Friday, February 27, 2015

My weakness

Sejak berminggu-minggu tak dapat tidur dengan lena. Sampai di Abu Dhabi walau badan penat masih tak dapat lelapkan mata. Mimpi datang bertimpa-timpa. Ia mimpi-mimpi yang mengerikan. Aku sebolehnya tak mahu ambil tahu dan ambil berat. Tapi itulah, cinta tak dapat lari dari ambil tahu dan ambil berat. 

Orang kata “Some people care too much. Its called love”. Maaflah. Aku lupa siapa diri aku pada kau. Dan percayalah, aku tak ada niat apa-apa pun; baik hendak berbaik semula atau menjadi kawan rapat atau apa sahaja. Tak ada apa pun cuma sekadar bertanya. Mungkin benar, aku terlampau ambil serius dengan mimpi-mimpi yang datang saban malam. 

My weakness is I care too much. I care for you not because you need care but because I want to. I will always care for you even if we are not together and even if we are far away from each other.

Sebelum berlepas

“Cakap tak fly sama dengan orang”
“Terlepas flight”
“Lupa?”
“Skype dengan kawan”
“Who?”
“Kalau cakap pun bukan kenal”
“Perempuan?”
“Ha’ah. Nak jadi Sherlock ke?”
“Orang tak nak pergi boleh tak?”
“Bukannya lama pun. Dua bulan je”
“Tapi orang dah rindu abang”
“Pergi je la. Ottawa pun cantik”
“Kalau orang rindu abang camne?”
“Mana la aku tahu. Ko ni kan. Ish”
“Nak jaket abang boleh tak?”
“Eh pasal apa pulak”
“Nanti orang rindu, orang peluk jaket abang. Rasa macam peluk abang”
“Jangan mengada-ngada”
“Nak jugak. Orang jerit nanti padan muka abang”
“Macam-macam la ko ni”
“Abang! Nak peluk!”
“Penerajang nak penerajang?”
“Orang nak kena masuk dah”
“OK”
“See you. Bye-bye”
“Bye. Jaga jaket aku elok-elok”
“Jaket je ke”
“Ko sekali la jaga diri”
“Hehehe” 

_ _ _

Hana menangis. Pipi yang putih menjadi kemerah-merahan. Betul kata abah dia, Hana sangat manja.

Thursday, February 26, 2015

For old time sake...

Baru sampai dari Abu Dhabi. Sepatutnya telah sampai lebih awal tapi dengan sengaja terlepas penerbangan. Cinta bukan sesuatu yang mudah untuk di fahami. Walau beribu kali di sakiti, di lukai hati seakan tak memahami. Tak ada apa-apa yang terjadi cuma teman orang di masa lepas tidur (di Skype). Dia tak sihat. For old time sake katanya.

Bila Makcik Siti dapat tahu, dia bising. Makcik kata hanya orang bodoh saja yang akan lakukan perkara yang tak masuk dek akal setelah diri melalui penderitaan dan kesakitan yang bukan sedikit. Tak ada apa-apa jawapan untuk di beri pada Makcik Siti. Makcik tanya banyak sangat soalan dan dengan sengaja biarkan seperti angin lalu. Makcik membebel panjang.

Kami memang tak ada apa-apa lagi. Sebolehnya soal hubungan dan cerita di masa lepas di tutup kemas-kemas dan tak mahu di buka. Kita memang tak ada apa-apa lagi tapi hati kita rasa dekat. Kita pernah berkongsi hati, cinta pandang pertama pula. Cinta yang sukar di tolak ke tepi. Kita hidup dan menjadi sebahagian dari cinta ini.

Masih tak dapat tidur dengan lena. Melalui episod mimpi-mimpi ngeri yang membuatkan diri terasa amat penat. Rasa lelah yang bukan sedikit. Bangun dengan rasa resah dan bingung yang tak putus-putus. Kadang-kadang terasa amat gelisah dan risau. Episod mimpi-mimpi ngeri ini berlalu sudah beberapa minggu dan seakan tidak mahu tamat.

Semoga awak cepat sembuh.

Monday, February 23, 2015

Dr. Irine

“Hey. Err…are you okay?”
“I’m not okay”
“What happened, if I may ask?”
“Pagi kena marah dengan MO. Tadi kena baling case note dengan Specialist”
“Look like you have through the worst day”
“Yeah. Made a promise not to cry during my HO days, broke that promise today”
“Semua houseman rasa benda sama. Stres, pressure, kena buli dengan MO, HOD mengada-ngada”
“Doktor ke?”
“Tak la. So, Irine jangan menangis. Nanti orang nampak awak menangis orang ingat kita gaduh hehe”
“How you…”
“Tu tag nama”
“Thanks for cheering me up”
“Welcome. See you Dr. Irine”
“Your name, Sir?”
“Nama saya mahal kalau nak bagitau. Kena bagi saya coklat dulu”
“Next time we meet I hand you Black Forest”
“Kan nampak cantik bila dah gelak-gelak”
“May I have your number?”
“Saya tak ada handphone”
“Datang dari planet mana? Marikh?”
“Betul, tak ada. 2 minggu lagi saya datang claim Black Forest saya tu eh”
“Sure. I’m waiting”
“Nice to meet you Dr. Irine”
“Nice to meet you Mr Black Forest”
“Jangan banyak sangat senyum. Nanti saya ngorat”
“Hehehe thanks again”