Lenanya awak tidur. Tentu awak penat...
Saya rasa macam
lama sangat tak pegang tangan awak erat-erat, rangkul awak kemas-kemas. Saya
rasa macam lama sangat saya tak buat banyak perkara.
Awak perempuan
kuat. Saya selalu panggil awak perempuan besi. Awak memang kuat. Awak selalu
sabar layan perangai panas baran saya. Awak sabar dengan banyak perangai saya
yang keterlaluan sejak saya sakit.
Saya sayang
awak. Saya takut bila bangun pagi nanti saya tak dapat ingat awak lagi. Saya
takut bila saya bangun pagi nanti mata saya tak cukup terang untuk lihat saya.
Saya takut bila saya bangun pagi nanti telinga saya tak dapat dengar suara
awak.
Saya tahu sejak
awak bekerja saya kurang manjakan awak. Sejak awak bekerja saya menjadi
bertambah sibuk. Saya buat kerja lambat. Kadang-kadang kerja sedikit tapi sebab
saya tak cekap lagi, saya ambil masa lebih dari dua hari untuk siapkan.
Jadi, tak banyak
masa saya luangkan dengan awak. Mungkin sebab saya takut nak manjakan awak.
Saya takut bila saya manjakan awak sangat nanti awak tak terbiasa bila saya
sudah tak ada. Tapi...kalau saya tak manjakan awak sangat pun – awak sudah
tersedia manja.
(Dulu) Perempuan datang
dan pergi dalam hidup saya. Ada yang seksi, ada yang cantik, ada yang kaki shopping, ada yang pisau cukur, ada juga
yang suka ambil kesempatan. Saya tak pernah ambil kisah sangat sebab hati saya
tak terpikat.
Hati saya cukup
terpikat dengan awak. Awak yang sederhana, tak boros, pandai berbelanja, cerdik, pandai bawa diri dan tegas. Awak tahu...banyak perihal tentang kita yang saya
tak mampu ingat, tak mampu flash back.
Saya tahu saya
kayu dan tak pandai nak pikat hati awak. Saya bukan romeo. Saya tahu ada
beberapa perkara saya kurang sensitiviti. Saya tahu antara kita ada banyak
perbezaan dari makanan, minuman, corak bacaan hinggalah siaran tontonan.
Terima kasih
atas setiap kesabaran dan kasih sayang yang awak titipkan. Saya amat
menghargainya.
xoxo
19012013