Thursday, October 01, 2015

Catatan Senja

Caravan yang di gunakan dulu ada di rumah Ary. Kalau pergi Ohio jumpa Ary tentu boleh ambil caravan. Sayangnya Malaysia tak benarkan kenderaan seperti caravan berada di atas jalan raya. Jadi semasa pindah dari US ke Ipoh tak bawa caravan bersama-sama. Ary kata caravan masih boleh di gunakan kerana di jaga dengan baik. Cadangnya bila balik Malaysia nanti akan bawa caravan bersama. Dapat letak di garaj pun jadilah. Sekurang-kurangnya ada di depan mata.

Berada di California dan cuaca amat baik sekali. Sewa sebuah van. Pada mulanya bercadang untuk menyewa pajero atau Ford Mustang tapi Umar kata tak sesuai sebab tak nampak seperti dalam misi mengembara. Bawa van lebih relaks sebab tak boleh bawa laju dan dapat lihat pemandangan. Kebiasaannya, anak-anak tak tangkap gambar pemandangan tapi mereka lebih suka menghayati pemandangan. Untuk di rakam di kotak ingatan menurut Umar.

Malam tadi tidur di bawah jambatan. Ambil keputusan untuk beli khemah dan tak menyewa hotel. Pasang khemah - anak-anak ambil masa hingga 2 jam untuk dirikan sebuah khemah dan mereka sangat gembira bila berjaya lakukannya tanpa bantuan daddy. Hidupkan unggun api untuk panggang ayam yang di beli lebih awal di hypermarket. Masak nasi dan hangat air untuk bancuh kopi. Betul-betul dalam suasana pengembaraan. Sebenarnya ini bukan misi pengembaraan pun. Hanya berjalan-jalan untuk ringankan beban perasaan dan melupakan kisah silam.

Petangnya tengok matahari terbenam berlatarkan gunung. Sungguh cantik. Beberapa hari ini bulan di langit kelihatan sangat menawan. Huda ambil peluang lukis pemandangan. Umar kata tak ada yang istimewa kecuali kalau dapat di fotokan dan di jual kepada mereka yang berminat. Adam tak berkelip tengok matahari terbenam. Adam kata cantik macam dalam cerita yang dia selalu tonton. Baik matahari mahupun bulan, kedua-duanya sangat indah untuk di nikmati. Melihat matahari terbenam perlahan-lahan sambil dengar lagu dan minum kopi adalah heaven on earth.

Ayam hangit dan hitam lenggam kerana tertidur semasa panggang ayam dan anak-anak tak kejutkan. Makan dengan anak-anak sambil ketawa sebab ayam yang kami makan berwarna hitam dan rasanya tidak lagi seperti ayam. Mujurlah ada kicap. Makan nasi bersama kicap dan ayam hangus ketika mengembara adalah pengalaman yang menakjubkan kerana kita terpaksa makan apa sahaja untuk mengalas perut supaya bertenaga pada keeseokkan harinya. Bekalan coklat, roti dan tuna masih banyak. Anak-anak makan berdikit-dikit untuk jimatkan perbelanjaan kerana mereka kata orang dalam pengembaraan makan sekadar alasa perut.

Di hentian seterusnya nanti kena basuh baju. Menurut Umar, orang pergi mengembara tak cuci baju di dobi. Nampaknya mereka benar-benar ingin rasai pengalaman mengembara. Selepas ini perlu beli selimut tebal, wayar, dan bulb lampu supaya kawasan perkhemahan lebih terang dan mereka dapat membaca dan menulis dengan lebih selesa. Umar gemar menulis sebelum tidur. Huda akan baca beberapa muka surat sebelum melelapkan mata. Adam suka menonton tv malangnya tv tak ada jadi dia akan mewarna buku lukisannya sebelum tidur. 

