1.
Tak jadi beraya
di Turki. Keputusan saat akhir yang sangat membahagiakan. Pertama kali jumpa
Daud Yamaha, pertama kali jumpa anak-anak Kak Anis, kembar dua pasang! – dua
lelaki, dua perempuan. Pertama kali jumpa anak (kedua) Alex. Kalau anak Kak
Anis menangis memang macam nak pecah rumah. Agak tak terlayan juga bila dapat
kembar empat (macam manalah Umi jaga Karl dengan 3 abang kembar dia dulu
agaknya?).
Nampak Kak Anis
sangat kelam-kabut dan penat. Jaga empat bayi serentak bukan perkara mudah.
Mujurlah dia dapat husband yang
pandai buat kerja rumah (ini untungnya dapat suami pandai buat kerja rumah
- tak kekok). Kadang-kadang nampak
Robert tidurkan anak-anak sampai dia yang terlelap dulu. Dua orang anak Kak
Anis jaga. Dua lagi Robert jaga.
Ada anak kecil
memang kena berkorban banyak.
2.
Adam suka jaga
baby. Hari-hari Adam jaga Daud. Umar “alah” baby. Dari hari mula berkumpul sampailah
hari ini Umar nampak “tak berminat sangat” dengan baby. Umar kata dia rimas.
Rusuk kiri kata Umar “sangat macam daddy dulu-dulu, tak suka baby”. Umar, Huda
& Adam tak sihat. Batuk, selesema, sakit tekak, pening kepala. Semalam pun
baring seharian dalam bilik.
Mulanya akan ke
Ankara pada raya kedua tapi di batalkan. Meeting
semula. Ramai pula yang nak bercuti atas kapal.
Ada pula yang kata nak ke Afrika. Jadi cadangan awal ke Ankara mungkin di
batalkan terus. Tak berminat ke mana-mana memandangkan anak-anak tak begitu
sihat. Umar excited bila bagitau dia akan (mungkin) bercuti dengan cruise.
Agaknya malam
ini baru tentukan laluan cruise untuk
percutian.
3.
Ary cadangkan
bercuti dalam hutan. Dia ajak berkhemah. Sewa kenderaan pancuan empat roda dan
redah laluan sukar. Cuma 1/3 sahaja yang setuju. Kak Anis tentu tak akan ikut
sebab dia ada anak kecil. Kak Ain kata dia tak nak ikut sebab susah nak mandi,
tukar lampin, mandikan Daud. Takeshi nak ikut. Biasalah Kak Ain dengan Takeshi
mana pernah sefahaman (macam manalah mereka boleh kahwin?).
Kalau pergi camping tentu susah nak bergerak. Guna
kerusi roda untuk bergerak dalam hutan agak sukar walaupun kedengaran agak adventure. Kalau tidur dalam hutan tentu
sejuk. Kalau hujan bertambah sejuk. Kena sediakan banyak juga barang dan akan
menyusahkan banyak orang. Umar tentu akan bawa banyak krim sebab takut kena
gigit nyamuk.
Teringin nak
pergi Gunung Kinabalu. Tapi macam mana nak panjat...
4.
Selamat Hari
Raya, sayang. Terima kasih untuk malam-malam yang penuh keindahan.
xoxo