Demam semakin kebah setelah makan sup kaki ayam. Sofea masak dan hantarkan ke rumah tumpangan. Rupanya dia masih ingat - favorite soup. Selepas ini akan patah balik ke California. Semasa di Los Angeles tempoh hari, anak-anak tak mahu ke Disneyland. Kali ini mereka kata teringin pula ke sana. Sepatutnya kena rancang trip supaya lebih lancar dan tak begitu membazir. New York - Washington DC - Washington (Seattle) - California - Iowa satu perjalanan yang agak membazir sebenarnya kerana jarak antara negeri amat jauh.
Sepatutnya dari California terus ke Arizona atau Nevada dan bukan ke Iowa. Nevada dan Arizona tak banyak tempat menarik kerana kawasan ini merupakan kawasan pergunungan. Kalau musim sejuk bolehlah ke Pergunangan Rocky bermain ski. Dalam perancangan ke Dream Lake Rocky Mountain National Park. Panoramanya sungguh cantik bila matahari terbenam. Semasa di California, anak-anak merajuk sebab bawa ke tempat hiburan yang kurang mereka sukai. Tak pastilah kenapa mereka anti-hiburan. Mungkin mereka lebih selesa berada di pusat intelektual berbanding tempat berfoya-foya.
Disneyland terletak di Anaheim, California. Tempat ini merupakan antara taman tema terbesar di Amerika Syarikat. Agak rugi jika sampai ke Los Angeles tapi tak menjejakkan kaki ke Disneyland. Di California nanti bercadang ke Glass Beach. Hari Isnin depan akan berlepas ke California dan menghabiskan beberapa hari di sana. Ada beberapa tempat menarik untuk di kunjungi selain menikmati musim yang baru bertukar - di mana-mana sahaja dapat di lihat “Happy First Day of Fall” bagi meraikan musim yang baru tiba.
Nevada, Utah, Colorado, Idaho, Wyoming dan Montana adalah negara-negara bahagian pergunungan. Negeri-negeri ini amat terkenal dengan “budaya liar” yang selalu di pamerkan melalui filem-filem koboi, sheriff, pasukan berkuda, penjahat, perempuan penari bar, Red Indian dan perompak. Setiap daerah di pergunungan mempunyai keunikkannya yang tersendiri. Sebahagiannya masih mengekalkan ciri-ciri tradisi walaupun sedikit sebanyak telah melalui proses globalisasi dan pemodenan.
Antara tempat-tempat menarik untuk di lawati di negeri kawasan pergunungan adalah Great Salt Lake, Yellowstone National Park, Pikes Peaks, Monument Valley, Grand Teton. Di Arizona pula akan melawat Grand Canyon Skywalk. Mungkin akan habiskan dua minggu di sini sebelum bergerak ke tempat lain. Cabaran utama ke beberapa tempat yang memerlukan tenaga ialah anak-anak. Risau mereka cedera dan kepenatan. Mungkin tiba masanya untuk anak-anak keluar bergembira selain menghabiskan masa di perpustakaan, kedai buku, galeri dan muzim.
Sesekali buat aktiviti luar besar juga faedahnya.