1.
Umar buat business baru dalam diam-diam. Petang
tadi dia pinjam van kecil Huda. Katanya ada kerja nak buat. Rupa-rupanya dia
pergi beberapa buah sekolah untuk ambil baju untuk di basuh. Umar buat business dobi bergerak dan Umar buat
secara haram!
Adalah beberapa
orang pelajar dari beberapa sekolah berasrama di sini yang menjadi pelanggan terawal Umar. Umar siap bawa penimbang dan ambil deposit. Mengikut kata Umar, dia sudah
menjalinkan kerjasama dengan beberapa kedai dobi sekitar Ipoh (fuyooooo!)
Patutlah dalam
beberapa minggu kebelakangan ini dia sibuk. Memang betulah dia sibuk. Selalunya
dia buat-buat sibuk (hahaha)
Umar belum
siapkan jadual untuk kerja dobi. Mungkin baju akan di cuci tiga kali seminggu. Hari
Jumaat, Umar tawarkan untuk cuci cadar, selimut dan sarung bantal.
2.
Semalam, ada seorang
makcik telefon. Dia mahu trade in
kucing. Ya, trade in kucing. Nampaknya
zaman moden semua boleh di trade in. Umar
dapat 7 ekor anak kucing di tukar dengan seekor hamster.
Umar tawarkan
makcik beli Bob. Adam marah. Adam terus ambil hamster kesayangan Umar dan cuba
masukkan dalam mulut. Dahsyat!
Seronok tengok
Adam sudah berbaik dengan Umar.
3.
Belum bercadang
untuk beli mesin dobi untuk Umar. Buat masa ini biarlah Umar gunakan khidmat
kedai dobi – lebih mudah. Lagipun tak bercadang untuk benarkan Umar buat kerja
berat. Memadailah sekadar ambil baju dan hantar ke kedai. Dapat untung sedikit
pun tak apa.
Umar dan Huda
masih mahu terus mencari dana untuk tabung amal Palestin, Rohingya, Somalia
dan badan-badan amal yang lain.
Sebenarnya lebih
baik begitu – menderma tidak mengikut musim. Kalau boleh di jadikan budaya
lebih baik. Kemusnahan akibat perang memerlukan dana yang besar untuk proses
pemulihan.
Umar ajak ke
Thailand & China untuk mencari barang.
4.
Awak cakap nak dating. Lama saya tunggu. Auuummmmmm! (:p)
xoxo