Wednesday, May 06, 2015

07:00 am

Rasa… sekarang juga hendak beli handphone baru dan call awak. Rasa… sekarang juga hendak lari cari awak. Rasa…rasa rindu sangat. Tapi rindu yang ada perlu di tahan, perlu di sekat. Dan ia terasa amat sakit. Amat menyesak dada. Terasa sangat pedih.

Tak tahu hendak buat apa. Dari Bukit Antarabangsa terus memandu ke Hospital Kajang. Tak tahulah kenapa hati bawa ke situ. Mungkin sebab awak ada di sana. Tak tahu hendak buat apa. Parkir kereta di tepi, buka tingkap dan dengar lagu sambil cuba baca novel.

Pandang bangunan hospital serasa macam pandang awak. Renung bumbung hospital terasa seperti merenung awak. Agaknya saya sudah gila bayang. Agaknya, rindu saya terlalu banyak hingga saya jadi mabuk – mabuk cinta.

Terlelap seketika. Terjaga jam 5 pagi. Terus balik rumah dan cuba berehat. Ingatan masih melayang mengingat awak. Hati masih rasa rindu. Bila saya tengok tempat parkir kereta di hospital, saya teringat awak dan A bertemu di situ.

Haih…

Tuesday, May 05, 2015

Nostalgia

Hi sayang.

How are you? I hope you’re doing fine. To tell you the truth, I still miss you. I miss you around. There’s no days and night that I didn't think about you. I miss your sweet words that never failed to make me smile. I miss your voice. I miss how close we were. I miss everything about you, about us.

How’s work? Is everything okay, sayang? Every day I look at the calendar. I count the days that you will be transferred to Sabah. That doesn't make sense anyway, but yeah, I enjoy doing that. Have you packed your bag? Do you bring your car or you’ll be using public transport?

I miss our daily conversation. The story that we share together. Well, yeah, we share gossip too. I miss you so much. Sometimes I ask myself. Do you miss me too? Have you thought about me like I do? Do you still hear our favorite songs?

I will always love you. You’re my perfect lover.
_ _ _

I swear
By the moon and stars in the sky
I'll be there
I swear
Like the shadow that's by your side
I'll be there
For better or worse
Till death do us part
I'll love you with every beat of my heart
I swear

I'll give you everything I can
I'll build your dreams with these two hands
We'll hang some memories on the wall
And when there's silver in your hair
You won't have to ask if I still care
'Cause as time turns the page
My love won't age at all

I Swear
John Michael Montgomery

_ _ _

I love you to the moon and back to infinity and beyond forever and ever. 

Monday, May 04, 2015

2:50 am

“Abang…”
“Hai”
“Hai abang…mmmm”
“Are you okay?”
“Tak…”
“Kenapa? Jurnal serabut lagi?”
“Tak”
 “Lecturer marah?”
“Tak”
“Habis kenapa nangis?”
“Sedih”
“Sedih kenapa?”
“Tengok movie”
“Cerita apa?”
“The Fault in Our Stars”
“Oh novel John Green tu”
“Abang baca dah?”
“Tak. Tak sempat beli lagi. Orang kata bestseller”
“Gus mati. Dia tinggalkan Hazel Graces”
“Sad ending”
“Hana takut hilang abang…”
“Macam mana nak bercinta belum apa-apa lagi dah takut”
“Hana serius ni”
“Aku cakap serius jugak. Cuba fikir”
“Mmmmm”
“Orang yang bercinta adalah orang yang berani”
“Mmmm…tapi…”
“Dah la tu. Jangan nangis. Aku nak tidur dah ni”
“Awal abang nak tidur. Nak mimpi Hana eh?”
“Nak sahur la der. Puasa Rejab. Ko apa tau”
“Abang jangan tinggal Hana tau”
“Dulu pun ada jugak orang cakap macam tu. Last sekali dia yang tinggal aku”
“Tapi Hana tak macam tu”
“I’m not the good man that you search for. Find another man who suits you”
“Tak nak. Hana nak abang je”
“Tak nak sudah. Ngantuk der. Bye”
“Menyampah! Blewekk”

Sunday, May 03, 2015

4:14 am

Bawa lori cuma satu setengah hari tapi dapat banyak pengalaman. Mula-mula Umar membebel kemudian Umar suka pula. Hujan lebat mencurah-curah. Tak boleh pandu laju dan hanya kekal di lorong kiri. Berhenti rehat, makan, mandi dan tidur di R&R. Pengalaman baru. Seperti biasa, Umar tak mahu mandi di R&R dan tidur di dalam lori. Dia mahu tidur di hotel. Setelah di pujuk, akhirnya dia mengalah. Ini pengalaman sekali seumur hidup – hidup sebagai pemandu lori.

Di tahan oleh JPJ tapi tidak di kenakan apa-apa tindakan. Mujurlah tak kena ujian air kencing. Kalau tak malu juga. JPJ tahan kemudian lepaskan tanpa banyak soal. “Kemas betul pakaian kamu. Tak macam driver lori lain. Okey. Boleh jalan”. Syukur! Kalau kena ‘kacau’ dengan JPJ mahupun SPAD boleh tahan juga kerenah mereka. Mengikut kata Aiman, biasanya tauke lori akan bekalkan “wang saku” sebelum lori mula bergerak lagi.
_ _ _

“Hai driver lori. Orang call putus jari tau”
“Anak-anak ada la. Lagipun ingat sini London ke? Coverage Skype tenat”
“Oooo…patut la Skype susah dapat. So anak-anak mana?”
“Dah tidur”
“Romantik je cakap pelan-pelan”
“Penerajang nak penerajang”
“Eeee takutnya. Takutnya. Sat nak hantar gambar”
“Gambar apa?”
“Orang masak kek coklat”
“Mana gambar kek? Tak nampak pun”
“Hihihi main baling tepung dengan housemate”
“Then hantar dekat aku buat apa?”
“Feeling nak main baling tepung dengan abang hihihi”
“Hmm…ko ni macam-macam la”
“Drive safely abang. Ingat orang tersayang selalu tau”
“Bye”
“Bye je?”
“Bye je yang ada”
“Cakap la bye yang ke, bye darling ke, bye love ke sedap telinga orang dengar”
“Bye”
“Bye!”
“Marah ke?”
“Tak. Best sangat dengar bye abang tu”
“OK. Bye”
“Blewekkkk”