Friday, September 25, 2015

12:49

Years of love have been forgot, In the hatred of a minute - Edgar Allan Poe

Wednesday, September 23, 2015

Pluviophile

Jumpa Sofea di coffee shop jam 4.30 petang. Ketika itu hujan sudah berhenti. Kami berborak tentang banyak perkara dan tentu sahaja menyentuh tentang pemilihan presiden Amerika Syarikat. Calon yang mendapat perhatian media tentu sekali Donald Trump yang begitu popular sebagai pengacara The Apprentice suatu ketika dahulu. Calon popular lain ialah Hillary Clinton dan Jeb Bush. 

Ketika jam menginjak jam 6 petang, hujan turun mencurah-curah. Kalau redah hujan tentulah basah. Demam baru saja kebah. Kalau kena hujan tentu akan demam semula. Tapi nampaknya Sofea tak peduli dengan hujan. Sejak di bangku coffee shop lagi dia ralit melihat titisan hujan. Ada sesetengah orang suka melihat hujan. Ada sesetengah orang suka mendengar bunyi hujan. Mereka yang gemarkan hujan di gelar pluviophile.

_ _ _

“What are you so afraid of?”
“Tak kan nak redah kot”
“You will just get wet. Nothing else”
“Lenjun la nanti”
“You always think too much. Come, let’s dance in the rain”
“Hahaha malu la orang tengok”
“The world is yours to fill with your own colors”
“You’re nut!”
“How do you feel now?”
“Better”
“When was the last time you laughed?
“Entah”
“There will be many chapters in your life. Don’t get lost in the one you’re now”
“She really hates me. It makes me sad somehow”
“People pretend to hate you. The truth is they still love you”
“I’m struggling to get over her”
“Don’t try too hard. Let’s time decide for you”
“Thanks”
“It’s okay to cry. It doesn't make you any less manly”
“Let me walk you home”

_ _ _

Demam, batuk, selesema datang kembali.

Tuesday, September 22, 2015

Sofea

Semalam keluar jogging jam 6.30 pagi. Subuh di Iowa jam 4.30 pagi. Selesai solat Subuh, siapkan sarapan untuk anak-anak. Mereka tak mahu keluar jogging. Katanya ingin habiskan pembacaan dan menonton tv. Mungkin juga mereka sudah rambang mata bila lihat beberapa kedai buku yang cantik di sekitar Iowa. Kali ini pastilah mereka akan beli lebih dari 3 buah buku untuk di buat teman sepanjang perjalanan. Jogging di sekitar University of Iowa dan bertemu Sofea. 

Sofea masih seperti dulu. Masih manis dan gemar bercakap. Kadang-kadang dia akan bercakap tanpa henti. Nampaknya Zaza benar-benar jadi tukang penyampai cerita. Sofea hampir tahu semuanya. Mungkin sahaja terlupa mereka ada group WhatsApp. Jadi cerita cepat sampai kepada sesiapa sahaja dan ini sungguh memalukan. Salah satu tragedi teknologi adalah apa-apa cerita mudah sampai kepada audien tanpa perlu bersusah-payah.

_ _ _

“How long will you stay here?”
“Entah. Tak pasti lagi. 3 4 hari kot”
“Have fun okay”
“Yeah. Sure”
“Want to get a cup of coffee?”
“Bila?”
“Tomorrow will be just as great”
“Dekat mana?”
“Our favorite coffee shop”
“OK”

_ _ _

Travel brings power and love back into your life - Rumi

Paling Akrab

kesepian 
masih
menjadi
teman
yang
paling
akrab

Iowa
3.03am