1.
Kembali semula
ke Kota Paris setelah empat hari merayap sekitar Perancis. Petang ini kira-kira
pukul 4 petang perlu ke hospital. Lusa pembedahan akan di lakukan. Anak-anak
tak begitu gembira. Adam yang paling ketara – langsung tak nak berenggang. Seperti
biasa, dia berikan patung Ultraman sebagai peneman “Ultraman jaga daddy”.
Sedikit gugup
dan gementar. Gementar dengan hasil pembedahan. Ada banyak “Kalau” bermain di
fikiran – kalau tak sembuh, kalau buta, kalau mati, kalau sakit makin teruk dan
bermaca-macam lagi. Cuba untuk tenang tapi perasaan tak boleh di nafikan. Tetap
gugup dan gementar tapi cuba di lindungan dengan membuat pelbagai perkara.
Sepatutnya raya
kali ini mengikuti trip ke St.
Petersburg melalui Laut Baltik selama lima hari bermula 7 Ogos. Oleh sebab Ocio
kerja dan ini idea Ocio, maka kata putus di ambil. Trip di batalkan. Mungkin akan menyertai trip lain. Bagus juga di batalkan. Anak-anak tentu bosan duduk
dalam cruise sebab tak ada banyak
aktiviti. Lagipun makanan halal tidak banyak di sediakan. Kalau dulu suka juga
mengelilingi dunia menaiki cruise
tapi sekarang tak lagi.
2.
Tak ada
terserempak dengan orang-tanpa-nama. Mungkin dia sudah tidak berada sekitar
taman-taman di Paris. Mungkin dia memilih untuk berada di tempat lain.
Hari-hari terakhir puasa tak jumpa dia sebab tak keluar rumah – anak-anak
demam. Moga-moga dia baik-baik saja dan terima kasih untuk segala nasihat dan
pengertian baru dalam hidup. Orang yang paling misteri yang pernah di temui.
Kak Ain banyak
kali tanya tentang Min. Min akan datang dan pergi, sesekali datang mengoda dan menghilang. Min tetap
seperti itu sejak dulu. Tak pernah berubah. Tamat pengajian di Cardiff, dia
beralih ke Oxford. Min agaknya terlalu sayang untuk tinggalkan dunia kampus atau
sebenarnya dia amat selesa untuk tidak menjengah dunia luar. Min kata banyak
perkara belum selesai dan dia akan
bercakap tentang Zaza.
Bukan tak ada
orang yang mengejar tapi itulah Min. Katanya dia tak mahu pulang ke Malaysia.
Mahu terus tinggal di sini. Keluarganya sudahpun pindah ke sini sejak 3 tahun
lepas. Ada banyak perkara yang ingin di bualkan tapi yang Min selalu sibukkan
bau perfume selain warna kemeja yang
aku pakai. Dulu kawan-kawan kata kalau bercakap dengan Min hanya untuk mengisi
masa lapang.
3.
Lelaki dan perempuan tak boleh berkawan baik. Salah satunya akan jatuh cinta dan persahabatan hanya tinggal kata-kata.