1.
Abang belum
hantar Marry Anne ke kedai untuk di baiki. Umar cakap hari Ahad & Isnin
kedai tutup. Lebih baik hantar hari Selasa. Kalau sempat abang hantarlah. Marry
Jane awal-awal okey kemudian dia pun macam buat hal. Abang malas nak layan dia.
Semalam abang
pergi KL Library. Abang bawa anak-anak tengok Photo Exhibition: Gazing at the
Contemporary World. Ada pameran lebih 76 keping foto dari tahun 1970an hingga
sekarang. Ada banyak jurufoto yang ambil bahagian. Abang tak kenal sangat. Antara yang abang ingat
Takashi Homma & Masato.
2.
Hari ini abang
bawa anak-anak pergi Dewan Cempakasari Putrajaya. Ada Putrajaya International
Cat Show. Umar paling teruja! Adam pun suka. Kakak biasa-biasa. Kakak suka
tengok foto zaman Jepun. Umar tak nampak enjoy sangat masa pergi photo
exhibition. Adam macam biasa, Adam tengok orang. Bila bosan dia duduk minum
susu.
Kemudian abang
habiskan masa siapkan kerja. Ada banyak juga lagi yang belum siap. Esok abang
kena pergi dialisis kemudian jumpa psikitri. Abang mimpi ngeri lagi. Esok kalau
rajin abang nak jalan-jalan cari tablet.
3.
Sayang sudah
daki Gunung Seongsan Ilcubong? Kalau daki waktu pagi boleh tengok matahari
terbit. Jangan lupa pergi Gunung Manjanggul, terowong lava terpanjang di
dunia. Kalau masuk boleh tengok stalaktit dan kesan lava yang mengalir dekat
situ.
Jangan lupa
pergi muzium! Abang rasa yang paling menarik tentu Jeju Folk Village sebab ada
lebih dari 3000 artifak.
4.
Suara lautan adalah suara kesepianDan lalu muncul wajahmuKamu menjadi maknaMakna menjadi harapan.(Rendra)