1.
Abang susah nak
taip sebab Marry Anne buat masalah. Esok pagi abang nak hantar Marry Anne pergi
kedai. Abang rasa tak ada apa yang rosak. Laptop lama, biasalah. Kalau abang
rajin esok abang guna Marry Jane.
Korea okey? Pemandang
Korea memang cantik.
2.
Abang sunyi
sayang tak ada. Bangun pagi pun tak seronok. Nak tidur lagilah tak seronok.
Peluk bantal tak sama dengan peluk sayang. Bantal peluk tak hangatkan abang. Rindu
memang pahit tapi membahagiakan.
Syukurlah dapat
tukar Hospital Kajang. Harap-harap tak ada masalah lagi lepas ini. Selamat
menjadi doktor yang lebih berjaya di hospital baru.
3.
Banyak perkara
boleh di kutip di Korea. Kutip ilmu dan pengalaman baru. Abang harap semua akan okey dan sayang bergembira di sana.
...mencintai kamu adalah bahagia dan sedih.Bahagia kerana mempunyai kamu di dalam kalbuku,dan sedih karena kita sering terpisah.(Rendra)