandang pertama. Awak
tak jatuh cinta pandang pertama dengan saya. Tapi dengan dia... Tentu dia
sangat menarik hati awak.
3.
Saya tak mahu
jadi orang tengah antara awak dengan dia. Tak apalah. Saya terima walaupun
pahit. Saya terima walaupun sakit. Saya terima walaupun hati saya hancur
berderai. Saya nak awak bahagia. Saya tak cukup sempurna. Saya tak cukup
istimewa. Dengan rela hati saya tarik diri. Pastikan dia akan menjaga awak
dengan baik.
Saya teringin
nak dengar suara awak tapi saya tahu awak bukan milik saya lagi. Lagipun, saya
rasa saya tak mampu nak dengar suara awak. Saya sangat tak sangka lepas
beberapa hari saya rasa amat indah dan bahagia – hari ini saya rasa sakit dan
derita.
Saya tak pasti
saya boleh lagi tinggal di sini atau tak. Mungkin saya akan pindah semula ke
US. Saya tak ada apa-apa lagi dekat sini. Terima kasih untuk beberapa hari yang
membahagiakan dalam hidup saya. Terima kasih untuk kasih, sayang dan perhatian
yang awak berikan. Terima kasih sudi hadir dalam hidup saya.
4.
Saya hilang
rusuk kiri saya, sahabat paling baik dengan saya, teman gaduh dan kekasih hati.
Kalau dalam masa dua hari awak boleh cakap yang awak dan dia ada connection, apa lagi yang saya boleh harapkan.
Saya harap saya
akan jadi lebih kuat untuk hari-hari mendatang. Hidup saya pasti sunyi. Hidup
saya tak sama kalau awak tak ada.
Saya tumpang
bahagia. Semoga yang baik-baik saja untuk awak berdua.
Taj Mahal, Agra,
India