Tuesday, September 29, 2015

Bawah Umur

Daddy: Kenapa Adam masam je ni. Abang buli eh.
Adam: (geleng)
Umar: Daddy tuke tuduh adik. 
Daddy: Alaaa daddy tanya je. Mana ada daddy tuduh.
Adam: Abang baik.
Daddy: Dah kenapa masam je ni?
Adam: Ayam goreng Adam habis. Adam kongsi dengan meow.
Daddy: Nanti daddy beli lagi eh.
Umar: Adik ada polishi daddy.
Daddy: Polishi apa ni Umar?
Umar: Adik tak buli tanak-tanak bawah umur.
Daddy: Ye la, ye la. Daddy salah.

Sunday, September 27, 2015

Home

Home isn't a place, its a feeling - Cecelia Ahern

Saturday, September 26, 2015

3:50am

Demam semakin kebah setelah makan sup kaki ayam. Sofea masak dan hantarkan ke rumah tumpangan. Rupanya dia masih ingat - favorite soup. Selepas ini akan patah balik ke California. Semasa di Los Angeles tempoh hari, anak-anak tak mahu ke Disneyland. Kali ini mereka kata teringin pula ke sana. Sepatutnya kena rancang trip supaya lebih lancar dan tak begitu membazir. New York - Washington DC - Washington (Seattle) - California - Iowa satu perjalanan yang agak membazir sebenarnya kerana jarak antara negeri amat jauh. 

Sepatutnya dari California terus ke Arizona atau Nevada dan bukan ke Iowa. Nevada dan Arizona tak banyak tempat menarik kerana kawasan ini merupakan kawasan pergunungan. Kalau musim sejuk bolehlah ke Pergunangan Rocky bermain ski. Dalam perancangan ke Dream Lake Rocky Mountain National Park. Panoramanya sungguh cantik bila matahari terbenam. Semasa di California, anak-anak merajuk sebab bawa ke tempat hiburan yang kurang mereka sukai. Tak pastilah kenapa mereka anti-hiburan. Mungkin mereka lebih selesa berada di pusat intelektual berbanding tempat berfoya-foya. 

Disneyland terletak di Anaheim, California. Tempat ini merupakan antara taman tema terbesar di Amerika Syarikat. Agak rugi jika sampai ke Los Angeles tapi tak menjejakkan kaki ke Disneyland. Di California nanti bercadang ke Glass Beach. Hari Isnin depan akan berlepas ke California dan menghabiskan beberapa hari di sana. Ada beberapa tempat menarik untuk di kunjungi selain menikmati musim yang baru bertukar - di mana-mana sahaja dapat di lihat “Happy First Day of Fall” bagi meraikan musim yang baru tiba.

Nevada, Utah, Colorado, Idaho, Wyoming dan Montana adalah negara-negara bahagian pergunungan. Negeri-negeri ini amat terkenal dengan “budaya liar” yang selalu di pamerkan melalui filem-filem koboi, sheriff, pasukan berkuda, penjahat, perempuan penari bar, Red Indian dan perompak. Setiap daerah di pergunungan mempunyai keunikkannya yang tersendiri. Sebahagiannya masih mengekalkan ciri-ciri tradisi walaupun sedikit sebanyak telah melalui proses globalisasi dan pemodenan. 

Antara tempat-tempat menarik untuk di lawati di negeri kawasan pergunungan adalah Great Salt Lake, Yellowstone National Park, Pikes Peaks, Monument Valley, Grand Teton. Di Arizona pula akan melawat Grand Canyon Skywalk. Mungkin akan habiskan dua minggu di sini sebelum bergerak ke tempat lain. Cabaran utama ke beberapa tempat yang memerlukan tenaga ialah anak-anak. Risau mereka cedera dan kepenatan. Mungkin tiba masanya untuk anak-anak keluar bergembira selain menghabiskan masa di perpustakaan, kedai buku, galeri dan muzim.

Sesekali buat aktiviti luar besar juga faedahnya.