Semalam keluar jogging jam 6.30 pagi. Subuh di Iowa jam 4.30 pagi. Selesai solat Subuh, siapkan sarapan untuk anak-anak. Mereka tak mahu keluar jogging. Katanya ingin habiskan pembacaan dan menonton tv. Mungkin juga mereka sudah rambang mata bila lihat beberapa kedai buku yang cantik di sekitar Iowa. Kali ini pastilah mereka akan beli lebih dari 3 buah buku untuk di buat teman sepanjang perjalanan. Jogging di sekitar University of Iowa dan bertemu Sofea.
Sofea masih seperti dulu. Masih manis dan gemar bercakap. Kadang-kadang dia akan bercakap tanpa henti. Nampaknya Zaza benar-benar jadi tukang penyampai cerita. Sofea hampir tahu semuanya. Mungkin sahaja terlupa mereka ada group WhatsApp. Jadi cerita cepat sampai kepada sesiapa sahaja dan ini sungguh memalukan. Salah satu tragedi teknologi adalah apa-apa cerita mudah sampai kepada audien tanpa perlu bersusah-payah.
_ _ _
“How long will you stay here?”
“Entah. Tak pasti lagi. 3 4 hari kot”
“Have fun okay”
“Yeah. Sure”
“Want to get a cup of coffee?”
“Bila?”
“Tomorrow will be just as great”
“Dekat mana?”
“Our favorite coffee shop”
“OK”
_ _ _
Travel brings power and love back into your life - Rumi