Saturday, August 02, 2014

Merajuk (tu apa?)

Umar: Adik tak ingat masa adik dalam pelut
Daddy: Daddy pun tak ingat
Umar: Budak tecik-tecik, tecik. Mesti budak tecik-tecik ingat
Adam: Adam hisap jari. Adam makan. Adam guling-guling.
Umar: Silius budak tecik-tecik?
Adam: (angguk, gelak)
Umar: Wow! Hebatnya!
Adam: Gotcha! (gelak)
Umar: Daddy! Budak lambut telinting tenekan adik
Daddy: Laaa mana ada orang boleh ingat masa dia dalam perut. Umar ni pun
Umar: Adik silius budak lambut telinting  tenekan adik
Daddy: Ala bukan selalu pun Adam kenakan Umar
Umar: Adik melajuk.
Adam: Abang melajuk tu apa?
Umar: (tarik muka masam)
Daddy: Hahahahaha 

Rasa yang tak tahu nak cakap

Umar: Daddy, bila kita nak balik lumah?
Daddy: Umar kata suka Paris.
Umar: Adik suka Palis.
Daddy: Kalau suka kenapa nak balik?
Umar: Hujan emas di Palis tak tame tengan hujan batu tekat lumah kita daddy.
Daddy: Daddy nak bawak Umar pergi jalan-jalan lagi
Umar: Adik takut naik kapal telbang
Daddy: Balik rumah pun kena naik kapal terbang jugak, kan
Umar: Balik lumah ada lase lain daddy
Daddy: Rasa apa tu Umar?
Umar: Lase adik tak tahu nak takap
Daddy: Daddy tahu apa yang Umar rasa. Daddy pun ada rasa yang sama
Umar: Daddy lase apa?
Daddy: Rasa yang tak tahu nak cakap

Orang tanpa nama

1.

Kembali semula ke Kota Paris setelah empat hari merayap sekitar Perancis. Petang ini kira-kira pukul 4 petang perlu ke hospital. Lusa pembedahan akan di lakukan. Anak-anak tak begitu gembira. Adam yang paling ketara – langsung tak nak berenggang. Seperti biasa, dia berikan patung Ultraman sebagai peneman “Ultraman jaga daddy”.

Sedikit gugup dan gementar. Gementar dengan hasil pembedahan. Ada banyak “Kalau” bermain di fikiran – kalau tak sembuh, kalau buta, kalau mati, kalau sakit makin teruk dan bermaca-macam lagi. Cuba untuk tenang tapi perasaan tak boleh di nafikan. Tetap gugup dan gementar tapi cuba di lindungan dengan membuat pelbagai perkara.

Sepatutnya raya kali ini mengikuti trip ke St. Petersburg melalui Laut Baltik selama lima hari bermula 7 Ogos. Oleh sebab Ocio kerja dan ini idea Ocio, maka kata putus di ambil. Trip di batalkan. Mungkin akan menyertai trip lain. Bagus juga di batalkan. Anak-anak tentu bosan duduk dalam cruise sebab tak ada banyak aktiviti. Lagipun makanan halal tidak banyak di sediakan. Kalau dulu suka juga mengelilingi dunia menaiki cruise tapi sekarang tak lagi.

2.

Tak ada terserempak dengan orang-tanpa-nama. Mungkin dia sudah tidak berada sekitar taman-taman di Paris. Mungkin dia memilih untuk berada di tempat lain. Hari-hari terakhir puasa tak jumpa dia sebab tak keluar rumah – anak-anak demam. Moga-moga dia baik-baik saja dan terima kasih untuk segala nasihat dan pengertian baru dalam hidup. Orang yang paling misteri yang pernah di temui.

Kak Ain banyak kali tanya tentang Min. Min akan datang dan pergi, sesekali datang mengoda dan menghilang. Min tetap seperti itu sejak dulu. Tak pernah berubah. Tamat pengajian di Cardiff, dia beralih ke Oxford. Min agaknya terlalu sayang untuk tinggalkan dunia kampus atau sebenarnya dia amat selesa untuk tidak menjengah dunia luar. Min kata banyak perkara belum selesai dan dia akan bercakap tentang Zaza.

Bukan tak ada orang yang mengejar tapi itulah Min. Katanya dia tak mahu pulang ke Malaysia. Mahu terus tinggal di sini. Keluarganya sudahpun pindah ke sini sejak 3 tahun lepas. Ada banyak perkara yang ingin di bualkan tapi yang Min selalu sibukkan bau perfume selain warna kemeja yang aku pakai. Dulu kawan-kawan kata kalau bercakap dengan Min hanya untuk mengisi masa lapang.

3.

Lelaki dan perempuan tak boleh berkawan baik. Salah satunya akan jatuh cinta dan persahabatan hanya tinggal kata-kata.

Friday, August 01, 2014

Scars on your heart

Scars on your body show that you have lived.
Scars on your heart show that you have loved.