1.
Huda ada
pelbagai kraf untuk di jual (untuk tabung amal). Jualan hasil kraf agak sukar.
Selalunya dia buat bila ada tempahan atau permintaan. Rasa rugi pula tidak ambil
booth di Pasar Boco semalam.
Huda sedang buat persiapan untuk menyertai program
pameran di Mexico Febuari ini.
Sejak dua tiga
hari ini Huda tak masak sebab sibuk siapkan kerja kraf dia. Dia juga sedang
sibuk kumpulkan lukisan untuk di bawa ke pameran. Ini tawaran kali ke tiga.
Rugi rasanya kalau tidak bawa dia ke sana. Sekurang-kurangnya boleh beri
pendedahan awal tentang seni.
2.
Macam manalah
Umar boleh tertinggal Adam di masjid. Haih...nasib baik ada Pak Imam tolong
jagakan Adam. Lepas ini tak mahu bagi Adam pergi masjid dengan Umar. Umar
suka lupa dia ada adik kecil.
Daddy: Umar
pergi mana lambat tadi?
Umar: Adik beli
pau.
Daddy: Mana
Adam? Tak nampak pun.
Umar: Alaaaaaaa.
Adik tak ingat adik bawa Adam.
Daddy: Habis tu?
Umar tinggal dia dekat mana?
Umar: Masjid.
Adik lupa.
Macam-macam
perasaan ada. Risau betul kalau Adam hilang.
3.
Tak ada apa-apa
program bulan ini. Umar kekurangan bekalan anak kucing/hamster untuk di jual.
Cuma Huda saja yang menjual sayur. Kebun Huda musnah teruk baru-baru ini. Hasil
tanaman di makan babi. Huda menangis sampai bengkak mata.
Makcik: Makcik
nak beli anak kucing. Ada jual lagi tak?
Umar: Anak
tucing ada. Temua tomel-tomel.
Makcik: Satu
berapa?
Umar: Dua puluh
linggit teekor. Makcik belilah sekalang. Sekalang anak tucing tecik. Dia tomel.
Makcik: Tunggu
besar sikit makcik beli.
Umar: Kalau besar
nanti tak tomel. Adik tak boleh jual mahal-mahal.
Makcik: Amboi!
Kecik ke besar ke jual harga sama la.
Umar: Tak boleh
makcik. Tucing tecik makan tikit. Tucing besar makan banyak.
4.
Saya rindu awak.
Saya tahu awak merajuk. Bila saya free,
awak busy. Bila saya busy, awak free. Tapi...saya suka... sebab awak akan rindu saya selalu. Kerja
doktor memang tak seronok (kan?). Nasiblah awak bertugas di wad bersalin yang
tak berhantu (:p)
Awak ambil cuti
25-29 Januari. Saya kerjalah. Saya perlu terbang ke Jepun. Alaaa...tak dapat
baring diam-diam dengan awak.
5.
Penat. Asyik
muntah darah. Kepala sakit. Mata pedih.
xoxo