Baru sampai dari Abu Dhabi. Sepatutnya telah sampai lebih awal tapi dengan sengaja terlepas penerbangan. Cinta bukan sesuatu yang mudah untuk di fahami. Walau beribu kali di sakiti, di lukai hati seakan tak memahami. Tak ada apa-apa yang terjadi cuma teman orang di masa lepas tidur (di Skype). Dia tak sihat. For old time sake katanya.
Bila Makcik Siti dapat tahu, dia bising. Makcik kata hanya orang bodoh saja yang akan lakukan perkara yang tak masuk dek akal setelah diri melalui penderitaan dan kesakitan yang bukan sedikit. Tak ada apa-apa jawapan untuk di beri pada Makcik Siti. Makcik tanya banyak sangat soalan dan dengan sengaja biarkan seperti angin lalu. Makcik membebel panjang.
Kami memang tak ada apa-apa lagi. Sebolehnya soal hubungan dan cerita di masa lepas di tutup kemas-kemas dan tak mahu di buka. Kita memang tak ada apa-apa lagi tapi hati kita rasa dekat. Kita pernah berkongsi hati, cinta pandang pertama pula. Cinta yang sukar di tolak ke tepi. Kita hidup dan menjadi sebahagian dari cinta ini.
Masih tak dapat tidur dengan lena. Melalui episod mimpi-mimpi ngeri yang membuatkan diri terasa amat penat. Rasa lelah yang bukan sedikit. Bangun dengan rasa resah dan bingung yang tak putus-putus. Kadang-kadang terasa amat gelisah dan risau. Episod mimpi-mimpi ngeri ini berlalu sudah beberapa minggu dan seakan tidak mahu tamat.
Semoga awak cepat sembuh.