1.
Saya tak nak
jadi pengemis cinta awak lagi.
Cukuplah. Muka saya tebal kalah tembok. Saya tahu saya memang muka tak malu.
Saya rasa malam tadi saya tak ubah macam sampah. Saya mungkin sudah jadi sampah
di mata awak.
Sekuat mana pun
saya cuba tahan air mata saya tetap mengalir juga. Saya sedih sebab saya rasa
diri saya tak ubah macam pengemis. Saya sedih awak tak nak bercakap dengan
saya.
Kalaupun ada
orang lain jangan buat saya macam
sampah, macam pengemis. Sampai hati awak... Saya tak marah. Saya cuma sedih.
2.
Saya tahu saya
tentu susah untuk lupakan awak tapi saya
boleh cuba sehabis daya. Lama-lama nanti tentu saya dapat biasakan diri. Saya
boleh biasakan diri dengan jadual kerja awak. Tentu saya boleh. Cuma saya
perlukan masa.
Saya boleh
sibukkan diri dengan kerja. Saya boleh sibukkan diri dengan perkara lain. Saya
tahu saya boleh. Ini bukan pertama kali hati saya terguris. Saya tentu dapat
biasakan diri. Saya tak nak lagi berharap. Saya pun ada maruah. Sekurang-kurangnya letaklah cinta kita di tempat yang lebih tinggi.
Saya sangat malu
mengemis cinta awak untuk kali yang entah ke berapa. Awak tak nak selesaikan
masalah. Awak cuma senyap dan biarkan saya. Kalau awak tak nak, bagitahu yang
awak tak nak. Saya boleh terima walaupun pahit.
3.
Mungkin saya tak
dapat tengok awak dapat MA. Saya nak awak tahu yang saya bangga dengan awak.
Dan, saya bahagia selama dengan awak. Tak pernah pun saya menyesal. Cuma saya
terkilan tak dapat ubah beberapa perkara.
Saya sakit. Saya
tak nak masalah antara kita buat saya lebih tertekan dan bertambah sakit. Saya
nak habiskan hujung usia dengan hari yang membahagiakan.
Hari-hari yang
mendatang tak akan sama tanpa awak.
4.