Thursday, July 02, 2026

Young Adult

Kakak: Daddy, was Adam really created from soil?
Daddy: When you talk about him, speak with respect. Say Prophet Adam. And yes, Prophet Adam was created from soil. We can talk more about it later. Not right now

July 2, 2026
_

Kakak: I'm slowly starting to think Islam may not be the true religion
Daddy: Why is that?
Kakak: Science just explains so much, but religion still got a lot of unanswered questions and unclear stuff
Daddy: Science makes you think religion has loopholes and isn't perfect?
Kakak: It challenges my faith
Daddy: Many people go through periods of doubt and questioning. If you have any questions, doubts, or anything you'd like to discuss or debate, we can talk about it

One of my greatest concerns about sending my children abroad to study is that they may eventually arrive at this point. This is not a new phenomenon. During my own years as a student, I witnessed many Malaysian students gradually drift away from Islam. Most of them did not formally convert to another religion. They simply stopped practising. They stopped praying and fasting. They became less concerned about modesty and slowly adopted a lifestyle that was no longer guided by Islamic values.

Living in an environment where Islamic practices are not part of daily life is not easy. It can be extremely challenging, especially for young adults who are still forming their identity and worldview. This is one of the reasons I never stayed too long after moving to a new city. I did not want my children to absorb every aspect of the local culture. What I wanted for them was exposure, rich experiences, and broader opportunities and not necessarily complete assimilation. Assimilation can easily influence people.

I have always wanted to raise my children in Malaysia. Raising children according to Islamic values is simply easier when those values are reinforced by the surrounding society. The real challenge often begins when they enter adulthood. If anyone asks me about the challenges faced by Muslim parents in Western countries, my answer is simple — it is far from easy. It is not a walk in the park. Many Muslim families lose much of their religious identity by the third generation. I find that deeply saddening.

Peer pressure plays a role. Being surrounded by non-Muslims who do not follow their beliefs also has an influence. Then there are the books they read, the ideas they encounter, and the perspectives that open up to them. The more they read, the more questions they ask; the more questions they ask, the more doubts can emerge. At the same time, parents are often busy earning a living. In the process of securing their children's future, we may unintentionally neglect the nurturing of their faith.


May, 2026

Hai Ummi

Hai Ummi,

Sekarang jam 4.54 pagi. Semalam Im berada di Rawang. Enam orang bekas penghuni rumah anak yatim akan memulakan kehidupan baharu. Mereka kini berusia 18 tahun. Im bawa mereka ke bengkel. Mereka akan mula bekerja pada hari Isnin depan. Penginapan disediakan di tingkat atas. Gaji bulanan sebanyak RM2,000. Bengkel ini telah beroperasi hampir enam tahun. Alhamdulillah, masih kekal beroperasi sehingga kini dan harapnya bertahan.  

Puluhan tahun dahulu, Im juga melalui jalan yang sama seperti mereka. Im faham betapa sukarnya berhadapan dengan dunia sebenar. Seperti kata Bill Gates, “Dunia ini tidak adil, biasakan diri.” Benar kata Bill Gates . Dunia tidak adil, dan selalunya tiada siapa yang benar-benar peduli. Apabila melangkah keluar dari rumah Ummi, dunia terasa asing dan menakutkan. Im melalui tekanan hidup yang berat, khususnya ketika menuntut di United Kingdom.

Berbekalkan pengalaman yang ada, Im bangunkan sebuah model pembangunan kerjaya yang berfungsi sebagai pusat transit—tempat persediaan sebelum mereka benar-benar berdikari. Realiti anak yatim yang tinggal bersama ibu/bapa tidak sama dengan penghuni asrama seperti Im yang tidak punya walau seorang saudara. Im tidak ada dahan untuk berpaut. Im bergantung sepenuhnya pada diri sendiri. Mujurlah Ummi banyak membantu.

Im sering merindukan kehidupan di rumah Ummi. Masa berlalu begitu pantas. Sekarang, Im pun sudah semakin tua. Kehidupan di asrama merupakan antara pengalaman paling membahagiakan dalam hidup Im. Andai masa boleh diundur, Im nak belajar masak gulai tempoyak. Im rindu masakan Ummi, tapi Im tidak pandai masak. Masih terbayang cempedak goreng yang rangup dan sagu gula Melaka yang manis. Kini, semuanya tinggal kenangan…

Anak-anak ini membangkitkan banyak nostalgia. Im seolah-olah terlontar ke masa silam; melihat diri sendiri ketika mula bertatih memulakan kehidupan. Mereka bekerja dan di beri latihan. Sekiranya nanti mendapat peluang melanjutkan pelajaran, itu sesuatu yang lebih baik. Im sentiasa galakkan mereka mengikuti kursus kemahiran dan latihan teknikal. TVET menawarkan banyak peluang untuk mengembangkan potensi diri dan kerjaya. 

Kerajaan menyediakan pelbagai peluang pendidikan TVET melalui GIATMARA, Kolej Komuniti, ILP, KKTM, IKBN, IKM dan ADTEC. Melalui institusi ini, pelajar mengikuti Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 hingga 3. Laluan seterusnya ialah SKM lanjutan, DKM, DLKM atau kelayakan di bawah MQA sehingga Tahap 5. Di GIATMARA dan Kolej Komuniti, pelajar diberikan elaun. Di ILP pula, pelajar menerima elaun serta makanan tiga kali sehari.

Selain itu, terdapat banyak institusi lain yang jarang diketengahkan dan kurang mendapat perhatian umum. Antaranya ialah Institut Kemahiran Orang Asli (IKOA), Pusat Latihan Pertanian Negeri (PLPN), Institut Kemahiran KEMAS, Institut Latihan Pembangunan Belia Desa (i-Desa), Institut Kemahiran FELCRA, Institut Latihan LKIM (Perikanan), Institut Latihan FAMA dan Kolej RISDA. Banyak kemudahan disediakan. Rugilah jika tidak mengambil peluang.

Ramai memandang rendah kursus-kursus ini tanpa menyedari bahawa kadar kebolehpasaran graduannya tinggi. Kurikulumnya bersifat praktikal, selari dengan keperluan industri, dan lebih dekat dengan realiti pasaran kerja sebenar. Tempoh pengajian juga lebih singkat, dengan yuran yang berpatutan. Im berharap usaha kecil ini menjadi titik permulaan kepada mereka—sebagai bimbingan awal untuk mengenal sepak terajang kehidupan sebenar.

Bye, Ummi. Nanti Im tulis lagi. 


Januari, 2026

Berpisah


Alhamdulillah

Urumqi — 2nd July, 3:33 a.m.

Yesterday, about two hours after Fajr, I listened to a few songs and read one page of an Indian novel before falling asleep. I woke up at 5:29 p.m. It was a very long sleep. I feel fresh and in a good mood. Alhamdulillah.