Saturday, April 25, 2015

4:11 am

Tiba-tiba hilang minat. Tak jadi nak menduga lautan dengan kail panjang sejengkal. Pagi tadi kenal dengan seorang perempuan. Melihat pakaiannya, dia bekerja dengan TUDM. Tak pula bertanya lanjut. Banyak perempaun dalam dunia ini. Terlalu banyak untuk di buat pilihan. 

Seronok juga jadi solo. Boleh kenal dengan ramai perempuan -  yang perasan bagus,yang cerewet, yang easy going, yang tak berapa cerdik, yang membosankan dan bermacam lagi. 

_ _ _

Hana kata, kalau dia sudah kahwin nanti, dia nak ada pembantu rumah untuk mengemas dan membasuh. Hana kata lagi, tak perlu buang masa untuk buat semua itu kalau orang lain boleh buatkan untuk kita. Katanya, kita tak perlu habiskan tenaga dan masa yang berharga begitu sahaja. 

“Bagus jugak kan. Nanti laki ko maid boleh tolong mandikan”

“Ehhhh…melampau. Mana boleh”

_ _ _

Kopi sudah tinggal separuh. Nyamuk semakin banyak. Udara semakin sejuk. Tapi langit masih cantik dengan bintang bertaburan. Dunia ini, harus ku akui sangat sunyi tanpa orang tersayang di sisi. Segala yang ada seperti tak berharga. Waktu abang sakit awak ada, selalu ada. Bila abang sihat, awak tak ada...

Abang rindu awak. Lama tak dengar suara awak. Lama tak tengok awak senyum. Lama tak dengar awak dengkur. Lama tak pujuk awak. Hidup rasa kosong. Ada banyak perempuan tapi tak ada yang macam awak. Sekurang-kurangnya tak ada yang comel tapi garang macam awak.