Wednesday, April 29, 2015

3:33 am

Baru keluar bilik sejak tiga hari berkurung menyiapkan kerja yang menimbun. Hujan masih lebat di luar. Musim yang luar biasa. Peralihan monsun kata pakar kaji cuaca. Menikmati teh tarik sambil berborak dengan Hana di Skype. Mungkin tak ada kerja, dia hantar gambar caf au lait, kopi kegemaranya di Perancis.

Esok perlu ke gym. Badan terasa penat dengan makan, tidur dan rehat yang tak menentu. Sudah tiga hari tidur tidak lebih dari dua jam. Berjanji dengan anak-anak untuk bawa mereka menikmati ais kacang bersama goreng pisang sebelum ke perpustakaan awam.

Tak ada buku yang menarik di PBAKL 2015. Lebih mudah membeli secara online. Orang juga ramai, parkir tentu sesak. Anak-anak pun tak buka mulut minta bawa mereka ke sana. Rasanya tahun ini tidak ke pesta buku walaupun Hana bersungguh-sungguh minta di belikan beberapa judul dari penerbit indie.
_ _ _

Hari Jumaat mula bawa lori kontena. Aiman minta gantikan tempatnya kerana dia ada hal yang perlu di uruskan. Tanpa berfikir panjang terus sahaja terima. Ajak anak-anak teman naik lori untuk hantar barang dari Penang ke Johor. Umar tentu akan siapkan beg besarnya dengan pelbagai jenis barang. Mungkin ini masa yang sesuai untuk habiskan masa bersama mereka setelah beberapa hari memerap di dalam bilik.

Sebenarnya hendak lari dari ajakan Makcik Siti. Makcik Siti beberapa kali mengajak untuk bertemu dengan sweetheart Malaysia. Terasa malas dan tak berkeinginan untuk berjumpa orang dalam seminggu dua ini. Bila jumpa saja Aiman dan dia minta tolong, terus sahaja berikan persetujuan walaupun Umar pada mulanya tak setuju. Dia takut adiknya Adam di ambil Aiman.
_ _ _

“Kenapa aku suka dia? Ada banyak sebab. Dia tu sombong gila. Berlagak pulak tu.  Dah tu jual mahal. Paling aku suka, dia  garang. Garang nak mampus. Tak, dia tak perasan ayu. Bila aku kenal dia baru aku tahu dia manja. Dalam garang rupanya takut guruh. Aku rasa dia sangat comel hahaha. She’s my sweetheart dude. She’s a kind of woman in a once a lifetime. Aku tak mungkin akan sayang perempuan lain macam aku sayang dia. Aku tak pernah rasa jauh dari dia. Entah. Aku selalu rasa dia dekat dengan aku” - Karl, ini jawapan paling tepat yang aku boleh bagi selepas 15 tahun masa berlalu. Dulu kau pernah tanya tapi aku tak ada jawapan.
_ _ _

Hi babe. I miss you. You’re my mine and only mine.