Bawa lori cuma satu setengah hari
tapi dapat banyak pengalaman. Mula-mula Umar membebel kemudian Umar suka pula.
Hujan lebat mencurah-curah. Tak boleh pandu laju dan hanya kekal di lorong
kiri. Berhenti rehat, makan, mandi dan tidur di R&R. Pengalaman baru.
Seperti biasa, Umar tak mahu mandi di R&R dan tidur di dalam lori. Dia mahu
tidur di hotel. Setelah di pujuk, akhirnya dia mengalah. Ini pengalaman sekali
seumur hidup – hidup sebagai pemandu lori.
Di tahan oleh JPJ tapi tidak di
kenakan apa-apa tindakan. Mujurlah tak kena ujian air kencing. Kalau tak malu
juga. JPJ tahan kemudian lepaskan tanpa banyak soal. “Kemas betul pakaian kamu.
Tak macam driver lori lain. Okey. Boleh jalan”. Syukur! Kalau kena ‘kacau’
dengan JPJ mahupun SPAD boleh tahan juga kerenah mereka. Mengikut kata Aiman,
biasanya tauke lori akan bekalkan “wang saku” sebelum lori mula bergerak lagi.
_ _ _
“Hai driver lori. Orang call
putus jari tau”
“Anak-anak ada la. Lagipun ingat
sini London ke? Coverage Skype tenat”
“Oooo…patut la Skype susah dapat. So anak-anak mana?”
“Dah tidur”
“Romantik je cakap pelan-pelan”
“Penerajang nak penerajang”
“Eeee takutnya. Takutnya. Sat nak
hantar gambar”
“Gambar apa?”
“Orang masak kek coklat”
“Mana gambar kek? Tak nampak pun”
“Hihihi main baling tepung dengan
housemate”
“Then hantar dekat aku buat apa?”
“Feeling nak main baling tepung dengan
abang hihihi”
“Hmm…ko ni macam-macam la”
“Drive safely abang. Ingat orang
tersayang selalu tau”
“Bye”
“Bye je?”
“Bye je yang ada”
“Cakap la bye yang ke, bye darling ke, bye love ke sedap telinga orang dengar”
“Bye”
“Bye!”
“Marah ke?”
“Tak. Best sangat dengar bye
abang tu”
“OK. Bye”
“Blewekkkk”