Monday, April 08, 2013

Perfect Sunday


Secangkir kopi suam tersedia di atas meja. Di sisip bersama sebuah buku lama. Alunan lagu-lagu jazz memenuhi ruang.

Cuaca yang redup dan nyaman. Sambil hirup kopi dan pandang pemandangan.

Hari Ahad yang sempurna bila awak ada dengan saya.

:)

Saturday, April 06, 2013


Umar: Adik nak tumpang mandi bilik air daddy.
Daddy: Boleh. Bilik air Umar ada rosak apa-apa ke?
Umar: Tak losak. Adik tak nak bilik air adik kotor.
Daddy: Okey... Macam tu eh?

***
Daddy: Kenapa tak lap kepala tu?
Umar: Adik lupa.
Daddy: Meh daddy lapkan.
Umar: Okey!
Daddy: Daddy lupa...tangan daddy tak boleh angkat. Macam mana nak lap.
Umar: Adik tunduk kepala. Adik letak tangan daddy atas kepala adik. Adik pegang tangan daddy. Adik gerak-gerak macam ni.
Daddy: (senyum)

Rindu belum terurai.


1.

Mata masih pedih. Kadang-kadang kabur dan mengambil masa untuk pulih. Mata yang kabur sebelah kiri. Mata kanan tak lagi berfungsi. Guna kanta pembesar untuk membaca tak praktikal sebab tangan tak boleh di gerakan.

Beberapa hari hanya berbaring. Rasa seperti lemah seluruh badan.


2.

Teringin nak pijak rumput. Petang semalam Umar ajak pergi taman. Rehat dalam 15 minit kemudian balik ke rumah. Tak tahan angin luar. Tak hujan, panas pun tidak. Cuaca yang nyaman untuk merehatkan badan.

Tapi badan tak lagi selesa bila di sapa angin. Keluar dengan memakai 3 lapis baju, jaket, snow cap, stokin  3 lapisan dan sarung tangan.

Umpama berada di musim sejuk.


3.

Saya rasa sunyi bila awak makin sibuk tapi saya faham tugas awak memang berat dan memenatkan. Kita jarang berbual. Bila awak balik rumah dalam keadaan stres, saya tak mahu kacau dan tambahkan beban yang awak hadapi.

Bekerja dengan manusia lain memang sukar. Manusia ada pelbagai kerenah yang sukar kita terima. Kerenah yang luar biasa menguji tahap kesabaran kita. Semua itu lumrah. Saya harap awak menjadi semakin kuat. Banyak lagi dugaan yang akan awak hadapi.

Dunia tak menjanjikan kesenangan.


4.

Saya tak berasa kehilangan walaupun kita jarang luangkan banyak masa bersama. Ia sesuatu yang aneh. Perasaan kita terlalu peribadi untuk di kongsi dengan semua orang. Ada hal-hal lebih indah kalau kita sahaja yang merasanya tanpa berkongsi dengan sesiapa.

Rasa itu peribadi sifatnya.


5.

Rindu belum terurai. 

Wednesday, April 03, 2013

Sikit Hari Lagi...


1.

Rancangan untuk melawat projek syarikat yang giat di jalankan harus di batal. Penglihatan semakin teruk. Sepanjang dua hari hanya baring di katil. Kepala makin sakit. Mata semakin pedih.

Doktor tak boleh buat apa-apa lagi...


2.

Walaupun doktor tak cakap tapi hakikatnya mata kiri akan hilang deria penglihatan pada bila-bila masa sahaja. Kemudian mata kanan.

Selepas ini...apa-apa pun tiada lagi.


3.

Saya masih cuba untuk menerima.

Bagaimana nanti kalau dunia tiba-tiba menjadi kelam dan gelap?


4.

Untuk kali ini saya tak menangis lagi.